Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

Hero Mama Dah Besar


Sedar tak sedar, dah 2 tahun lebih hero mama ni. Dah lama tak update pasal perkembangan Aqil. Skang dah pandai cakap.Kira boleh paham & boleh di ajak berbual.

Nak mandi mesti request mama “Nak air tanash!” means air panas. Like mom like son la..takut mandi air sejuk.

Kalu mlm Aqil suka tgk langit. “Bulan adok” (Bulan takde). Sentimental betul.

Sejak hantar nursery dr July lepas, Aqil dah mula melasak ganas. Selalu ajak mama main gusti. At least,dah boleh protect diri sendiri klu diganggu rakan sebaya. Sblm ni Aqil tau nangis je klu org buat dia. Pandai report kat mama jugak, sapa2 yg buat dia (means buat nakal la). Klu Papa kacau “Mama, Papa buat”. Klu mama kacau “Mama, Papa buat”. Hahahahha I like it! Mama always good.

Naik keta suka berdiri atas seat. Bila keta amik lag skit, dia dah jatuh “Mama,car buat”
Mama pesan pegi nursery jgn bawa mainan, tp Aqil nak jugak. Bila balik, bas dah hancur, CD patah dua.
Aqil pantang tgk Shell / Petronas, mesti suh berenti sbb nak beli mainan dlm kedai mesra tuh.
Jalan nk pegi kedai CD pon Aqil boleh tunjuk mama. Hebatkan daya ingatan budak kecik ni.
Kalau nmpk Seven 7, pon sibuk tunjuk2 sbb nak beli buku Disney Car Pixar.

Satu je hobi Aqil yg mama tak suka…beli mainan. Lepas pakai,buang. Nak yg baru pulak. Dalam 2 bulan ni, dah mmg kena kuarantin tak boleh ikut pegi kedai sbb Aqil asyik nk beli mainan & jajan kat kedai sebelah.

Nasi pon on off jugak ler…kalau lapar sgt 2 mangkuk pon habis. Klu taknak, langsung tak makan. Dah la susu tak minum. Asal air warna putih je rejek terus. Risau mama nak cari alternative kalsium & protin yg lain. Cik Yani ckp anak sedara dia tulang rapuh sbb kecik2 minum ribena je, tak minum susu. Jatuh sikit, dah patah jari. Mintak2 jauh la dr Aqil. Nanti mama beli bayam n bilis selalu.

Umur skang mmg tgh suka tiru percakapan or aksi yg dilihat either real or tv. Klu mama sebut “Fuyyoo!” Aqil pon ikut. (Apa punye mak ajar ni). Kat nursery la byk Aqil belajar sbb bergaul ngan kawan2. Cara menangis pon dah lain. Klu dulu nganga je mulut luas2 smpai nk pecah telinga mama dgr, tp sejak sekolah nursery ni nangis tahan2. Ketap2 mulut,mata hidung merah,air mata meleleh tp suara soft je..sayu hati plak mama tgk. Tp mama notice jugak Aqil pon belajar sebut perkataan B**I & Bo*o utk menarik perhatian mama. Tp mama tak layan, mama ajar perkataan baru BULU BULU..mcm Upin Ipin cakap dlm citer Kembara ke Pulau Harta Karun.

Kadang2 Aqil suka jugak tiru aksi baby. Merangkak2 dari hall ke dapur. Lps tuh buat suara baby. Mama pon lagi la galakkan dia panggil “Baby,Baby”. Means mood dia ok. Klu time mood dia nk melasak,panggil baby je terus jadi manja mcm baby. Ha, salah satu tips lagi utk alihkan perhatian anak kan. Ok la..nak balik amik Aqil. Actually mama tgh ular kat opis ni hihihihi..lenkali update lagi.



Si Comot makan eskrim



Baru suka pakai sandal tak bertali or bersarung.






Nak jadi org besar, naik moto kat belakang.



Khusyuk baca buku selepas balik sekolah smpi bersilang2 kaki, rajin kan anak mama



Cak!! Dah nampak...buku katun Car rupenya. Ingatkan baca ABC.
.



2 comments:

  1. Hahahaha...ada silent admire rupenya.Aku bz donlot+layan korean je klu bukak pc, mls nk bukak blog + kamera kena sorok dek aqil..tak best update blog takde gambar..

    ReplyDelete