Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label About Amina. Show all posts
Showing posts with label About Amina. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Aqikah, Sunat & Cukur Jambul

30 March 2012-Genap Amina 4 bulan lahir kedunia. Majlis Aqikah Amina Safiyyah &Marissa, anak sedara Papa yg genap 44 hari. Kongsi sekor lembu. Petang tu, Amina sempat bersunat dgn bidan kampung. Mama x sampai hati tgk, walhal Amina x nangis pon. Tp bila tido mlm, sekejap2 menangis, sekejap2 jaga. Agaknya tak selesa kot pepet bergesek ngan pampers. Esok dah Ok...

 Marissa dgn reben pink yg besar



Amina dgn reben ungu yg besar



31 March 2012-Papa mesin rambut Aqil, Amina & Marissa. Aqil just potong tepi & masih mengekalkan rambut tgh utk bg ruang dia buat pacak. Amina & Marissa totally botak. Baru nampak dgn jelas, taik sawan kat kedua2 kepala.







Amina yg botak kali ke2 di pangkuan Mok Mek (Mak sedara papa merangkap nenek sedara Amina & Aqil)

Tips: Utk hilang/kurangkan taik sawan, botakkan kepala bayi. Gunakan syampoo yg sesuai spt Dentinox/Nizoril/Sebamed/Pristine,kena try & error tgk mana yg serasi. Selepas kering, perap dgn minyak zaitun, bila lembut, boleh la guna cotton bud buang dgn lembut supaya kepala bayi x luka.

Wednesday, February 22, 2012

He follow me..


Sgt bz akhir2 ni..lagi 2 hari nk join expo sempena Karnival Joran kat Teluk Gong. Khemah RM400, share tapak 18x18. Bahan mentah sampai by bus Ahad lepas. Skang ni tgh mencari peralatan2 plastik yg perlu.

About anak2..Amina dah makin kurang menyusu badan,tekanan susu nk hampir kering. Aqil plak, ada je new word yg dia belajar setiap hari. Dlm tak sedar, aku dah jd guru tak formal tp plg mempengaruhi dia, so watch out mama!

Aqil suka sepah baju yg dilipat. Lg larang lg buat. Solution: Ajar dia cara nk hanger baju instead of lipat. Bila sukses, puji melambung. Lagi semangat dia nak lipat. So aku pon kuar bilik, meneruskan xtvt mensurvey intenet..


Aqil : Mama, temankan Aqil dlm bilik. Nak kemas baju.
Mama : Mama ada keja ni (Tekun klik2 mouse tanpa paling kat dia)
Aqil : Nanti Aqil buang ni (netbuk) dalam longkang.
Mama : Janganlah, mama nak guna.
Aqil : Mama pun Aqil buang dalam longkang!
Mama nganga! Yes, I admit the word "Buang dlm longkang"

Aqil : Mama, Amina gigit tangan dia (jerit dr hall)
Mama : Keluarkan, nanti darah (jerit dr dapur)
Aqil : Amina, kuarkan. Jgn gigit (this is an order, ok)
Aqil : Amina, 123..mama pok,Amina taknak kuarkan.
Yes, again. Mama selalu kirakan 1,2,3 utk warning dia sblm pok kat bontot.

Aqil : Mama,athirah nak ikut boleh tak?
Mama : Boleh. Aqil ajak dia.
Aqil : Athira, nak ikut tak pegi jalan? Nak ke taknak?
I always give option for him, Nak ke Taknak.

Aqil: Opocot mak nenek kau, mama!
Aqil: Opocot mak nenek kau, papa!
Melatah pon jd ikutan..

gtg for work...ehehehe



Saturday, January 28, 2012

Ekzema Atopik

Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.
Kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria.

Sembilan puluh peratus ekzema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.




Isnin lepas mama lunch ayam masak kicap, minum petang sate ayam, dinner nasi goreng taruk hotdog ayam..mlm tu leher Amina start berair & merah. Biasanye klu control mkn ayam, just ruam2 merah je. Papa assume peluh. Pagi Selasa lg kronik..dgn bau busuk & melecet. Leher baju mmg berbekas kekuning-kuningan. Mmg nampak Amina rimas, merengek2 tak tido sampai petang wlpn dah mandikan. Kak Fiza sms bgth guna bedak Aiken. Alhamdulillah, debu bedak menyerap air & mengeringkan kawasan melecet. Amina dah boleh senyum & tido. Klu terlalu byk bedak, boleh mengeringkan kulit plak & menyebabkan gatal & berdarah klu tercabut. Kena taruk lotion, tp tak terlalu byk sekadar meneutralkan kulit. Ptg slps mandi, mama cuci telinga Amina yg berkeruping dgn minyak Johnson. Rupanya lagi teruk, berair2 kulit telinga bila kuping tercabut, Then start la membusuk sampai hari ni.



Telinga Amina yg berbau busuk (mcm nanah) & berair. Doc sahkan ekzema atopik. Doc suruh guna semula cream U-Closone yg dia bg tempoh hari. Mandian,syampoo,lotion-->guna Sebamed.

Sentiasa nak mama kat tepi..Semoga cepat sembuh. Kedua2 anak kena ekzema, Aqil dulu kronik kat leher. Sebab utama adalah keturunan. Mama mmg lemah sistem immune badan which is contain high acid yg menyebabkan resdung,allergy cuaca pagi & sesetengah makanan. So advise to all yg face same problem, semasa pregnant, bykkan pengambilan sayuran hijau, spirulina,chlorella & others alkaline food/drink.

Friday, January 6, 2012

Permasalahan Amina

Malam tadi check kuning Amina, reading 5. Baru puas hati semua pihak. Doc tuh pon bising sebab suppose nurse tak perlu suruh check. After 1 month, klu tak kritikal, just pejamkan mata & buat2 tak nampak,tak perlu risaukan parents sebab akan hilang dengan sendirinya.

Mama minta juga ubat untuk ruam muka,kepala,leher & bontot Amina.Doc bg cream utk ekzema & dermatitis brand U-Closone. Tak cuba lagi sapu.

Tentang muntah, its normal & OK klu dari lahir mcm tuh sebab perut bayi masih kecil. Tp klu suddenly happen, doc kena check.

Sampai rumah dah 10.30 mlm. Tp mama tido 5 pagi! Gara-gara Amina nangis je..isk tu la, keluar mlm lagi.

Wednesday, January 4, 2012

Aqil ke Tadika & Amina 1 month's jab

Hari ni mama & papa hantar Aqil register Tadika Kemas. Masa tgk mama pack barang & bertudung lg Aqil dah ckp taknak pegi sekolah. Kereta tak mati enjin lg dpn tadika, Aqil dah melalak2 berjujuran air mata. Mmg kesian. Klu mama mmg tak sampai hati, alamatnye mmg tak sekolah la Aqil. Papa dukung & bawa masuk dlm tadika. Lama skit bila Aqil dah tak nangis, mama & papa slow2 cabut. Meraung2 Aqil kat pintu grill tadika panggil papa...ibu mana lah yg sampai hati tgk kan..

Tp senario mcm ni biasa bg cikgu tadika. Dpn mama tadi pon, 2 org budak meraung kena tinggal. Sblm tuh lg, cikgu tuh cerita 2 org tak mau masuk, patah balik semula.Tgk keadaan lah mcm mana utk hari esok,klu Aqil taknak mama tak paksa lg la, memandangkan dia dr kecik dah kena pegi nursery (takut dia bosan nk sekolah nti). Tambahan plak ada 2 org budak nakal yg selalu usik dia kat tadika tuh jugak.

Lps tuh terus pegi Klinik Desa utk suntikan 1 bulan Amina. Punyer lah hegeh2 nurse yg beri khidmat nasihat tuh, sampai Papa pon bengang. Dari nk amik unpaid 2 jam, pospone 2.5 jam..last2 terpaksa 3 jam jugk..org takde lah ramai pon, tp 3 org patient nk amik masa lebih sejam. Amina kena suntik kat paha. Menangis sekejap je. Sib baik papa ada, boleh la tlg dukung n pangku Amina time mama test kencing & check darah HB (ingatkan time bersalin je kena check). Berat mama, 52.5 kg ..ehehehehe...mama akan berusaha turunkan lg, terutamanya tang perut, bontot,paha &bahu. Camno tu eh?

Amina maintain 3.8kg...tak naik dr 2 minggu lepas. Sedikit keciwa. Mmg kurang menyusu tp Amina dah tak muntah2 & memancutkan susu lagi slps mama stop susu kambing. Kadar menyusu sekarang mmg sgt slow..4-5 jam sekali. Klu gerak dr tido pon, mmg dia takmau. Tp klu bg susu dlm botol, byk jugak dia hisap. Rasanya Amina dah start keliru puting & jadi malas nk menetek (menetek kena guna byk tenaga compare minum botol).

Amina di suspect kuning. Nurse advise pegi check darah bg nk puas hati dia & mama. Mmg mama perasan pon mata, muka & badan Amina still kuning klu di tekan2. Either hari ni or esok ajak Papa pegi check kuning.


Wednesday, December 21, 2011

Day 21- Bercukur

MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

http://al-islamiya.blogspot.com/2007/10/panduan-menyambut-kelahiran-bayi.html

Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu:dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

http://www.scribd.com/doc/18033597/Adab-Menyambut-Kelahiran-Dalam-Islam



Be a very good girl. Tak nangis pon masa rambut kena mesin, cukur & tape (bg collect potongan2 halus) dek bidan Rozi.


Cool di pangkuan Mak Ngah.



"Akhirnya saya dah jd budak botak". Dah mandi, dah menetek..tido la plak.


Charge bidan RM10 je, tp mama bg lebih skit la. Tujuan bercukur selain mengikut sunnah Rasul, juga utk tujuan kesihatan. Pengalaman Aqil sblm ni kepala naik taik sawan (kerak kepala). So mama worried same prob happen to Amina. Klu dah naik taik sawan mmg kena hold cukur dulu takut kulit kepala luka. Dah tu proses nk buang kerak2 & keruping sgt la leceh klu kepala berambut lebat. Petua utk jauhkan masalah ni, masa pregnant 7 bulan ke atas, ibu mengandung disarankan minum air kelapa muda. Kulit bayi pon jd cantik.