Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label About Aqil. Show all posts
Showing posts with label About Aqil. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Bila Tak Nak ke Sekolah


Pagi2 bermacam helah dia buat. Buat2 tido & ngantuk sgt2. Nangis. Buat lembik, nk kena angkat/dukung ke bilik air. Marah2. Nak pilih sendiri baju & seluar.Wlpn dah 4 hari, tetap nk seluar tuh jugak. Kena ke Eleven dulu (7E), beli biskut/air kotak/gula2/jajan..apa2 je la yg boleh bg semangat ke sekolah.Sib baik Papa yg melayan...

Tak suka menulis, tp suka melukis & mewarna. Pensil warna pakai buang. Sekali beli, esok dah hilang.

Mama :Kenapa tak nak pegi sekolah? Ada kawan buat? (Sebut semua nama)
Aqil :Tak
Mama :Habis?
Aqil :Cikgu buat
Mama :Buat mcm mana?
Aqil :Potong tgn (dgn gaya pisau potong kat pangkal tgn)
Mama :Kenapa?
Aqil :Kuku

Sekali tgk, panjang + hitam berdaki. Patut lah pun.Mitak tolong nursery, rabun dekatlah plak. Terpaksa lah tunggu mama sendiri potong, tgh2 malam bila Amina dah tido & makesure mama pon x tertido lg masa tuh la.



Multivitamin utk tambah selera makan.Klu tak control, sehari sebotol bleh habis. Setakat ni dah boleh baca doa makan, nyanyi sekerat2 lagu Negaraku, ABC masih separuh hafal,123 sampai 9.

.

Wednesday, February 22, 2012

He follow me..


Sgt bz akhir2 ni..lagi 2 hari nk join expo sempena Karnival Joran kat Teluk Gong. Khemah RM400, share tapak 18x18. Bahan mentah sampai by bus Ahad lepas. Skang ni tgh mencari peralatan2 plastik yg perlu.

About anak2..Amina dah makin kurang menyusu badan,tekanan susu nk hampir kering. Aqil plak, ada je new word yg dia belajar setiap hari. Dlm tak sedar, aku dah jd guru tak formal tp plg mempengaruhi dia, so watch out mama!

Aqil suka sepah baju yg dilipat. Lg larang lg buat. Solution: Ajar dia cara nk hanger baju instead of lipat. Bila sukses, puji melambung. Lagi semangat dia nak lipat. So aku pon kuar bilik, meneruskan xtvt mensurvey intenet..


Aqil : Mama, temankan Aqil dlm bilik. Nak kemas baju.
Mama : Mama ada keja ni (Tekun klik2 mouse tanpa paling kat dia)
Aqil : Nanti Aqil buang ni (netbuk) dalam longkang.
Mama : Janganlah, mama nak guna.
Aqil : Mama pun Aqil buang dalam longkang!
Mama nganga! Yes, I admit the word "Buang dlm longkang"

Aqil : Mama, Amina gigit tangan dia (jerit dr hall)
Mama : Keluarkan, nanti darah (jerit dr dapur)
Aqil : Amina, kuarkan. Jgn gigit (this is an order, ok)
Aqil : Amina, 123..mama pok,Amina taknak kuarkan.
Yes, again. Mama selalu kirakan 1,2,3 utk warning dia sblm pok kat bontot.

Aqil : Mama,athirah nak ikut boleh tak?
Mama : Boleh. Aqil ajak dia.
Aqil : Athira, nak ikut tak pegi jalan? Nak ke taknak?
I always give option for him, Nak ke Taknak.

Aqil: Opocot mak nenek kau, mama!
Aqil: Opocot mak nenek kau, papa!
Melatah pon jd ikutan..

gtg for work...ehehehe



Monday, January 9, 2012

Anak Mama ke Tadika





Senyum je masa test baju...nasib baik nampak ok, so mama tak perlu oter. Cuma seluar je kena cari lain. Hari ni masuk minggu ke 2 Aqil ke tadika. Dia panggil sekolah cantik..byk mainan,suka makan. Hari2 bawak balik hasil sekolah ke rumah, sambung titik2, belajar tulis huruf. Minggu lps dapat 2 bintang. Pagi2 Papa kena kejutkan dan pujuk elok2. Kadang mandi kadang tak, salin pampers je.


Katak warna oren..


Dapat 2 bintang!


Walaupun dah jadi abang, nampak matang bila bersekolah, tapi dimata seorang ibu, anaknya tetap seorang anak kecil yang perlu dibelai selalu. Ya Allah, sentiasa suburkan hati kami dengan limpahan kasih sayang-Mu.Lindungilah anak kecilku ini dalam perjuangan hidupnya.



Wednesday, January 4, 2012

Aqil ke Tadika & Amina 1 month's jab

Hari ni mama & papa hantar Aqil register Tadika Kemas. Masa tgk mama pack barang & bertudung lg Aqil dah ckp taknak pegi sekolah. Kereta tak mati enjin lg dpn tadika, Aqil dah melalak2 berjujuran air mata. Mmg kesian. Klu mama mmg tak sampai hati, alamatnye mmg tak sekolah la Aqil. Papa dukung & bawa masuk dlm tadika. Lama skit bila Aqil dah tak nangis, mama & papa slow2 cabut. Meraung2 Aqil kat pintu grill tadika panggil papa...ibu mana lah yg sampai hati tgk kan..

Tp senario mcm ni biasa bg cikgu tadika. Dpn mama tadi pon, 2 org budak meraung kena tinggal. Sblm tuh lg, cikgu tuh cerita 2 org tak mau masuk, patah balik semula.Tgk keadaan lah mcm mana utk hari esok,klu Aqil taknak mama tak paksa lg la, memandangkan dia dr kecik dah kena pegi nursery (takut dia bosan nk sekolah nti). Tambahan plak ada 2 org budak nakal yg selalu usik dia kat tadika tuh jugak.

Lps tuh terus pegi Klinik Desa utk suntikan 1 bulan Amina. Punyer lah hegeh2 nurse yg beri khidmat nasihat tuh, sampai Papa pon bengang. Dari nk amik unpaid 2 jam, pospone 2.5 jam..last2 terpaksa 3 jam jugk..org takde lah ramai pon, tp 3 org patient nk amik masa lebih sejam. Amina kena suntik kat paha. Menangis sekejap je. Sib baik papa ada, boleh la tlg dukung n pangku Amina time mama test kencing & check darah HB (ingatkan time bersalin je kena check). Berat mama, 52.5 kg ..ehehehehe...mama akan berusaha turunkan lg, terutamanya tang perut, bontot,paha &bahu. Camno tu eh?

Amina maintain 3.8kg...tak naik dr 2 minggu lepas. Sedikit keciwa. Mmg kurang menyusu tp Amina dah tak muntah2 & memancutkan susu lagi slps mama stop susu kambing. Kadar menyusu sekarang mmg sgt slow..4-5 jam sekali. Klu gerak dr tido pon, mmg dia takmau. Tp klu bg susu dlm botol, byk jugak dia hisap. Rasanya Amina dah start keliru puting & jadi malas nk menetek (menetek kena guna byk tenaga compare minum botol).

Amina di suspect kuning. Nurse advise pegi check darah bg nk puas hati dia & mama. Mmg mama perasan pon mata, muka & badan Amina still kuning klu di tekan2. Either hari ni or esok ajak Papa pegi check kuning.


Wednesday, November 23, 2011

Lagi seminggu due date mama bersalin.
Esok dah masuk ww39.Amina kurang bergerak tp byk mengeras. Hari-hari mama rasa mcm nk bersalin tp tak jugak2 "bom".Jiran & kawan2 ramai tegur perut mama dah jatuh,means anytime je bersalin.Tapi mama tak harap dlm 2-3 hari ni sbb baru melantak petai jeruk dr Pahang buatan mak.Mau pengsan nurse or doc yg serve nti..huhuhu.
Kak Mas pon ada pesan, nti darah berbau. Tp bila ingat after bersalin dah tak leh mkn sbb bpantang & menyusu, baik melantak dulu.

2 hari lps pegi rutin weekly check up.Nurse concern weight mama naik 2 kg within 1 week." Sy mkn mcm biasa je" Dh x leh pk sbb mkn apa. Berak pon hari2.Latest 62kg. harap berjaya la mama turunkn time b'pntang nti.

Disebabkn hb mama low,10.6,mama mkn 2 biji sehari pil zatbesi.Baru tak mengah sgt naik tangga or berdiri lama.Tp najis mmg tukar kaler hitam.

Mama still praktik minum susu kmbing hi-goat utk kurangkn risiko bayi kuning.Tips lain amalkn kurma sebiji sehari, tp ni pon culas. Supplement still amik Salindah.Start 9 bulan lg mama dah minum air kelapa utk kulit badan bayi yg cantik & kulit kepala tak berkerak. Kita hanya berusaha.Plg utama supaya Amina x mewarisi penyakit alergi & kulit sensitif mcm mama.


About Aqil, baru kebah demam.Hari2 pon nangis bila nk hntr nursery. Hari2 nk mama masukkan dlm buaian Mawar kat nursery or beli gula2 dulu. Sudahnye mama pon hari2 la buat taktik masuk lmbt keja.Sama ada bwk Aqil pg scan card kat opis dulu,then baru hntr pi nursery. Parking kena la jauh skit dr guard wlpn guard tu sporting x de la show sgt kan.Aqil plak mama suh duduk spy org x nmpk.Taktik lain plak, klu dah lebih 5 minit tu mama tak scan card lg,tulis kat buku je.Mmg teruk kan, tp ni le realiti org yg dah x dek mood keja.

Mama pon dah daftar Aqil tadika Kemas utk tahun depan. Tak tau la Aqil bersedia ke tak nk bersekolah. Memandangkn mama pon tak keja nti, ok la cuba yg murah dulu. just RM10 je sebulan. Cuma risau time bpantang nti, klu Aqil x nk ke nursery & mama pon x smpi hati nk paksa dia, mmg merana la nk handle dua2 anak dgn bpantang sndri.Mama harap kekuatan Ita (kwn kampus) yg baru melahirkn bb ke5 smlm & bpntg sndri bleh dijadikn inspirasi buat mama.

Saturday, October 22, 2011

Budak lebam rebut tilam baru adik

Lebam ke 2 dpt dr nursery. Dgn dahi jendol Aqil, lg terserlahlah benjol hijau saiz syiling 50sen.Mama tanya sapa buat..Aqil jawab "Ball". Pengasuh tuh pon ckp dia jatuh sendiri. Balik umah Aqil demo,dia duduk enjut2 atas bola, lepas tuh tersembam. Masa nangis, Damia dtg peluk. Ahahaha..mmg jujur budak2 klu bercerita ni.

Mama rasa every week ada je hal2 mcm ni terjadi kat nursery. Week sblm ni bahu Mawar kena gigit smpi berbekas. Lps tuh kes Aqil.Minggu ni plak Irham dpt benjol mcm Aqil sbb kena tolak, siap ada luka lg tuh. Semua happen sbb pengasuh x monitor budak2 bermain. Klu la Aqil ni senang serasi, mmg mama dah tukar pegi tmpt lain.






Hari ni baru terima tilam kekabu baby yg dibeli online. Harga Rm79 (termurah stakat survey kat internet).AdditionalRM16 utk pos & pembungkusan. Sapa2 nk beli boleh contact En Mohd Shahrulfitri ni ye 0179219534 (Err..bukan promot, saja nk rekod no kat blog, nti future bleh refer). Sbnrnye penjual ni duk Temerloh, mmg dekatlah ngan family kat Maran. Tp sbb nk tgk cepat, kot2 rajin nk jahit sendiri sarung tilam ke, perlu di basuh ke...so suh org ni pos je.Klu family amik, time mama bersalin nti bru diorang bawak.







Alkisahnye..ada plak budak perasan ingatkan parcel tuh hadiah dia. Kesian betul. Mama bg la Aqil pinjam dulu.Mmg dia terus guna utk dia. Tido tak bergerak2. Rasa bersalah plak sbb tak beli 2. Tp size ni mmg x muat pon utk Aqil. Nti mama cari lain la ye.



Monday, September 19, 2011

After pick up from nursery

Senario 1

Aqil: Mama, Aqil nak air
Mama: Tuh, minum air mama (Smbil juih bibir ke botol air mama)
Aqil: Taknak air tu, nak air kat kidai(kedai)

Senario 2

Aqil: Mama, Aqil nak air kat kidai
Mama: Kat umah dah ada air vitagen
Aqil: Taknak air "tegen", nak air tuh (Smbil tunjuk botol 100 plus kat tmpt letak kaki, Mak De punye keja buang kat situ)
Mama: Air 100 plus saja ok! Tak boleh mainan.
Aqil angguk. Lps minum hampir setengah botol, sedawa kuat2..
Aqil: Mama,Aqil sakit peyut.
Mama:Dah, jgn minum lg.
Aqil:Aqil nak berak kat umah boleh tak?
Mama:Berak je dlm car ni (sbb pakai drypers)
Aqil:Taknak, Aqil nak berak kat umah
Mama: Oklah, simpan sampai umah
Aqil: Nanti mama semayang eh (Means time dia berak, jgn tgk).

Senario 3

Aqil: Aqil nk beli kopter (helikopter)
Mama: Mana ada jual
Aqil: Kat kidai cane (sana). Kat kidai air.
Mama: Kejap lg kita pergi, mama nk balik sembahyang dulu.
Aqil: Aqil nk kopter (start nangis sepanjang jln balik umah).
Pon taknak kuar keta & continue melalak...nk solat pon tak tenang.
Mama: Hari ni last beli mainan. Esok dah tak boleh, paham?
Aqil angguk.
Mama: Jawab, paham mama!
Aqil: Pahhang!
Mama: Mama dah ckp nk semayang dulu, tunggu la. Buat apa nangis.Jawab, paham mama!
Aqil: Pahhang mama!

Senario 4

Aqil: Mama, nak beli air (As usual la)
Mama: Kedai dah tutup, Maghrib dah ni
Aqil: Aqil nak air kat kidai. Aqil nak air kat kidai
Mama: Air saja ok! Mainan tak boleh!
Angguk. Dan mmg beli air kotak RM1 je.
Aqil: Mama, ikut sini (Smbil tunjuk jalan balik).
Sampai kat simpang..
Mama: Amik jalan mana plak?
Aqil: Cane (sana). Nanti jumpa Cik Nuar dlm keta papa.

Monday, July 18, 2011

Aqil Demam

Hari ni Mama cuti lg...sbb Aqil demam panas. Dah seminggu batuk+selsema, tp tak sihat2. Mama bg ubat klinik, tp pergi nursery jangkit semula. Mknan semangkuk disuap ramai2. Tak tau nk tegur mcm mana lg. Aqil dah la antibodi tak kuat, tak minum susu..mmg org fes la berjangkit.

Smlm bawa Aqil pegi sarap "Begdonal",pelat sebutan Aqil utk McD. Dr rumah ke Ayer Keroh, jauh la jugak..dlm 30 minit. Tp sbb kesiankan Aqil tak selera mkn nasi, asyik tunjuk kat tv je masa iklan nk mkn McD, so bawak la dia jenjaln. Tp mmg bukan selera Mama pon, pepagi sarap burger.Dah la takde option lain french fries ke nugget ke bubur ke (perut kampung kena mkn nasi). Aqil pon maybe sbb hidung tersumbat, mkn tak byk. Lempeng McD+telur skit+milo.

Lps mkn, Mama ajak pegi wonderland. Bg Aqil suka2 main air. Tp dia taknak sbb takut kena mandi. Prefer nk pegi tgk buaya. Masuk tmn buaya RM8 (adult), RM6 (child) tp free utk <5 tahun. Additional RM2 kalau nk masuk tmn air kat dlm tu. Bg Mama, ni dah kali ke berapa masuk..mmg boring. Tgk show buaya pon takde perubahan since Mama anak dara dulu lg.

Aqil masuk jurassic park ngan Mak Njang. Mmg ketar2, jantung berdegup kencang masa kuar tuh. Mama ingat biasa2 je dinosor tuh. Kesian Aqil, siap ckp taknak masuk lg tu.

Dah kul 1, bertolak balik. Plan nk gi lunch kat Tesco, tp Aqil tido plak. Mama tak sure la Aqil demam sbb panas masa jln2 kat tmn buaya tuh (even pakai topi) or demam terkejut dinosor. Suap nasi pon taknak.


Pagi tadi, bgn kul 10 Aqil mitak nasi. Mama mandikn dulu wlpn Aqil taknak. Lps tuh pegi klinik 1 Malaysia. Lain ubat yg dpt dulu. Beli barang2 nk buat bubur nasi then pegi kedai mkn. Byk jugak Aqil mkn sbb semalaman tak mkn nasi. Badan pon dah surut skit panas. Mama harap Aqil cepat sembuh & tak sakit2 lg.












Saturday, July 2, 2011

Cerita Nursery Aqil

Hari pertama Aqil ke nursery, papa yg hantar sbb aku tak smpi hati tgk Aqil nangis.
Tp bila aku amik petang tuh, Aqil sgt ceria. Siap belajar perkara baru lg…”Mama,apa ni?” tak sempat jwb dah kena sepak.
Yer..pelajaran tanya & sepak kaki. Sampai ke mlm, sakat papa plak. Tp tak berani sepak papa la.

Hari kedua Aqil taknak ikut papa dah. Ikut aku plak. Padahal ikut sapa2 pon tetap kena hantar nursery.
Menangis lg anakku sayang ni. Ptg lps aku amik kat nursery, Aqil ngamuk2. Berapa kali buat hal smpi ke mlm.
Something wrong about my son. Aku syak sesuatu berlaku kat nursery yg menjadikan dia lepas tekanan kat aku je.

“Ayril buat Aqil ke tadi?”
Angguk.

“Dia buat apa?”
Tunjuk aksi kedua2 tgn tekan kepala dr blkg.

“Syahmi?”
“Syahmi baikkkkk” lantang betul dia menjawab. Tadi senyap je.

“Mawar?”
“Mawar baikkkk”

Mmg sah! Sebab Ayril lg. Aku agak sebaya or tua setahun dr dia. Sblm Aqil cuti 2 bulan time aku sakit, Ayril suka cubit tgn Aqil. Suka tarik puting Aqil.
Sampai Aqil taknak pegi nursery.Skang main tunjal2 kepala anak org plak. Ingat aku susah2 beranak mcm nak mati, ko senang2 je buli ye.

Hari ke3, Aqil sungguh2 taknak pegi sekolah. Aku pon tak smpi hati nak paksa. Sib baik adik aku balik dr kolej, boleh tolong jaga.
Ptg tuh, balik kerja Aqil ceria spt biasa sbb duk rumah kan. Byk tanya n cerita. Aku ajak dia pegi nursery. Nak komplen pasal budak pembuli tuh.
Mmg dia taknak kuar keta. Aku sorang je masuk komplen bla bla bla. Ye la sapa tak risau anak dlm keadaan tertekan. Pengasuh tuh janji nk lebihkan perhatian pasal ni. Mmg hari pertama tuh Ayril tak dtg, that's why Aqil ceria.

Hari ke4, aku survey Smart Reader Kids kat Sg Udang. Wlpn jauh dr rumah, aku sanggup hantar klu Aqil happy. Lps jumpa principal sok sek sok sek, dia setuju la bg seminggu kelas trial utk Aqil tanpa bayaran.
Kebetulan hari tu Sabtu, ada perjumpaan ibu bapa & guru. One to one bincang pasal prestasi anak. Bagus.

The next Monday, aku unpaid keja 2 jam sbb nak hantar Aqil ke kelas trial Smart Reader. Pagi2 kejutkan mandi mmg susah. Klu nursery, busuk2 penuh air liur basi+drypers tak salin aku hantar. Mcm mana la agaknye aku nk adjust masa bgn awal utk prepare semua ni nti. Jarak dlm 15 minit. Klu dah pegi balik, amik masa 30 minit. Agak jauh la bg aku sbb umah ke tempat keja within 2 minit. Singgah kedai kopi jap, sarapan. Berselera betul Aqil sbb aku tak hantar ke nursery.

“Mama,Aqil mkn byk2”..hmmm mmg byk pon. Penat aku nk tunggu.

Bertolak ke Smart Reader dia hepi je spjg jln. Byk tanya. Ingat aku nk bawak pegi jalan kot. Sampai je sana, principal tadika sambut. Bawa aku & Aqil masuk kelas. Just 4 org je budak 3 tahun hadir.
15 minit duduk tgk kawan2 mewarna, principal tuh cuba bawak lari Aqil dr aku. Mmg melalak2 sampai semua budak tgk. After 5 min tak berjaya pujuk, principal tuh return Aqil semula. Duduk la atas riba smbil peluk aku. Kepala mmg taknak pandang semua org.

“Mama,nak balik umah”
“Aqil taknak sekolah”

Aku pujuk2 suh tgk kawan tgh belajar sesi membaca buku bergambar plak. Nampak Aqil still takleh cooperate,terpaksa la kami blah after 30 minutes. Masuk keta, Aqil gelak2..mmg drama king betul la.
Aku dah warning siap2

“Aqil taknak sekolah sini, kena pegi sekolah lama. Mama nk kerja”
“Aqil nak balik umah”
“Takde orang kat rumah. Sapa nk bg makan? Sapa nk basuh berak?”
“Taknak sekolah”

Masa dah suntuk, aku hantar je terus dia ke nursery lama. Mmg dia nangis, tp tgn still hulur kat pengasuh tuh. Better la dr kat Smart Reader td. Aku nampak Ayril. Sempat la pesan kat dia suh kawan ngan Aqil elok2. Ptg tuh balik kerja terus aku bawa dia pegi taman mainan. So mood ok. Aku tanya dia nk pegi sekolah tak esok, dia taknak. Aku bg pilihan plak, nak sekolah syahmi (nama besfren dia kat nuersery) ke sekolah where is the sun (Smart Reader). Mmg dia pilih sekolah syahmi.

Selasa hantar tak nangis. Ptg bawak pegi taman mainan lagi. Aku tanya pasal Ayril. Dia tunjuk aksi Ayril cekik leher dr depan. Mmg la budak ni nak kena lg ngan aku. Tp mood Aqil recover sbb main kat taman. Mlm kami pi kedai sbb dgr kata kena rompak lg. Sib baik kedai aku takde apa yg hilang. Tp kesian kedai2 lain yg ntah kali ke berapa buat polis report.

Rabu-tak pegi sekolah sbb adik aku balik.

Khamis- hantar nursery & tak nangis lagi. Mood Ok.

Jumaat-Ok pegi n balik. Aku tanya pasal Ayril. Dia jawab “Ayril baikkkkkk” Alhamdulillah. Lega hati. Tak perlu aku risau dia tertekan ke or nk tukar nursery ke or cari pengasuh lain or berenti keja buat masa ni.

Monday, February 14, 2011

He makes me sad again…

Hari ni bgn tido, Aqil merengek “Taknak Kolah (sekolah)”. Sekolah = Nursery.

Aku tanya kenapa? Dia jawab tp tak paham..hihihihi

Aku teka

“Kawan buat ke?” Dia jwb Ermmmmm

“Kawan buat apa,pok?” Dia jwb Ermmmmm. Pok=lepuk.

“Kakak pok?” Dia jwb Ermmmmm

So jwpn dia semua ya. Sama ada dia tak paham soalan aku or dia tak reti nk explain semula.
Puas pujuk2 pon tak jln..lg meraung ada. Aku amik beg Thomas nk isi baju dia. Meraung jugak.

Angkat letak dlm keta. Meleleh leleh air mata. Smpi bibik sebelah rumah pon tanya,maybe ingat aku lepuk Aqil kot.
Aku bawa beg Thomas masuk keta,dia lg meraung. Meaning mmg kena paksa pegi sekolah.Kesiannye anak mama.
Kecik2 kena bgn awal,pegi sekolah. Mama dulu 6 tahun baru masuk tadika.

Kuar parking, dia marah aku pusing keta jln gi sekolah. So aku pusing la jln lain. Pon dia tau jugak.
At last aku tanya dia nk gi mana…syok je tunjuk jln gi kedai. Layan je la.

Beli bas RM1.20 baru senyap. Ntah berapa byk koleksi bas dah kat umah.
Beli plak coklat 8 byk2..suh dia share ngan kawan2. Kira berjaya la dipujuk. Senang hati skit nk masuk keja wlpn terlewat 1 minute.

Aku tanya kakak nursery, ada budak2 kacau Aqil tak..dia jwb takde,tak tau la klu yg dia tak prasan.
Aku masih terpikir2 lagi…dari kecik smpi la besar skang, dia masih tak suka nursery. Maybe sbb duk ngan Mama lg best kot!
Kesiannye anakku, buat aku serba salah lagi.

Thursday, February 3, 2011

Just 2 of us..at Mydin MITC

Awal2 lagi mama dah kena pow ngan set safi ni..total RM55.50. Kenapa la aku beli.Oh tidak..aku tak guna sebarang pencuci dah lebih dua tahun. Nih pasal terpengaruh dgn cara dia scan muka aku nmpk minyak2 tersumbat.Pandai diorang psiko + aku rasa mcm nk try + gatal je rasa duit kat tgn.
After makan2 di food court..senyum kekenyangan


Aqil cari apa dlm beg mama tuh? Owh2.. puting



"Mama nk uit (duit)". Ntah sapa ajar perabis duit kat sini



Taraaa....dpt rubber ball. Sekali baling,melantun tinggi.Patut la Aqil suka.Mama pon baru tau.





Naik Thomas...siap bye2 Thomas masa nk balik.



Gelongsor secara songsang..naik pon songsang.





"Anak balik (Taknak balik)"....uhuhuhu


Tp aku still tak puas hati sbb tak bgth kat mak pak budak yg buat cubitan berdarah kat Aqil. Tgh2 duk pilih baju, tiba2 dtg sorang budak gemuk dlm umur 6 ~7 tahun.
"Comelnya,comelnya" sambil cuit2 pipi Aqil. Aku pon ok je la. After 2 minute,
"Mama mama, cakit. Cakit". Aku tanya kenapa?
"Kakak buat,kakak buat" Smbil tunjuk2 kat budak gemuk yg dah lari nyorok blkg mak dia.
Aku tengking jugak budak tuh, siap buat muka2 garang lagi. Mmg panas naik kat kepala. Tgk kat bwh lngan Aqil bergaris dua. Ada darah lg. Aku syak dia cubit ngan kuku tajam.
Tp Aqil ckp "kakak gigit".
Geram betul nk sembur kat mak pak dia..tp aku tak sure betul2 budak tuh buat ke..atau tertolak ke sbb aku tak nmpk. Tp aku percaya Aqil ckp benar. Budak2 kan jujur.






Tuesday, December 28, 2010

Penangan Thomas

Ngantuk..ngantuk..ngantuk nyerrrr zZZZzzZZZZZzzzZZzz

Dah la mlm tido lewat, kul 12. Bleh plak Aqil bangun pukul 4 pagi.

“Nak Thomas,nak Thomas,mama nak Thomas”

Mula2 ingat ngigau sbb mata pejam . Wat derk je, tp lg menjadi2. Aku kejutkan dia,lps tuh suh dia tido sambil usap2 blakng.

“Nak Thomas,mama nak Thomas” Ish..betul2 dia sedar ni tp aku ngantuk la sgt.

“Papa,Aqil nk Thomas,pasang jap” Aku mitak tolong Nuar pasang sbb aku nk tido + tak larat hidung selsema.

“Nak Thomas Papa,Papa nak Thomas” Dia mitak tlg Nuar plak.

Nuar pon mamai2 pasang CD Bob the Builder, Aqil nangis. Nak Thomas jugak. Cari punye cari,jumpa la akhirnya. Senyap sekejap.

“Papa,nak acik (nasi)”


Ayoooo..pagi2 buta nk nasi,mcm bersahur plak si kenit ni. Sib baik ada roti Gardernia RM0.60 perisa coklat. Habis seketul dia makan. Senyap sekejap.

“Mama,nih car”


Kejutkan aku lagi,suh pasang bateri kat keta bomba. Bunyi lagu bomba plak,aduhaiiii

“Aqil,kesian car tuh nangis, tutup. Bagi dia tido,esok nak pegi sekolah. Aqil pon tido sama ngan car”


Aku pon tak larat nk ckp byk lagi, dah jam 6.15 pagi.Baru lelap sekejap, jam hanset plak bunyi sbb aku set 6.30 pagi. Dah tak leh tido. Tgk sebelah, Aqil dah lena, tak tau la pukul berapa dia tido yg pasti aku lelap dulu.

Hmm..gara2 Thomas punya pasal. Asalnya,mlm tadi aku dinner kat luar,singgah kedai CD sbb Aqil menjerit tunjuk nk beli Thomas (dia hapal jln & kedai mana yg ada DVD tuh). Duk sebut “Nak Thomas” byk2 kali.


Balik rumah plak,suh aku pasang CD tuh, duk sebut lagi byk kali,mmg kejan aku je walhal tgh pilih menu video dah tuh. Tgh tengok pon sebut lagi bila scene Thomas takde.No wonder la, sampai termimpi2, terngigau2.

Ni tak masuk lagi bab dia duk tunjuk2 Thomas kat Tshirt boys lain pakai. Sib baik tak ngamuk nk baju org je. Aku rasa pi China nti nak borong byk2 set Thomas & kartun yg jadi kegemaran budak2. Bleh wat business ni.



Tuesday, October 19, 2010

Aqil Fav Cartoons

Siang malam,24 jam,7 hari seminggu,continuous playing CD Thomas & Friends. Berebut tv ngan mama yang nak tgk drama.Hari ni mama plan nak pasang 2 TV.Satu utk Aqil & Thomas,satu utk Mama..hikhikhik.Nasib baik papa tak berebut sama.





Ni plak time naik keta, sampai mama pon dah hapal ayat2 dlm CD upin & ipin ni..mmg takde chance nak dgr radio.
Hihihihi..yg ni plak bila Papa pasang laptop.Tgk Pocoyo kat Youtube je..Aqil mmg suka tiru gelagat, Pocoyo jatuh,Aqil jatuh,Pocoyo lari,dia pon lari,Pocoyo angkat tgn,dia pon sama,Pocoyo ketawa,Aqil pon gelak.

.