Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Rakan2 yg BerBusiness


Di Cottage Cafe, Sg Udang. Kurang 30 minit dr umah aku.Masakan panas (Siam) & western food. Kepunyaan Tinee, kawan di Chem Eng,USMKKj dulu. Hostel pon tak jauh, satu aras plak tuh.Selalu lepak bilik dia & selalu tumpang keta dia pi kuliah or outing. Biasalah, aku ada beskal je. Klu nak pegi, jgn inform dia, nti dpt mkn free je. Segan nak pegi lain kali. Memandangkan adik aku part time cashier kat sini, suka2 la aku order dulu sblm sampai & klu Tinee bg free, suh ckp aku dah bayar. Ni bergambar kat kapal sendiri. Sbb kedai aku dah tutup, umah pon takde space, letaklah kat kedai dia. At least terjaga & berguna la jugak utk tarik pelanggan.

Di Mopaz Kiosk,Alor Gajah.45 minit dr umah aku.Jual Pizza,Ice Blend,nugget etc.Kepunyaan Kak Molly,opismate kompeni skang. Dia kerani dept Nuar. Selalu la duk bincang pasal bizz ngan dia, better dr bergosip kan :)

Hope u ladies, maintain dlm menghadapi dugaan business & dpt kumpul duit byk2! Mmg itu matlamat business kan..ehehehe. At the same time pastikan menjadi peniaga yg jujur & amanah spt mana Rasulullah.Aku akan menyusul, sdg menyusun langkah. Bangkit semula dr kejatuhan. Chaiyok!

.

Wednesday, February 22, 2012

He follow me..


Sgt bz akhir2 ni..lagi 2 hari nk join expo sempena Karnival Joran kat Teluk Gong. Khemah RM400, share tapak 18x18. Bahan mentah sampai by bus Ahad lepas. Skang ni tgh mencari peralatan2 plastik yg perlu.

About anak2..Amina dah makin kurang menyusu badan,tekanan susu nk hampir kering. Aqil plak, ada je new word yg dia belajar setiap hari. Dlm tak sedar, aku dah jd guru tak formal tp plg mempengaruhi dia, so watch out mama!

Aqil suka sepah baju yg dilipat. Lg larang lg buat. Solution: Ajar dia cara nk hanger baju instead of lipat. Bila sukses, puji melambung. Lagi semangat dia nak lipat. So aku pon kuar bilik, meneruskan xtvt mensurvey intenet..


Aqil : Mama, temankan Aqil dlm bilik. Nak kemas baju.
Mama : Mama ada keja ni (Tekun klik2 mouse tanpa paling kat dia)
Aqil : Nanti Aqil buang ni (netbuk) dalam longkang.
Mama : Janganlah, mama nak guna.
Aqil : Mama pun Aqil buang dalam longkang!
Mama nganga! Yes, I admit the word "Buang dlm longkang"

Aqil : Mama, Amina gigit tangan dia (jerit dr hall)
Mama : Keluarkan, nanti darah (jerit dr dapur)
Aqil : Amina, kuarkan. Jgn gigit (this is an order, ok)
Aqil : Amina, 123..mama pok,Amina taknak kuarkan.
Yes, again. Mama selalu kirakan 1,2,3 utk warning dia sblm pok kat bontot.

Aqil : Mama,athirah nak ikut boleh tak?
Mama : Boleh. Aqil ajak dia.
Aqil : Athira, nak ikut tak pegi jalan? Nak ke taknak?
I always give option for him, Nak ke Taknak.

Aqil: Opocot mak nenek kau, mama!
Aqil: Opocot mak nenek kau, papa!
Melatah pon jd ikutan..

gtg for work...ehehehe



Thursday, February 9, 2012

Ice Blend


Semalam baru sampai stall Ice Blend+bahan mentahnye. After supplier training kat parking umah, berderu bebudak taman serbu. Dari kul 5.30petang ~9mlm, lebih 30 cups terjual. Promosi semua perisa RM1 je..tambah whipping cream RM1.50. Untung ke rugi tak kira lagi..saja test market. Penat takyah cakap la...+ tekanan woo org duk tunggu & tgk kita buat. Tp semua tuh nk kena praktis, depan bebudak takpe lagi..nti hari betul2 semua bangsa peringkat umur tgk..
Tp mmg tak terkejar sorang2 buat. Sib baik ada Ely tolong. Mostly dia yg buat la sbb Amina menangis. Serius..baru lah rasa badan ni exercise bila peluh2 keluar. Dah lama tak keja guna tenaga mcm ni, asyik duduk je dlm ekon smpai krem kaki tgn. Mata pon boleh rileks dr duk ngadap PC lebih 8jam sehari. Otak..release..........

Actually, plan nk business time Karnival Joran dkt Teluk Gong nanti. Sewa tapak RM15o. Klu khemah RM800. So pilih yg murah je..nampaknye powder2 ice blend nk kena order semula sblm karnival sbb dah nk habis jual kat umah je. Ni belum tambah pearl+jeli lg..sapa nk cuba? Kena lah dtg umah..ehehehehe terbaekkk punye!

Ada hikmah Allah bagi halangan masa nk franchise CoolBlog last month.

Wednesday, January 25, 2012

Pinkish Lavender Enterprise


Hari ni company still cuti CNY, so amik kesempatan settlekan urusan gomen. Mitak tolong Papa drive memandangkan roadtax Kancil mama tahun lepas lg mati, tp x tau geran keta simpan mana, so takleh nk renew. My weakness..better tak abis byr,
bank tolong simpankan. Nak drive jauh2 sendiri pon susah sbb kena angkut Amina sekali memandangkan dia BF.

First pegi TNB sbb nak claim deposit kedai lama, byk tuh RM400. Tp tak dpt sbb perlu fotostat IC. POspone lagi..

Then drive thru kat sykt air , byr bil tertunggak. Kalau bleh MB2U, takdelah smpi berbulan2 nk tunggu cuti camni. Sib baik tak mcm TNB, sharp 3 bulan terus potong. Klu air kena potong, haru la nasibnye..

Tujuan plg utama, register perniagaan kat SSM. Memandangkan mama mls nk pening kepala stadi step & bagai2 lg klu register online, baik pegi SSM centre terus kat MITC. Rupanya ramai org jugak wlpn hari bekerja.Hampir 3 jam baru settle...Pinkish Lavender Enterprise. Skop menjual makanan, minuman & pakaian. Dah tak guna Koleksi Cindai lg sbb nama sama ngan sykt lain..masa register online takde plak show sama. Kenapa makanan & minuman..hihihihi. Inilah planning seterusnya bila berenti nti. Konon nak business donat mcm Big Apple, tapi smlm jadi batu plak. Cubaan pertama, FAIL.
Minuman plan nak franchise Coolblog, tapi target lokasi dah penuh. So plan seterusnya buat ice cream brand sendiri. Hasilnya? Tunggu after training nanti...

Lunch kat Mydin MITC, mkn bubur nasi berlauk sup daging, donut Big Apple & Yogurt Drink Each A Cup. Nak balik tuh, beli lagi smoothie Bluberry..actually nk tengok jenama high duty performance blender dia.TWK, I got it!

Last, pegi TEKUN amik borang loan. PEgawai tuh ckp max 20K, tp klu lulus tak dpt penuh pon.Oh, tidak...klu terpaksa kena renew business loan BSN yg kadar faedah lebih tinggi.

Jiwa kacau, still takleh solat lg. Otak bercelaru fikir business..Harap kali ni sukses. Tak tau nk taruk dlm azam tahun ni ke tak..owh owh, dah nak masuk bulan 2, tp tak listkan lagi azamku. Esok lusa la klu smpat..

Tuesday, January 10, 2012

Finally Closed

Kedai pakaian offline Mama, Koleksi Cindai terpaksa tutup awal tahun ni. Actually dah stop operasi since September 2011 (4 bulan perabis duit bayar sewa). Sempatlah setahun beroperasi, bukak since May 2010 & mama masih sabar menghadapi kerugian. Ye la mana2 business pon bukan naik terus. Tapi ditambah keadaan kesihatan (alahan mengandung yg teruk) bulan Apr~June 2011, kedai tak terurus, sale kurang & tak dapat cover bil elektrik pon menyebabkn Mama jadi betul2 down in business.

Bila kesihatan dah pulih, hati dah tenang, mama analisis semula perkara yang terjadi. Sebab utama bukan produk, tetapi lokasi yang tak mengundang pengunjung untuk singgah (mula nk pikir kena bomoh, hihihihi).

Kedua, dari segi management. Mmg mama tak well managed brg instock, rekod brg terjual & even duit pon selalu tercampur aduk ngan akaun peribadi, faham2 la tuh ek :). Tag harga pakaian pon bercelaru & sesetengah tak sempat mama letak harga. Mmg menyukarkan orang lain nak tolong jual.

Ketiga, dari segi marketing. Tersangatlah malas nk upload/update gambar kat blog/fb. Nak buat flyers rumah ke rumah pon tak jalan2. Masuk expo baru sekali.

As solution, mama akan tutup kedai buat sementara waktu sebelum decide lokasi/produk baru utk business. walpn jatuh sekali, mama tetap bersemangat untuk business lagi. Kalau boleh dah taknak amik barang China sbb susah nak pergi,tukar rejek ke & byk duit habis utk kos tersembunyi (flight, hotel, transport, passport, visa etc). So barang yang tak habis & memenuhkan bilik ini, mama akan jual online je either retail/wholesale.Siapa2 berminat, boleh inform me,k.

Tipulah kalau tak rasa sikit pon menyesal sebab dah byk duit melabur kat Koleksi Cindai yang tak menguntungkan pon.Kalu labur emas, mesti makcik dah kayo dlm masa 2 tahun ni. Tp pengalaman yang dapat betul2 bermanfaat utk future business & jaringan kenalan business pon bertambah. Lagi rugi kalau tak mencuba kan.