Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, March 29, 2012

Bila Tak Nak ke Sekolah


Pagi2 bermacam helah dia buat. Buat2 tido & ngantuk sgt2. Nangis. Buat lembik, nk kena angkat/dukung ke bilik air. Marah2. Nak pilih sendiri baju & seluar.Wlpn dah 4 hari, tetap nk seluar tuh jugak. Kena ke Eleven dulu (7E), beli biskut/air kotak/gula2/jajan..apa2 je la yg boleh bg semangat ke sekolah.Sib baik Papa yg melayan...

Tak suka menulis, tp suka melukis & mewarna. Pensil warna pakai buang. Sekali beli, esok dah hilang.

Mama :Kenapa tak nak pegi sekolah? Ada kawan buat? (Sebut semua nama)
Aqil :Tak
Mama :Habis?
Aqil :Cikgu buat
Mama :Buat mcm mana?
Aqil :Potong tgn (dgn gaya pisau potong kat pangkal tgn)
Mama :Kenapa?
Aqil :Kuku

Sekali tgk, panjang + hitam berdaki. Patut lah pun.Mitak tolong nursery, rabun dekatlah plak. Terpaksa lah tunggu mama sendiri potong, tgh2 malam bila Amina dah tido & makesure mama pon x tertido lg masa tuh la.



Multivitamin utk tambah selera makan.Klu tak control, sehari sebotol bleh habis. Setakat ni dah boleh baca doa makan, nyanyi sekerat2 lagu Negaraku, ABC masih separuh hafal,123 sampai 9.

.

Sunday, March 25, 2012

Rakan2 yg BerBusiness


Di Cottage Cafe, Sg Udang. Kurang 30 minit dr umah aku.Masakan panas (Siam) & western food. Kepunyaan Tinee, kawan di Chem Eng,USMKKj dulu. Hostel pon tak jauh, satu aras plak tuh.Selalu lepak bilik dia & selalu tumpang keta dia pi kuliah or outing. Biasalah, aku ada beskal je. Klu nak pegi, jgn inform dia, nti dpt mkn free je. Segan nak pegi lain kali. Memandangkan adik aku part time cashier kat sini, suka2 la aku order dulu sblm sampai & klu Tinee bg free, suh ckp aku dah bayar. Ni bergambar kat kapal sendiri. Sbb kedai aku dah tutup, umah pon takde space, letaklah kat kedai dia. At least terjaga & berguna la jugak utk tarik pelanggan.

Di Mopaz Kiosk,Alor Gajah.45 minit dr umah aku.Jual Pizza,Ice Blend,nugget etc.Kepunyaan Kak Molly,opismate kompeni skang. Dia kerani dept Nuar. Selalu la duk bincang pasal bizz ngan dia, better dr bergosip kan :)

Hope u ladies, maintain dlm menghadapi dugaan business & dpt kumpul duit byk2! Mmg itu matlamat business kan..ehehehe. At the same time pastikan menjadi peniaga yg jujur & amanah spt mana Rasulullah.Aku akan menyusul, sdg menyusun langkah. Bangkit semula dr kejatuhan. Chaiyok!

.

Saturday, March 24, 2012

Out for shopping

Nikmatnye shopping sbb dah lama tak kuar. Malam, Tesco.Siang Jusco. Hari ni plan nak pi Mahkota Parade plak.Biasa aku giler mcm ni quarterly je. Bukan tiap2 bulan, apatah lagi tiap2 minggu..sbb aku ni kategori agak jimat jugak la (tp tak kaya2 pon).


Tujuan utama: Nak cari baju Amina. Newborn cloth dah makin sendat. Serius giler tgk baju baby girls. But I'm still under control..beli yg berkualiti at the best price only. Klu beli adik, kena la belikan Abg jugak kan. Dpt la sehelai Tshirt Tom & Jerry pilihan Aqil sendiri.

Tujuan kedua: Nak cari seluar aku. Semua dah londeh. Klu keja duduk je Ok lagi. Tp bila part jalan nk pi kantin, pi surau,pi toilet..even pi amik kertas kat mesin fotostat pon kena pegang pinggang seluar. Ekekekeke...dah taraf wajib beli kan, sblm kejadian memalukan terjadi.Maklumlah berat dah 47kg...ekekekeke kasi jeles semua org, tak sia2 dietku.


Amina 3.5 months. Cukup sporting...senyum je dpt jalan. Senyum juga bila dgr org bercakap,perasan tul awek ni. Early March berat Amina 4.5kg. Skang dah cecah 5kg kot. Tersangat lah lenguh tangan mengendong bila lupa bawa stroller & kena beratur plak nk guna yg Jusco punye. At last, suh papa beli baru je. Tak membazir ok, sbb yg lama tuh Aqil punye & bila dtg angin dia nk berebut, mmg terpaksalah keluarkan Amina.One thing lg...sbb guna duit papa. Ekekekeke


Stupid thing for that day...terbeli ice blend Baskin Robin RM16.90! Punyer la dahaga terus order, tak prasan display price.Time nak bayar..rasa nk bunuh diri je.Bila sedut & rasa...menyumpah tak habis (dlm hati je). Aku jual RM2 je. Even CoolBlog or Each A Cup yg tambah pearls or jelly pon, tak smpai RM4.



Thursday, March 15, 2012

Mood: Malas


Semalam cuti sbb Aqil demam. Bawak pegi klinik 1 malaysia, suhu 39.1deg. Nurse masukkan ubat bontot. Malam Aqil dah sihat sikit.

Aqil: Mama, esok Aqil taknak pegi sekolah mama syam (nursery)
Mama: Kenapa?
Aqil: Aqil nak duduk ngan mama, kat umah.
Mama: Mama keja la. Esok takde org kat umah.
Aqil: Taknak pegi sekolah mama syam.

Kesian plak bila dia merayu mcm tuh. Klu pegi tadika KEMAS ok plak. Tp skang cuti sekolah, so kena terus hantar nursery.Tak tau kenapa dia takde mood nk pegi. Memandangkan aku pon x de mood nak keja, situasi kami sama.

Hari ni malas nak gi keja lagi..last week dah hantar surat resign. Again, kena rejek lg. Setiap bulan submit, tp tak approve. Betul2 takde mood nak keja. Every week amik cuti, datang keja lambat. Really bad performance, mmg layak kena buang.


Aku: Saya nak mitak cuti setahun.
Bos: Tak boleh
Aku: Setengah tahun?
Bos: Tak boleh
Aku: Sebulan?
Bos: Tak boleh.Nak amik cuti sehari-sehari boleh. Semalam pon kau ada amik cuti, mcm tuh boleh
Aku: Sy mmg tak boleh nak keja lagi
Bos: Abg mmg tak percaya kau. Klu cuti lama, gerenti tak masuk terus. Kau nk tgk abg terjun bangunan?

The same words again. De-motivated.
Suppose bos kena bagi la pekerja nak berenti secara baik kan. Klu boleh nak la dapat title harimau mati meninggalkan belang. Aku pergi meninggalkan nama, tp biarlah nama yg berbakti.Lumrah manusia, yang buruk lebih dulu org nampak berbanding beribu kebaikan yg dah dibuat.
Selagi aku tahan, aku akan cuba berenti cara berhemah. Mcm mana aku masuk , mcm tuh jugak aku kuar.Ya Allah, permudahkan lah urusanku.