Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, November 18, 2012

Business Card


Mula2 adik designer buat mcm kat atas ni. Sekali tgk dah mcm minah bunga plak. kuikuikui.Nuar kata mcm kad kawin. So aku mintak adik tu hold print sbb aku rasa mcm something tak kena dgn jiwa aku ni.

 Balik keja tadi singgah jap amik lable kerepek. Terus adik tuh suh aku duk sebelah dia komen apa yg tak kena. Aku pon bukan la idea kreatif, buntu gak.Simple2 je aku ckp, yg pasti org senang nk baca. Nah! Ini lah hasilnya. Terlalu kosong plak aku tgk..

Last bukak bantuan pakcik gugle..rupanya ada web yg terus bleh edit2. Ini lah hasilnya baru skang aku siap buat.Font, kaler, semua mengikut kehendak aku. Cuma pokok tuh je aku tak reti nk buang. Suh adik designer tu edit lg.la..

Bila tgk2 balik, dapat jugak aku title manager..ehehehe. Tp sebenarnya aku la manager & aku la kuli. Buat cukup syarat nak promosi barang. Isk..mana satu la cabang business aku yg berjaya ni. Semua masih samar2. Ikutkan hati, teringin juga nak amik MBa kat UTEM since gov ada sponsor RM10K dlm program myBrain15. Tp mesti tak boleh concentrate semua nanti, mana nk keja, study, business, anak...takut yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran.
.

Thursday, November 1, 2012

Never Ending Holiday

Esok kena start kerja semula selepas unpaid leave sebulan. Cuti yg sgt2 best & memenangkan jiwa dgn sedikit exercise. walau di hati sgt berat hati nak tinggalkan Amina yg dah susah nk berenggang ni, tp terpaksa masuk kerja sbb nk collect duit skit lg. Kesian Aqil balik sekolah nti tak dijemput mama lg...

Improvement yg dpt dibuat sepanjang cuti ni

  • Aqil tak skip ke tadika lg. Mmg pagi2 dia akan semangat bangun, mandi & bersiap sebab takut bila mama ugut nak hantar ke sekolah cina. So mama dah learning satu lg kaedah utk memaksa secara halus. Bagi pilihan , then he choose.
  • Amina tak demam langsung sepanjang jagaan mama. Mungkin dpt sepenuh kasih syg, mungkin kurang expose jangkitan virus di taska dan byk lg kemungkinan lain. walhal mama selalu usung di kehulu hilir tghari panas & hujan sbb urusan business. Syukur ya Allah, kerana kurniakan anak2 yg sihat menemani ku. Terima kasih anak2 ku kerana sihat & kuat utk mama.
  • Baru sedar Aqil ni kuat makan. sepinggan pon boleh habis nasi klu rajin tunggu & layan. Amina plak kuat menyusu. Klu bab nasi kena selalu try n error recipe sbb dia cepat jemu. dan time taknak mkn tu, mmg kena paksa, marah2 skit, baru lah dia nganga mulut, mata pandang kat lain,tu pon mcm tak ikhlas je, ehehehe..cute plak. Esok timbang berat di klinik, baru bleh tau sama ada berat naik byk ke tak sepanjang jagaan mama ni..berdebar2 jugak ni
  • Pemasaran kerepek berjln lancar. Byk tempat dah hantar->kilang, kedai runcit,kedai makan,carwash,kolej. Tp duit tak collect lg & tak tau byk sgt peel agen pemasaran ni lg.Untung pon tak sempat kira lg...
  • Pengisian jiwa & rohani-->Sgt aman & tenteram. Boleh buat apa yg kita suka-->jaga anak sendiri + small biz. Ada masa utk mengaji & bgn malam. Boleh beza kepenatan bekerja dulu & bekerja dirumah. Sbnrnya hati sgt celaru bila nk masuk kerja ni. Berapa bykkah bebanan yg mereka timbunkan utk aku, handover task dulu proper tak mereka buat, sempat tak nk cover semua,adakah mereka akan berperikemanusiaan, apakah feedback aku bila disindir/perli nti, adakah aku boleh sabar n telan semua ni, adakah aku akan jd singa betina spt biasa, atau takyah ckp byk, hantar je surat resign kali ke 6. ya Allah, hanya padaMu aku berlindung dr semua sifat mazmumah ini. Buka lah peluang yg lebih baik untukku. Amin.
Oh ya, sekadar rekod. Semalam naik bas di bandar Jengka. Nampak satu terminal baru dlm pembinaan. Terus telefon majlis daerah maran. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ni. Kelam kabut sediakan gmbr passport,photostat IC (kena dgn pasangan sekali), bank statement,Kejar bas express nk kirim, terlepas plak. Last send by Gdex. Harap MDM terima borang n salinan tu esok, mitak abah hantarkan. Itu lah hajat dihati, nak keja utk kumpul modal skit lg utk biz, utk reno rumah, utk laser mata, utk gi Korea & Australia tahun depan, tp semua tu hanya la penyuntik semangat utk kerja. Klu takde matlamat, mmg tak rasa nk kerja. Tp klu betul2 hati mmg tak boleh nk dipujuk lg, I will choose to have never ending holiday lg...