Kali ni ckp pasal coming newborn bb. As told by doc, jantina adalah perempuan. Mama namakan Amina Safiyyah, mmg dah lama standby nama ni & announce kat semua org sblm dicurik..hihihi.
Amina (yg amanah), Safiyyah (yg bersih/yg ikhlas). Bertarikh hari ni 1-Oct 2011, Amina Safiyyah dah berumur 31 minggu 2 hari dlm perut mamanya. Estimate lagi 61 hari (2 bulan) nak tgk dunia.Mama harap Amina Safiyyah sabar duk dlm perut smpi tarikh jangka. Jgn awal sgt or jgn delay.
Amina (yg amanah), Safiyyah (yg bersih/yg ikhlas). Bertarikh hari ni 1-Oct 2011, Amina Safiyyah dah berumur 31 minggu 2 hari dlm perut mamanya. Estimate lagi 61 hari (2 bulan) nak tgk dunia.Mama harap Amina Safiyyah sabar duk dlm perut smpi tarikh jangka. Jgn awal sgt or jgn delay.
Pregnant kali ni amat mencabar bg mama. 2 kali masuk wad sbb dehydration, 10kg turun berat badan & until now still not cover yet (x cover pon tak pe, bukan senang nk kurus kan) smpi bacaan TSH (Thyroid Stimulating Hormone) melebihi spec.Minum air gula (MGTT) 2 kali..mmg tak suka. Tp sbb umur hampir 30an & berat badan naik melebihi 500g sewaktu kandungan <5 months. Nak wat mcm mana, baru ada selera slps dehydrate teruk mmg melantak je la.
Last week mama kena injection ATT (kancing gigi) & start kena kira pergerakan janin sehingga 10x sehari. Mmg Amina Safiyyah sgt aktif menendang, berpusing, mengeras terutama time tghari & malam. Klu mama jln laju2 or naik tangga or buat keja berat skit which is menyebabkan pergerakan otot di perut, Amina Safiyyah akan aktif respon. Marahkan mama agaknye sbb ganggu dia tido..mcm Abg Aqil jugak la.
About mama plak, symptom sakit ari2 (kat bibir pepet). Menyucuk2 terutama time tido malam bila nk kalih badan. Menurut pembacaan mama di internet, risiko symptom ni adalah kelahiran bayi pramatang.
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/145-jangkitan-kuman-semasa-hamil.html?showall=1
Jangkitan Kuman pada pundi kencing (UTI) lebih kerap terjadi kepada wanita hamil, kerana tindakan hormon menyebabkan aliran air kencing menjadi lebih perlahan dan senang bertakung didalam pundi kencing menyebabkan UTI senang terjadi. Dianggarkan 1 dalam 25 wanita hamil megalami jangkitan ini. Simtom termasuklah, rasa sakit pada ari-ari, kencing dengan lebih kerap dan sakit semasa kencing. Sekiranya tidak dirawat, kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan sakit belakang, demam dan muntah. Ia juga boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang.
Sekiranya rawatan diberikan pada peringkat awal, jangkitan buah pingang boleh dicegah. Selalunya doktor akan membuat ujian dimana air kencing akan diperiksa dengan mengunakan alat mikroskop dan kuman akan dikultur untuk mengetahui jenisnya. Sekiranya jangkitan tidak seberapa, ubat antibiotik akan diberikan dan pesakit cuma akan dirawat sebagai pesakit luar. Tetapi sekiranya ia sudah dalam keadaan teruk, pesakit akan dimasukkan kehospital untuk rawatan yang lebih intensif.
http://drzubaidi.wordpress.com/2010/07/14/kesakitan-abdomen-semasa-hamil/
Pengalaman saya bekerja di wad bersalin, ika kesakitan abdomen itu berterusan terutama di bahagian bawah (ari-ari atau suprapubic), maka wanita hamil itu dinasihatkannya untuk rehat di wad untuk pemerhatian. Jika keadaan terkawal, kehamilan bayi dapat diperpanjangkan. Jika tidak kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan.
Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pada wanita yang hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita yang hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing (urethra) mereka yang pendek. Hormone estrogen menyebabkan juga lubang kencing mereka relax, tidak ditutup rapat dan mudah dimasuki kuman.
Wanita yang bermasalah begini kadang kalanya merasakan pedih ketika kencing. Mereka mengadu seperti rasa terbakar di bahagian abdomen bawah, atau mungkin hanya tidak selesa di bahagian itu.Doktor akan melakukan ujian air kencing dan selalunya menamakan sebagai ‘kencing kotor’. Pesakit juga mungkin tidak dapat hendak mengawal kencing dan rasa tidak puas selepas kencing. Warna iair kencing mungkin kuning pekat, keruh, berbau busuk dan kadang kalanya bercampur darah.Jika tidak dirawat dengan betul, ianya mungkin melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman di ginjal.
Di dalam bahagian pelvis, ada stuktur yang dinamakan sebagai “ Round ligament”. Ligamen ini yang ‘memegang’ rahem agar berada pada kedudukan yang stabil. Salah satu punca yang menyebabkan rahem ‘turun’ apabila ligament ini tidak lagi kuat.Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yang harus ditanggung oleh stuktur untuk mengekalkan posisi rahem telah menyebabkannya menjadi keras, tebal dan regang (stretch). Akibatnya wanita yang hamil akan merasa tidak selesa atau kemungkinan rasa sakit seperti ditikam/dicucuk-cucuk untuk sementara waktu atau ‘sakit yang sukar diceritakan’ di kedua-dua belah abdomen bawah. Kesakitan ini mula dirasakan apabila pesakit bangun dari posisi duduk atau mencangkung, batuk yang kuat atau mengangkat barang dari lantai.
Atau ianya dapat dirasakan setelah lasak bekerja dan mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan Round Ligament Pain.
Sukar untuk mendiagnosanya dan tiada ubat yang spesifik untuk kesakitan sebegini. Banyakkan rehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja yang berat. Dapatkan pendapat doktor jika kesakitan atau ketidakselesaan itu berlarutan walaupun setelah berehat.
Takut jgak kan.Tp tak sempat lg nk jumpa doc, maybe next Saturday la sbb hari ni keja.. Harap2 tak seteruk yg terjadi kat atas.
Amina Safiyyah at 21 weeks 2 days (5 months). Dahi mcm abgnye..
sedap nama
ReplyDeleteedd...
ReplyDeleteaku rasa.. ko kena urut la... sebab... baby takkan suka mengeras dalam apa jua keadaan... jika dia tak tersepit....
even kencing kotor pun... kalau dia tak tersepit... dia takkan suka mengeras...
anak aku yg suka mengeras.. yg first tu.... rupanya... tersepit... even ceaser pun.. doktor guna alat untuk keluarkan dari perut... kalau guna tgn... tak boleh nk grap... sebab muka dia tersepit celah kelengkang.. hihihi...
yg 2nd pun terselit.. cuma siku... tapi aku urut.. 2 kali betulkan tgn dia......