Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Friday, July 8, 2011

Fire Prevention Awareness Program








Can happen everywhere, anytime. Kalau terjadi kebakaran, jgn gunakan selimut,pasir,berguling atau air ke atas manusia.
Ketika terbakar, kulit manusia menjadi panas & lembut. Jika terkena selimut, risiko kulit yg lembik tuh melekat kat selimut. So bila nk tarik selimut tu, kulit aku tercabut/tersiat dr daging.Semasa tepuk2 selimut di badan pon, boleh menggalakkan pemerangkapan oksigen yg menyebabkan lagi kebakaran.
Pasir tidak sesuai sbb mengandungi kuman2 n bacteria yg akan melekat di kulit yg lembik & menyebabkan jangkitan. Doc pon susah nk buang/cuci satu2 butiran pasir yg halus tuh.
Kalau berguling, sama situasi ngan selimut. Kulit akan tersiat2 n melekat dilantai.Bg cara ini juga tak sesuai utk bahagian rambut (takkan nk hantuk kepala kat dinding kan) & ibu mengandung camno plak nk guling?
Situasi guna air sama la seperti keadaan sbtg dawai panas tiba2 dijirus air. Ada bunyi shhhhhhh!!!! Sama jugak situasi saraf/tulang manusia ketika terbakar.Bila tiba2 kena air, risiko putus atau mengerekot.

Kebakaran terjadi dgn kehadiran oxygen,haba & fuel. Major contribute kpd kes kebakaran adalah power overload/heating (guna plug byk2 kat satu soket), litar pintas,condition/quality of products,equipment &machineries. More kpd electronic part..

Jenis2 pemadam api:
1) CO2-plg bahaya. For Electrical part. Suhu -50°C (sgt sejuk & boleh menyebabkan kematian kpd manusia).Masa guna, jgn pegang muncung.
2) ABC Dry Powder. (A-solid,B-liquid,C-gas).Normally warna biru. Klu ABCE (additional for electrical).Both of them multipurpose & sesuai utk human.Cara guna ingat keyword PASS (pull,aim,squeeze,spread).Jarak aim sekitar 1.5~2m from the object yg terbakar itu.Utk pastikan pemadam api ini berfungsi, check jarum pressure mesti dlm column hijau.

Bagi pemilihan pemadam api, pastikan penutupnya diperbuat drpd tembaga/SS kerana tahan karat. Antara alatan lain yg penting ada dirumah ialah smoke detector. Suggest to install near to main door (exit utama kita). Klu ada byk, boleh install antara main door & dry kitchen. Smoke detector tahan 15~20 tahun. Terbaik adalah guna bateri compare elektrik sbb jika berlaku kebakaran, bekalan elektrik akan terputus.



Pemadam api yg cute-boleh letak dlm keta or rumah.Consultant tuh sedang pegang smoke detector.




Smoke detector penting sbb pergerakan utama & plg berbahaya ketika kebakaran adalah asap. Asap mengandungi percikan api yg sgt halus dan tidak nampak. Anggota badan yg plg cepat terbakar adalah rambut. Jd jgn gosok2 rambut tuh dgn tgn atau ke muka.Contact lens juga merbahaya jika ia mencair di dlm mata. Pastikan tidak memakainya ketika BBQ jugak.

Jika terperangkap dlm hotel/bgnn bertingkat yg terbakar, jgn gunakan lif. Tp seblm ke tangga, check dulu pintu rintangan api. Pegang tombol sama ada panas atau tidak & pastikan tiada asap yg keluar dr bawah pintu. Jika tidak jgn buka. Mungkin api yg sedang menjulang marak di sebalik pintu sedang menunggu dibuka laluan. Jika tiada lagi jln keluar lain, masuk semula ke dalam bilik. Jika bilik yg terbakar berdekatan, jgn buka tingkap, nti asap masuk. Basahkan baju dan letak di celah2 lubang pintu. Masking tape mana yg perlu & tunggu bantuan. Jika tempat terbakar jauh, boleh la buka tingkap & jerit utk bantuan. Tp jgn lompat. Talian kecemasan 999. Jika guna hp, dial 112.

1 comment:

  1. ingt lg masa dulu2 diorg ajar kalu terbakar, guna selimut utk padam api

    ReplyDelete