Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, July 2, 2011

Cerita Nursery Aqil

Hari pertama Aqil ke nursery, papa yg hantar sbb aku tak smpi hati tgk Aqil nangis.
Tp bila aku amik petang tuh, Aqil sgt ceria. Siap belajar perkara baru lg…”Mama,apa ni?” tak sempat jwb dah kena sepak.
Yer..pelajaran tanya & sepak kaki. Sampai ke mlm, sakat papa plak. Tp tak berani sepak papa la.

Hari kedua Aqil taknak ikut papa dah. Ikut aku plak. Padahal ikut sapa2 pon tetap kena hantar nursery.
Menangis lg anakku sayang ni. Ptg lps aku amik kat nursery, Aqil ngamuk2. Berapa kali buat hal smpi ke mlm.
Something wrong about my son. Aku syak sesuatu berlaku kat nursery yg menjadikan dia lepas tekanan kat aku je.

“Ayril buat Aqil ke tadi?”
Angguk.

“Dia buat apa?”
Tunjuk aksi kedua2 tgn tekan kepala dr blkg.

“Syahmi?”
“Syahmi baikkkkk” lantang betul dia menjawab. Tadi senyap je.

“Mawar?”
“Mawar baikkkk”

Mmg sah! Sebab Ayril lg. Aku agak sebaya or tua setahun dr dia. Sblm Aqil cuti 2 bulan time aku sakit, Ayril suka cubit tgn Aqil. Suka tarik puting Aqil.
Sampai Aqil taknak pegi nursery.Skang main tunjal2 kepala anak org plak. Ingat aku susah2 beranak mcm nak mati, ko senang2 je buli ye.

Hari ke3, Aqil sungguh2 taknak pegi sekolah. Aku pon tak smpi hati nak paksa. Sib baik adik aku balik dr kolej, boleh tolong jaga.
Ptg tuh, balik kerja Aqil ceria spt biasa sbb duk rumah kan. Byk tanya n cerita. Aku ajak dia pegi nursery. Nak komplen pasal budak pembuli tuh.
Mmg dia taknak kuar keta. Aku sorang je masuk komplen bla bla bla. Ye la sapa tak risau anak dlm keadaan tertekan. Pengasuh tuh janji nk lebihkan perhatian pasal ni. Mmg hari pertama tuh Ayril tak dtg, that's why Aqil ceria.

Hari ke4, aku survey Smart Reader Kids kat Sg Udang. Wlpn jauh dr rumah, aku sanggup hantar klu Aqil happy. Lps jumpa principal sok sek sok sek, dia setuju la bg seminggu kelas trial utk Aqil tanpa bayaran.
Kebetulan hari tu Sabtu, ada perjumpaan ibu bapa & guru. One to one bincang pasal prestasi anak. Bagus.

The next Monday, aku unpaid keja 2 jam sbb nak hantar Aqil ke kelas trial Smart Reader. Pagi2 kejutkan mandi mmg susah. Klu nursery, busuk2 penuh air liur basi+drypers tak salin aku hantar. Mcm mana la agaknye aku nk adjust masa bgn awal utk prepare semua ni nti. Jarak dlm 15 minit. Klu dah pegi balik, amik masa 30 minit. Agak jauh la bg aku sbb umah ke tempat keja within 2 minit. Singgah kedai kopi jap, sarapan. Berselera betul Aqil sbb aku tak hantar ke nursery.

“Mama,Aqil mkn byk2”..hmmm mmg byk pon. Penat aku nk tunggu.

Bertolak ke Smart Reader dia hepi je spjg jln. Byk tanya. Ingat aku nk bawak pegi jalan kot. Sampai je sana, principal tadika sambut. Bawa aku & Aqil masuk kelas. Just 4 org je budak 3 tahun hadir.
15 minit duduk tgk kawan2 mewarna, principal tuh cuba bawak lari Aqil dr aku. Mmg melalak2 sampai semua budak tgk. After 5 min tak berjaya pujuk, principal tuh return Aqil semula. Duduk la atas riba smbil peluk aku. Kepala mmg taknak pandang semua org.

“Mama,nak balik umah”
“Aqil taknak sekolah”

Aku pujuk2 suh tgk kawan tgh belajar sesi membaca buku bergambar plak. Nampak Aqil still takleh cooperate,terpaksa la kami blah after 30 minutes. Masuk keta, Aqil gelak2..mmg drama king betul la.
Aku dah warning siap2

“Aqil taknak sekolah sini, kena pegi sekolah lama. Mama nk kerja”
“Aqil nak balik umah”
“Takde orang kat rumah. Sapa nk bg makan? Sapa nk basuh berak?”
“Taknak sekolah”

Masa dah suntuk, aku hantar je terus dia ke nursery lama. Mmg dia nangis, tp tgn still hulur kat pengasuh tuh. Better la dr kat Smart Reader td. Aku nampak Ayril. Sempat la pesan kat dia suh kawan ngan Aqil elok2. Ptg tuh balik kerja terus aku bawa dia pegi taman mainan. So mood ok. Aku tanya dia nk pegi sekolah tak esok, dia taknak. Aku bg pilihan plak, nak sekolah syahmi (nama besfren dia kat nuersery) ke sekolah where is the sun (Smart Reader). Mmg dia pilih sekolah syahmi.

Selasa hantar tak nangis. Ptg bawak pegi taman mainan lagi. Aku tanya pasal Ayril. Dia tunjuk aksi Ayril cekik leher dr depan. Mmg la budak ni nak kena lg ngan aku. Tp mood Aqil recover sbb main kat taman. Mlm kami pi kedai sbb dgr kata kena rompak lg. Sib baik kedai aku takde apa yg hilang. Tp kesian kedai2 lain yg ntah kali ke berapa buat polis report.

Rabu-tak pegi sekolah sbb adik aku balik.

Khamis- hantar nursery & tak nangis lagi. Mood Ok.

Jumaat-Ok pegi n balik. Aku tanya pasal Ayril. Dia jawab “Ayril baikkkkkk” Alhamdulillah. Lega hati. Tak perlu aku risau dia tertekan ke or nk tukar nursery ke or cari pengasuh lain or berenti keja buat masa ni.

1 comment: