Karenah Pelanggan
Sudah lebih 6 bulan sy berniaga kedai. Bermacam2 ragam & karenah manusia yg saya jumpa. Tetapi business betul2 mengajar erti kesabaran. Baru sekarang sy faham perasaan peniaga bila customer merengek menawar harga rendah wlpn kadang2 melampau kurang dr harga modal! Baru sekarang saya rasa balik apa yang pernah saya buat kepada peniaga sebelum ini.Ya,bertanyakan harga kemudian berjanji akan dtg semula tetapi sebenarnya pegi survey ke tmpt lain & beli di tmpt lain.Ah! Penantian menunggu pelanggan itu satu penyeksaan.
Belum lagi masuk bab memilih corak,design,warna etc ke atas produk yg dijual.Ya,mereka ada hak utk memilih yg terbaik di mata mereka. Tetapi sebagai peniaga sy lebih suka mengatakan ‘Hanya ini stok yang kami ada’ or ’Kami mahu clear stok’. Bukan menipu, tapi realiti. Jika saya mengatakan stok di kilang/supplier masih banyak, maka mereka akan berkeputusan menunggu & f/up setiap minggu walhal sy perlu clear stok yang ada sebelum dapat pusing modal utk order seterusnya. Hal ini akan membebankan kedua2 pihak yg menunggu & yg dikejar. Jadi lebih baik saya tidak membuat janji apa2 & menjual apa yg ada.Di hati saya selalu berpesan “Customer always right’ or ‘Customer is King’! Dan saya berusaha juga untuk mengikut jejak Rasulallah dlm berbusines & melayan pelanggan.
Tidak semua customer berlagak,ada juga yg kasihan.. Paling tak lupa apabila seorang nenek yg berpakaian agak lusuh berkunjung ke kedai. Hati masih ralat kerana tidak bersedekah kpd beliau yg nmpknya sgt daif & hanya hanya memegang,bertanyakan harga,senyum & berlalu pergi. Menurut anaknya,harga plg mahal dipakai oleh mereka berharga RM10,yg lain semua beli di bundle. Juga kisah kanak2 yg menangis,meronta2 meminta dibelikan terompah lip lap & akhirnya hanya dimarahi
& ditampar ibu. Bersalahkah sy?
Karenah Supplier
Jujur saya katakan berniaga dgn Chinese lebih menyenangkan berbanding Malays.Delivery on time & zero error!
Pengalaman saya berurusan tshirt muslimah dgn seorang alim (sy katakana begini sbb blognya penuh dgn hadis2 & ayat al-Quran yg menyeru muslimah menutup aurat) benar2 mengajar saya.Janji beliau barang di pos 12-Nov & sy menanti dgn penuh harapan.16-Nov masih tidak sampai,jadi sy sms bertanyakan no tracking.Tak di balas. Sy SMS lagi sekali pada 19hb,jugak tidak dibalas.Akhirnya parcel selamat tiba pada 20hb.Sy muskil apabila meneliti chop POS yg bertarikh 16-Nov di lokasi supplier tersebut & sudah rasa tertipu dgn tarikh yg dijanjikan & juga charge POS yg lebih RM10 dari harga sebenar.Kuantiti kurang 1 pcs. Design juga hanya 16 pcs yg mengikut order dari jumlah 51.Over 70% error!
Ada juga pemborong yg suka bermain dgn harga.Seperti apa yg sy belajar dlm subjek Ekonomi Asas Ting 5 dahulu.Apabila permintaan tinggi,meraka akan less production supaya harga akan naik.Dan sebaliknya..
Sesetengah yang lain pula amat lembab dlm menjwb email/SMS even mereka yg menyiarkan iklan memerlukan pengedar/peruncit.Sy amat bercita2 hendak mengeluarkan produk sendiri satu hari nanti tanpa membebankan pembeli & mengamalkan good & fast feedback system!InsyaAllah.
Karenah Courier
Memborong & menjual secara online amat memerlukan courier sbg perantara. Urusan business kadang2 tergendala disebabkan servis mereka. POS cawangan Masjid Tanah mmg bermasalah dlm menghantar big parcel smpi ke pintu.Alasan pertama,malas bawa van,motosikal lg cepat.Kali ke 2 selepas dicomplaint, alasan bertukar kpd parcel rosak.Kali ke3 pon sama. Kali ke4 betul2 smpi ke pintu rumah selepas sy mengadu kpd ketua unit. Mungkin agak kasar pada masa tersebut.Ya, mereka yg memaksa sy bertindak. Slps beberapa bulan,mungkin mereka sudah lupa nama sy atau catatan nama sy sudah hilang..utk parcel ke5 alasan pertama kembali.Sy sudah penat..
Utk customer online, sy menggunakan perkhidmatan Skynet.Lebih murah berbanding yg lain & servis pintu ke pintu. Jadi sy tidak perlu keluar utk menghantar barang.Bagus kan?.Ya,bagus di pihak saya tetapi tidak di pihak customer sy.Hanya area KL & Penang mendapat service tip top!Penghantaran di Kuantan mengambil masa selama 4 hari! Sama standard dgn pos biasa wlpn harga lebih mahal.Alasan hari ke2 tak sempat pergi,hari ke3 tak masuk kwsn tersebut.walhal kwsn tersebut adalah bandar bukan Ulu Tembeling pon!
Skynet ke Terenggau pd kali pertama ok. Kali ke2, customer complaint tak terima barang.Bila disuruh selidik pelbagai alasan. Akhirnya alasan lori xcident sy terima dgn syarat saya terpaksa claim tuntutan kerugian terhadap mereka.
Skynet ke Klang pd kali pertama ok. Kali ke2, customer mula complain barang tak smpi. Apabila disiasat rupanya mereka tersalah hantar station & tidak tahu bila akan setelkan.Yeah,they should train their staffr to be more efficient,more polite & more responsibility!
Not all to be bad..penghantaran ke Sibu menggunakan Pos Laju betul2 mengikut motto,di Jamin Sampai Esok!
Untuk membuka sykt courier sendiri? Sy rasa masih tidak mampu dari segi kewangan tetapi sy mengharapkan ada kawan2 di luar sana yg boleh mencipta satu system courier yg lebih efficient & bermutu.
Edd... teruskan usaha! :)
ReplyDeletekalau ada china silk, bgtau aku dulu
ReplyDeleteTenkiu my pren..
ReplyDeleteMar 2011 baru aku gi China..tp kurang amik Silk Gred 1, maybe amik Gred 2 banyak.