Mula2 duk dgr Aqil nyanyi Apaganasta ulang2 kali, aku pon dok ikut. Lagu baru dia belajar kat sekolah atau nursery la kot. Assume dia sebut pelat, jd tak leh tangkap lg lagu apa sebenarnya..
Tiba2 tadi tgh tgk chanel KBS, ada selingan video Oppa Gangnam Style..semangat Aqil nyanyi sambil joget. Selama ni duk Appa Gana Sta, rupanya lagu tu ler...isk isk isk..Aku pon first time dengar wlpn dalam paper duk heboh kontroversi pasal lagu ni.
Mama : Aqil dengar kat mana lagu ni?
Aqil : Kat sekolah la
Mama : Sapa pasang?
Aqil : Kakak adik (Means kat nursery la tu)
Aqil : Kalau mama nyanyi mcm tu kan, mama jadi sihat
Mama: Sapa cakap
Aqil : Orang la
Aqil : Ala mama tonggek je, Papa ngan Aqil nyanyi
No comment.
Hari ni bersiap2 nak pegi beli sarap. Sarung tudung je pon, tp tu dah kira trade mark nak keluar la.
Aqil : Mama nak pergi mana?
Mama: Hantar Aqil pergi sekolah
Aqil : Aqil kan dah jadi budak baik. Aqil dah mitak maaf kan.
Sebab aku selalu ugut nak hantar pegi sekolah bila dia not good behave. Ehehehe..mcm tak betul je ajaran ni.
Semalam, tgh basuh pinggan tiba2 dia bersuara dari belakang rumah.Aku dlm rumah, dia diluar, hanya dipisahkan oleh tingkap nako.
Aqil: Esok Mama kerja ye. Aqil nak pergi sekolah.
Mama : Kenapa?
Aqil : Ye la, mama keja baru ada duit. Lepas tu boleh beli gula untuk Aqil.
Mama : OK, janji ye.
Tp hari ni dia tukar pikiran plak.
No comments:
Post a Comment