Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Friday, October 19, 2012

New routine

 Today is Friday, kena pakai baju Melayu


syoknye dpt jalan pagi2 ye

Hantar abg Aqil ke tadika KEMAS. Kena jln kaki sbb dia nk kayuh beskal. Ok lah tu, mama exercise la sikit ye. Sempat pegi MRC 2 hari je, burn duit mama RM230. Lps tuh dah taknak pegi. So mama bg option, kalau taknak pegi tadika baru kena pegi tadika Cikgu Julia.So far Alhamdulillah, tak ponteng lagi & semangat tiap2 hari,Itulah bayaran utk bina semangat ke tadika semula. Bila diperkenalkan tempat yg lg worst bg dia, baru nmpk tadika KEMAS tu best.


Baru tgh nak sesuaikan diri dgn rutin baru, cuti pon dah nak habis...ada chance nk lanjutkan lagi ni..

Wednesday, October 17, 2012

Kerepek Oh Kacang


Hari ni selesai penghantaran kerepek & kacang ke kilang aku & juga Persatuan Nelayan setelah seharian berhempas pulas membungkus semalam. 2 kedai masih menunggu, semalam dah ada yg follow up dgn Nuar. Utk ke KUIM saja aku lambatkan sebab adik aku exam (dia la dealer), so bg concentrate dulu la.

Last Friday, berkorban tinggalkan anak2 yg tgh tido pegi jumpa designer utk printing PP plastic.Konon nak pack cantik sikit la walau masih tak setanding twisties. Tp tu lah, Melayu tetap Melayu, Janji nk bgth harga, nak siapkan hari Ahad, sampai ke hari ni diam membisu. Dah SMS pon tak jwb2. Nampaknye terpaksalah aku tolong business org Cina jugak ni.

Kalau tanya untung biz kerepek..separuh gaji aku pon tak sampai. Tp yg penting aku boleh buat 2 keja dlm satu masa. Jaga anak + small side income. Tp penat takyah cakap la. Time anak berjaga, sorang nk berkepit je, pantang bergerak, even nk solat or masuk toilet pon dia bleh meraung2 kat luar. Yg sorang lg, walau dah besar panjang, kerenah nya pon besar jugak.So bila dua2 tido, dapat la curi2 masa buat kerja rumah yg lain & bungkus kerepek. Klu tak sempat jugak, kena la tunggu papa nya balik jg bbsitter plak or buat keja masa tgh mlm buta. Aku boleh stay up sbb tghari esoknye bleh join tido sama2 ngan anak. Alangkah nikmat kalau rutin ini berterusan...

Owh! Time constraint....

Monday, October 15, 2012

Manusia tak sekufu susah nak paham

Berapa kali aku remind kat diri sendiri..tak perlu cakap banyak. tak perlu nak explain details. tak perlu nak cerita semua. tak perlu nak luah kan. simpan lebih baik. senyap lebih tenang. sendiri tau je. sendiri paham je. sendiri settle.

yang tak nak letak kan diri mereka di tempat kita, hanya tau kondem, kutuk, bg idea yg lagi membebankan, cakap dr view dia saja.

Stop Nurul Edry. Jangan nak pikir bantu orang lagi.

Tuesday, October 9, 2012

Kids & biz

7 Oct- Amina start tukar susu. From Susu kambing Karihome to Susu Lembu Bebelac. Alhamdulillah, serasi & tiada tanda2 alergi or cirit birit.Mmg papa boleh save budget hampir separuh. Karihome 400g harga RM43.90 klu beli online, beli kat farmasi RM49.Bebelac berat yg sama berharga RM23.10 je.Harapnye masalah kahak Amina akan settle jugak.

9 Oct- Aqil start ke tadika aliran cina,MRC. Wlpn nangis2 masa tinggal, tp time amik happy je. Harap sangat dia boleh kekal lama sebab ni saja cara untuk layak ke sek rendah cina. Mmg plan nk hantar dia ke sekolah cina supaya dapat bertutur & mengikut budaya positif Cina. Bahasa pengantar di tadika ni English kecuali semasa kelas bahasa Melayu or Mandarin. Cuma 10 org saja student Malay kat sini tetapi cikgu nya majoriti Muslim. Walaupon subjek Islam di ajar 3 kali seminggu tetapi tetap nak hantar Aqil untuk kelas Qirati & muqaddam.Cuma tak jumpa lagi kelas hafazan yang boleh terima budak seumur dia kat area sini.


About business-> masih berkira2 nak beli ke tak mesin ais krim. Harga mesin RM5K-RM10K.  Dah tanya satu pasaraya untuk tapak kiosk, tp kena buat proposal plak. Means kena cari kiosk designer dulu la...

Sample kerepek dlm botol & plastik dah 2 hari duk dlm keta. Ntah bila nk pegi jumpa En Kamarudin, tokey Persatuan Nelayan utk pasarkan kat kanten kilang & restoran. Asal call je, dia takde kat opis. Pegi mengejut pon takde jugak.Market agak slow sekarang sebab kilang banyak shut down & budak kolej pon tgh exam. Tanya satu kedai makan utk letak pon dah kena rejek, kedai runcit pon mcm feedback so-so gitu...klu tak kuat mmg fedup. Tp aku kena habiskan stok yg ada cepat2 sblm rosak.

Monday, October 8, 2012

smartphone or celcom prob?

Mood: Geram. Tak pikir panjang.

Tak seindah yang di impikan. Aku assume semua prob akan settle bila guna telepon pintar ni, sepintar atau secerdik namanya tu lah. Purpose beli :


  • sebab aku nak amik gmbr for online business & directly uplod to FB/blog. Since kamera aku rosak & kamera canggih laki plak tak reti guna+berat mcm batu. Bila kira2 beli digital kamera baru pon harga dkt 1K jugak, baik aku beli 2 in 1 terus kan.
  • sebab hp cokia C5 lama tu mcm ada signal problem je, sometime org call tak dpt, sms tak masuk..walaupon tak pasti adakah sbb netwok celcom or sebab hp tu. Dan bg org yg tak memahami akan non stop or repeat menyalahkan menda yg bukan salah aku, tak suka betul nk explain byk2 kali menda yg remeh ni.
  • sebab hp lama tu kecik, selalu je hilang / misplace. Penat tul nak cari bila tak tau terselit kat mana. Tambahan plak pengguna yg lasak ni suka betul campak2 lps guna or bila rasa tak berguna sbb takde sms / call masuk pon berhari2 yg memerlukan berkepit 24jam ngan hp..lain la mcm remaja remaji skang, ketuk ketak ketuk ketak tekan keypad & ngadap hp even org tgh bercakap ngan dia, no respect sense langsung..err dah masuk topik lain.
dan beli la samsung tab2 berharga rm1350. bermula lah era baru. owh, rupanya byk ketinggalan teknologi dah aku ni..syok betul la mendonlot itu ini..then bila come to main purpose aku beli

  • gambar takleh upload pon ke blog.cuba2 byk kali, mcm2 teknik..dah start geram, membazir masa tul. bukak netbook, bluetooth gmbr dah settle!
  • top up rm30, baru nk call adik aku masa hantar kepek ke KUIM, baru sedar kedit 0. Sib baik ada standby top up RM10. 3 hari after tu, ada customer plak duk sms nk borong tshirt muslimah. Kredit aku 0 lg..baru 3 hari, tak call sapa2 pon. Then aku online MB2u beli lg RM10, dlm masa 30 minit, baki jd 0! Terus aku call Celcom 1111, apa masalah sbnr nya ni. Rupanya diorang kata no aku ada GPRS, bila guna smartphone akan otomotik mkn kredit. Wlpn dah off mobile data, still tak jamin kredit selamat sbb apa2 software update tetap akan mkn kredit. klu nk save, langgan la celcom RM18/week..klu sebulan rm72. Kat umah aku dah wifi streamyx, opis pon ada intenet, apa kejadahnye nk perabis duit utk menda yg tak mati pon klu takde. Dan aku bukannye pengguna intenet tegar. Sial! Solution nya : Akak cabut simkad & guna la semula hp lama akak tu atau amik pelan kami.
Pagi tadi terpaksa top up RM10 utk bgth ttg kepek kat agen kilang.Lps tu cepat2 cabut simkad. Nak guna hp lama, bateri plak hilang. Konon habis madu sepah di buang, bila budak2 ni wat main, takde la plak aku nk amik simpan. Aduhai...kena lah cari bateri cokia baru semula..Dah la tepon rumah pon rosak kena buat main.Sekarang ni, tab2 aku tu jd tukun la plak...boleh guna utk intenet je, sama function tp tak sebest guna netbook lg..Tgk la nanti bila hati aku dah tenang, aku akan berpikir dgn waras. Sama ada nk beli nombor network baru yg tak mkn kredit or buang semua software2...

Friday, October 5, 2012

Mr Apaganasta!

Mula2 duk dgr Aqil nyanyi Apaganasta ulang2 kali, aku pon dok ikut. Lagu baru dia belajar kat sekolah atau  nursery la kot. Assume dia sebut pelat, jd tak leh tangkap lg lagu apa sebenarnya..

Tiba2 tadi tgh tgk chanel KBS, ada selingan video Oppa Gangnam Style..semangat Aqil nyanyi sambil joget. Selama ni duk Appa Gana Sta, rupanya lagu tu ler...isk isk isk..Aku pon first time dengar wlpn dalam paper duk heboh kontroversi pasal lagu ni.



Mama : Aqil dengar kat mana lagu ni?
Aqil : Kat sekolah la
Mama : Sapa pasang?
Aqil : Kakak adik (Means kat nursery la tu)
Aqil : Kalau mama nyanyi mcm tu kan, mama jadi sihat
Mama: Sapa cakap
Aqil : Orang la
Aqil : Ala mama tonggek je, Papa ngan Aqil nyanyi

No comment.

Hari ni bersiap2 nak pegi beli sarap. Sarung tudung je pon, tp tu dah kira trade mark nak keluar la.

Aqil : Mama nak pergi mana?
Mama: Hantar Aqil pergi sekolah
Aqil : Aqil kan dah jadi budak baik. Aqil dah mitak maaf kan.

Sebab aku selalu ugut nak hantar pegi sekolah bila dia not good behave. Ehehehe..mcm tak betul je ajaran ni.

Semalam, tgh basuh pinggan tiba2 dia bersuara dari belakang rumah.Aku dlm rumah, dia diluar, hanya dipisahkan oleh tingkap nako.

Aqil: Esok Mama kerja ye. Aqil nak pergi sekolah.
Mama : Kenapa?
Aqil : Ye la, mama keja baru ada duit. Lepas tu boleh beli gula untuk Aqil.
Mama : OK, janji ye.

Tp hari ni dia tukar pikiran plak.


Tuesday, October 2, 2012

Finally I can kiss them 1000x a day



Amina - 10 bulan 2 hari. Gigi rabbit 4 batang, 2 atas,2 bawah. So sgt suka apply kekuatan giginya utk makanan keras spt biskut & buah. Juga akan ketap gigi tu kuat2 bila mama nak korek sesuatu yg dia dah kutip & kulum.Boleh berdiri dgn bergantung kat sofa atau pemegang lain, tp masih tak tau nk duduk sendiri. Akan jerit minta bantuan bila dah penat berdiri.

Aqil - 4 tahun 1 bulan 2 minggu. Masih liat nk ke sekolah. Tp mama sedang berusaha memaksa dia belajar di rumah. Aktiviti sosial sgt tinggi. Suka berkawan tak kira masa, tambahan dah pandai basikal beroda 4 ni, lg besar la jelajah & network nya. Suka merengek lebih dr adik. Bila datang mood baik, clear semua mainan kat hall dikemas nya.Ada masa menjawab jugak, "Ala, mama ni", "Mama pon sama"...Oh! Dah besar anak teruna ku ni...