Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

Hero Mama Dah Besar


Sedar tak sedar, dah 2 tahun lebih hero mama ni. Dah lama tak update pasal perkembangan Aqil. Skang dah pandai cakap.Kira boleh paham & boleh di ajak berbual.

Nak mandi mesti request mama “Nak air tanash!” means air panas. Like mom like son la..takut mandi air sejuk.

Kalu mlm Aqil suka tgk langit. “Bulan adok” (Bulan takde). Sentimental betul.

Sejak hantar nursery dr July lepas, Aqil dah mula melasak ganas. Selalu ajak mama main gusti. At least,dah boleh protect diri sendiri klu diganggu rakan sebaya. Sblm ni Aqil tau nangis je klu org buat dia. Pandai report kat mama jugak, sapa2 yg buat dia (means buat nakal la). Klu Papa kacau “Mama, Papa buat”. Klu mama kacau “Mama, Papa buat”. Hahahahha I like it! Mama always good.

Naik keta suka berdiri atas seat. Bila keta amik lag skit, dia dah jatuh “Mama,car buat”
Mama pesan pegi nursery jgn bawa mainan, tp Aqil nak jugak. Bila balik, bas dah hancur, CD patah dua.
Aqil pantang tgk Shell / Petronas, mesti suh berenti sbb nak beli mainan dlm kedai mesra tuh.
Jalan nk pegi kedai CD pon Aqil boleh tunjuk mama. Hebatkan daya ingatan budak kecik ni.
Kalau nmpk Seven 7, pon sibuk tunjuk2 sbb nak beli buku Disney Car Pixar.

Satu je hobi Aqil yg mama tak suka…beli mainan. Lepas pakai,buang. Nak yg baru pulak. Dalam 2 bulan ni, dah mmg kena kuarantin tak boleh ikut pegi kedai sbb Aqil asyik nk beli mainan & jajan kat kedai sebelah.

Nasi pon on off jugak ler…kalau lapar sgt 2 mangkuk pon habis. Klu taknak, langsung tak makan. Dah la susu tak minum. Asal air warna putih je rejek terus. Risau mama nak cari alternative kalsium & protin yg lain. Cik Yani ckp anak sedara dia tulang rapuh sbb kecik2 minum ribena je, tak minum susu. Jatuh sikit, dah patah jari. Mintak2 jauh la dr Aqil. Nanti mama beli bayam n bilis selalu.

Umur skang mmg tgh suka tiru percakapan or aksi yg dilihat either real or tv. Klu mama sebut “Fuyyoo!” Aqil pon ikut. (Apa punye mak ajar ni). Kat nursery la byk Aqil belajar sbb bergaul ngan kawan2. Cara menangis pon dah lain. Klu dulu nganga je mulut luas2 smpai nk pecah telinga mama dgr, tp sejak sekolah nursery ni nangis tahan2. Ketap2 mulut,mata hidung merah,air mata meleleh tp suara soft je..sayu hati plak mama tgk. Tp mama notice jugak Aqil pon belajar sebut perkataan B**I & Bo*o utk menarik perhatian mama. Tp mama tak layan, mama ajar perkataan baru BULU BULU..mcm Upin Ipin cakap dlm citer Kembara ke Pulau Harta Karun.

Kadang2 Aqil suka jugak tiru aksi baby. Merangkak2 dari hall ke dapur. Lps tuh buat suara baby. Mama pon lagi la galakkan dia panggil “Baby,Baby”. Means mood dia ok. Klu time mood dia nk melasak,panggil baby je terus jadi manja mcm baby. Ha, salah satu tips lagi utk alihkan perhatian anak kan. Ok la..nak balik amik Aqil. Actually mama tgh ular kat opis ni hihihihi..lenkali update lagi.



Si Comot makan eskrim



Baru suka pakai sandal tak bertali or bersarung.






Nak jadi org besar, naik moto kat belakang.



Khusyuk baca buku selepas balik sekolah smpi bersilang2 kaki, rajin kan anak mama



Cak!! Dah nampak...buku katun Car rupenya. Ingatkan baca ABC.
.



Tuesday, December 28, 2010

Penangan Thomas

Ngantuk..ngantuk..ngantuk nyerrrr zZZZzzZZZZZzzzZZzz

Dah la mlm tido lewat, kul 12. Bleh plak Aqil bangun pukul 4 pagi.

“Nak Thomas,nak Thomas,mama nak Thomas”

Mula2 ingat ngigau sbb mata pejam . Wat derk je, tp lg menjadi2. Aku kejutkan dia,lps tuh suh dia tido sambil usap2 blakng.

“Nak Thomas,mama nak Thomas” Ish..betul2 dia sedar ni tp aku ngantuk la sgt.

“Papa,Aqil nk Thomas,pasang jap” Aku mitak tolong Nuar pasang sbb aku nk tido + tak larat hidung selsema.

“Nak Thomas Papa,Papa nak Thomas” Dia mitak tlg Nuar plak.

Nuar pon mamai2 pasang CD Bob the Builder, Aqil nangis. Nak Thomas jugak. Cari punye cari,jumpa la akhirnya. Senyap sekejap.

“Papa,nak acik (nasi)”


Ayoooo..pagi2 buta nk nasi,mcm bersahur plak si kenit ni. Sib baik ada roti Gardernia RM0.60 perisa coklat. Habis seketul dia makan. Senyap sekejap.

“Mama,nih car”


Kejutkan aku lagi,suh pasang bateri kat keta bomba. Bunyi lagu bomba plak,aduhaiiii

“Aqil,kesian car tuh nangis, tutup. Bagi dia tido,esok nak pegi sekolah. Aqil pon tido sama ngan car”


Aku pon tak larat nk ckp byk lagi, dah jam 6.15 pagi.Baru lelap sekejap, jam hanset plak bunyi sbb aku set 6.30 pagi. Dah tak leh tido. Tgk sebelah, Aqil dah lena, tak tau la pukul berapa dia tido yg pasti aku lelap dulu.

Hmm..gara2 Thomas punya pasal. Asalnya,mlm tadi aku dinner kat luar,singgah kedai CD sbb Aqil menjerit tunjuk nk beli Thomas (dia hapal jln & kedai mana yg ada DVD tuh). Duk sebut “Nak Thomas” byk2 kali.


Balik rumah plak,suh aku pasang CD tuh, duk sebut lagi byk kali,mmg kejan aku je walhal tgh pilih menu video dah tuh. Tgh tengok pon sebut lagi bila scene Thomas takde.No wonder la, sampai termimpi2, terngigau2.

Ni tak masuk lagi bab dia duk tunjuk2 Thomas kat Tshirt boys lain pakai. Sib baik tak ngamuk nk baju org je. Aku rasa pi China nti nak borong byk2 set Thomas & kartun yg jadi kegemaran budak2. Bleh wat business ni.



Monday, December 27, 2010

Kisah Menyayat Hati


Memang mcm2 ragam pengunjung KOmpleks Ikan Bakar ni. Cuti Krismas baru2 ni, aku boleh tulis sbg kisah menyayat hati la sbb aku nangis. Mcm biasalah,kalau cuti berganda (Cuti Sekolah+weekend+Krismas) ni pengunjung/customer ramai. Lepas makan,diorang akan menyinggah2 kedai2 yg jual mainan,jajan,aksesori n kain (aku ler tuh) plak.
Bila dah lengang sikit org, tiba2 member kedai sblh ni dgr suara org menangis teresak2. Pegi2 check rupenya ada sorang budak pompuan dlm umur 5 ~6 tahun menangis kat tepi kedai member ni yg kedudukan mmg sebelah lorong pejalan kaki nak ke medan ikan bakar.Bila ramai duk keliling, dia senyap. Member aku ni tanya mana mak,tak jawab. Tanya2 & pujuk mcm2..pon tak jawab. Ajak pegi medan ikan bakar suh tunjuk mana mak,pon taknak. Nak dukung,dia tepis. Sorang2 cuba skill memujuk termasuk la aku,pon tak berjaya.

Gambar sekadar hiasan


Macam2 andaian kami2 ckp. Aku assume dia budak nakal,lps tuh mak dia cubit tuh yg dia lari smpai ke depan,lps tuh majuk taknak pegi kat mak lagi. Ada yg andaikan mak pak dia tinggal aka buang anak kat situ,tp aku takleh terima n aku mitak sgt tak betul. Ramai2 duk kutuk,mak pak manalah makan sampai tak sedar anak hilang. Boleh cakap kawasan ni agak bahaya kalau takde pengawasan mak pak sbb air laut pasang & pagar jambatan boleh dipanjat oleh budak besar ni & ada sesetengah palang pagar kayu dah tercabut.



Sorang pengunjung pegi ke belakang, area medan ikan bakar utk cari mak pak budak ni.Lepas 5 minit dia dtg semula n bgth “ Semua org hepi je makan2, takde nampak yg risau anak pon”. Lagi ramai lalu kat situ,lg ramai duk kerumun. Aku pun kesian kat budak ni,tp mmg takleh dipegang langsung. Mata hidung merah, mcm menahan nangis. Mmg ramai2 duk plan nk report balai polis dah.



Tiba2 dari jauh,nmpk sebijik wira bawak mmg laju masuk kwsn kompleks. Tak keruan smpi nk terlanggar pengunjung yg tgh jln kaki. Aku harap mak pak budak tuh. Driver brek mengejut,pintu keta terbuka, meluru keluar kakak,abang,mak pak budak tuh. Mmg diorang lari pon mcm tak ingat lain dah. Budak pomp ni lps nmpk mak meluru sama ngan tangisan yg kuat.Baru dgr suara dia. Mak dukung peluk2 cium2. Ayah plak amik dr mak,kendong mcm budak kecik.Cium2. Lps tuh mak plak rebut peluk wat masuk dlm keta. Mcm jejak kasih plak. Aku pon sama2 nangis.


Diorang terima kasih byk2 sebab tlg jaga & bgth dah drive jauh baru sedar anak bongsu tercicir. Klu aku kat tmpt diorang, pon mesti mcm2 pikir. Tp Alhamdulillah, ending yg baik.



Aku assume ni mesti masa masuk keta mak pikir anak duk kat kakak abg di seat belakang. Kakak abg plak pikir adik duk kat mak di seat dpn. Sedangkan si bongsu ni plak ralit tgk mainan/jajan dlm grup2 ramai yg dia assume ada family dia kat situ jugak. Kesimpulannya,check anak2 adik2 or sapa2 yg naik keta bersama sblm bertolak.



.

Thursday, December 23, 2010

Demam Drama Korea dah kembaliiiiiiiiii

Dah lama aku tak layan korea sejak jaga kedai tiap2 mlm. Memandangkan Nuar volunteer nk jaga sorang & suh aku jaga aqil kat umah je, ada la masa aku nk layannnn hihihihi

He’s Beautiful at tv8 every weekdays 8.30~9.30pm. Mula2 rasa bosan nk tgk sbb pelakon aku tak kenal (muka2 baru & remaja) & prangai pon mcm kebudak-budakan je semua. Tp citer Korean ni mcm ada magnet suh aku jgn tukar channel. Layan skit2 dah jadi sangkut. Mcm addict plak takleh miss satu episode pon. Citer yg sgt kelakar buat aku tergelak sorang2 & rasa mcm aku pon jadi budak2 ahahahahaha. Aku gelak, Aqil pon gelak sama.

Citer ni ttg sorang remaja pomp,Go Mi Nam menyamar jd laki & join band grup popular kat Korea. Dia ni sgt la slow & lurus ,berbeza sgt2 ngan ketua band tersebut aka vokalis. Gitaris band tuh suka kat dia sbb dah tau identity,tp Go Mi Nam plak tersangatlah suka menyusahkan vokalis band yg anti sgt kat dia tu. Maka,terjadilah adegan2 lawak antara mereka2 semua. Aku rasa ending nti mesti dia tangkap cintan ngan vokalis tuh..takpon vokalis tuh abg kandung dia yg hilang masa kecik.Suspen kan,sbb buat kita berteka teki, so kawan2 jom layannnnnnnnnnnnnnnnn.






Let U guess, which one Go Mi Nam??


.

Tuesday, December 21, 2010

Anda mengalami masalah buncit?

Ramai org bertanyakan anda:

“Sudah berapa bulan?”

“Bila due?”

Lantas anda menjawab “Saya tak mengandung”

Ayat lain pula yg muncul:

“Eh,ye ke?”

“Jgn lah nak berahsia”

“Sorry tanya”

“Eh,kenapa smpi mcm ni?”



Jika situasi anda spt di atas, tahniah! Samalah ngan aku..hihihihihi. Saiz boyotan sekarang menjangkau 36cm. Mula2 rajin jugak nak menjawab & explain. Lama2 fed up & aku pon cuba nk tutup kaunter pertanyaan ni dgn cubaan produk2 ni.



Cosway Bioglo Body Lite. Harga masa offer RM45. Harga biasa RM59. Baru 2 malam pakai. Mula2 pakai gatal2 merenyam. Tahan. Lps tuh panas2 pijar, so klu tak tahan jgn taruk byk. Status: Dlm proses.


GC Life Fiber yg berharga RM57 sekotak. Lepas minum, within 6~12 hours akan rasa memulas perut & terus membuang tanpa dpt ditahan2. Tak sesuai klu time keja kan. Status: Buat hiasan atas rak dulu.
Jun Gong Slimming Patch. Ni aku sendiri pon ada jual, RM2 sekeping. Pijar+panas. Aku mmg tak tahan. Sejam dah cabut sticker lps tuh letak perut kat kipas. Status: Temporary hold for use, sbb guna Cosway Bodylite.
.

Ok, nanti aku update lagi jika ada pengurangan ukur lilit boyotan.

Monday, December 20, 2010

Mee Ladna

Wokeh,kali ni kita cuba resipi dari buku Chef Arm plak..Makaroni Ladna. Tapi aku tukar makaroni tuh kepada Mee Ladna & amount telah diadjust bg mencukupkan 4 org dewasa & 2 kanak2 makan.Standard makan berhenti sblm kenyang (sbb tak cukup hihihihi).



Bahan2:

3 Bawang putih-dicincang halus
Daun bawang
2 sudu kicap pekat (manis)
1 sudu kicap cair (masin)
1 biji telur
1 sudu tepung jagung dibancuh dlm secawan air.
1 btg carrot-dipotong memanjang kecil2
2 tangkai sawi-dipotong
Sepeket mee 500gm yg telah direbus/dicelur
Secawan air
Garam setengah sudu teh


Cara2:
1.Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan carrot..empuk sikit masukkan sawi,daun bawang & air.
3.Masukkan kicap manis & masin & garam ikut sukatan.
4.Pecahkan telur. Sebatian akan sedikit likat. Teruskan kacau.
5.Last sekali,masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau nk kuah byk n cair,campurkan byk air.

Isikan mee yg sudah siap direbus ke dlm mangkuk & jiruskan kuah ini ke atasnya. Tarraa!! Dah siap, ready to eat.
Opss! Gambar dah siap masak tak sempat amik..hihihi

Notes: Nak lagi sedap,bleh masukkan seafood & cili di awal tumis tuh. Sbb nk bagi Aqil makan,so tak letak cili.


.

Friday, December 17, 2010

Hantu Min Aik dah kembali.

Ini bukan kisah pasal movie Hantu Mak Limah Balik ke Rumah. Ini kisah benar yg berlaku kat company aku skang. Sbnrnya aku taknak dengar & kalau boleh taknak tahu sbb aku tahu tahap diri mcm mana. Konpom lepas ni nak berteman je even ke toilet or surau. Tp aku terpaksa dgr semua complain baik or buruk dr anak buah aku. Antaranya di ganggu hantu or makhlus halus. First aku keja tahun 2005 dulu, sorang operator indon yg aku paksa masuk night shift start bercerita pasal di ganggu hantu. Pili air di lab sebelah dia bekerja terbuka sendiri. Dia tutup & kembali sambung kerja..tetapi terdengar semula bunyi air mengalir dr pili. Aku anggap dia sengaja mengada2 kan cerita sbb taknak keja malam. Dan kami panggil (aku n boss) dia utk kaunseling & kes ni diarah senyap supaya tidak menakut2 kan org lain.

Atas dasar perikemanusian sbb aku pon tak berani klu di tmpt dia, aku arrangekan 2 org utk night shift.So dah tak ada cerita2 paranormal lagi.Tp company aku tetap buat acara rutin tahunan halau hantu versi Buddha (bagi makan) & Islam (bacaan yasin).Klu ikut logik,pelik kan? Muslim halau hantu,tp depa panggil plak dgn cara bagi makan,bakar duit palsu,kereta & banglo kertas…menurut sorang rakan Chinese aku, depa bg semua kemewahan tuh supaya tak kacau manusia.Dgr boleh,percaya jgn,KHURAFAT & boleh terpesong AKIDAH!

Setahun demi tahun,bermacam2 versi cerita paranormal kat Min Aik ni. Kadang2 rasa mcm budak sekolah dulu2 je,bila bercerita digembar gembur jd sgt thriller! Tp aku percaya menda ni wujud wlpn aku sendiri tak pernah jumpa & aku harap sgt tak jumpa.

Kisah yg aku masih ingat, kejadian tahun lepas. Makhluk tersebut menggangu di stesen lain & akhirnya melarat hingga ke Lab. Wlpn operator aku berdua,tp ‘dia’ masih berani menunjukkan diri dlm versi kelibat. Sekilas pandang,’dia’ hanya memerhati dr luar lab. Dua kali pandang,dah hilang. Sebab kemunculan ‘dia’ betul2 mengganggu perjalanan lab & operator takut bersendirian. Aku buat baccan Yassin beramai2,renjis air di setiap penjuru. Alhamdulillah,aman seketika.

Terbaru ‘dia’ kembali lagi. Cuti Maal Hijrah baru2 ni, hanya satu operator dibenarkan utk setiap syif. Sekali lagi ‘dia’ muncul dlm versi kelibat,menggangu syif siang & malam. Malam berikutnya, kat stesen lain plak ada hysteria. Sah! Operator aku ckp benar.

Selasa lepas, ada operator Indon yg dirasuk,tp aku still +ve thinking. Tgk keadaan dia yg terbaring mcm tak cukup nafas & menggigil kaki tgn, mmg sgt kesian. Diorang mintak aku tolong mana yg patut. Speechless! Aku pon tak tau nk buat apa. Rasa tgn dia kejang & sejuk. Aku urut2 supaya pengaliran darah lancar. Sambil tuh duk baca ayat Kursi,seribu dinar & 3 Qul. Aku hembus kat muka, dia dah terkulai. Mungkin letih. Lps tuh,mereka2 yg ada kat situ suh aku bagi dia air,aku baca2 skit, start tu dia dah menggigil semula. Bergoncang katil. Lagi kuat aku baca,lagi kuat dia melawan.Air dlm bekas hampir nk tumpah sb berkocak. Mereka beramai2 ikut aku baca..lps tuh aku hembus 2 kali atas muka,dia terbaring lesu. Mata still bertutup. Aku panggil nama dia sambil usap air kat muka & tgn tp no respon. Keadaan kembali tenang & aku tinggalkan mereka yg tgh tunggu ambulance agen.

Keesokkannya, budak tuh dtg keja lg wlpn Doc dah bg MC. Reason dia dtg sbb terpanggil utk kerja. Mata merenung tajam kat sapa2 yg tegur. Jadi lg aksi lebih dahsyat, bila operator ramai2 kepung nk tangkap,semua tercampak.Company panggil ustaz luar utk cuba tenangkan budak tuh. Bila dibagi air mineral yg dah dibaca2, dia minum sikit & terus campak,katanya pahit.Aku takdak kat tmpt kejadian,just dicerita oleh saksi.Dan budak tuh dirawat sehingga sembuh dan dihantar pulang ke hostel.

Pada syif mlm nya,makhluk tersebut mencari mangsa lain plak.sorang lg budak kena,inspector QC. Tp kes nya, just mata merenung tajam & bila ditanya..

Supervisor: Kamu kenapa Yuli?
Yuli: Siapa Yuli?

Dlm keadaan tak sedar dia sempat lukis gambar..jeng jeng jeng (actually aku suh org lain snap)



Aku rasa,mmg patut panggil ustaz yg pakar utk membuang gangguan ni. Klu tak,konpom next year ada lagi kes2 mcm ni. Aku skang terpaksa berteman gi surau. Nak gi toilet pon simpan ja buang kat rumah. menda ni mcm suka org care..lg org cerita pasal dia lagi la dia tunjuk hebat.

.