Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, June 14, 2012

Kursus Roti di MII,Seksyen 9,Bangi.


 Hasilnya...berbungkus2 bawa balik.

 Amik sijil dr chef.RM50 saja for the course. 
Dpt starter pack free bernilai RM30. Boleh buat utk 100 biji roti.

Plan for killer bun, roti Mexico! Rangup di luar, lembut di dalam...mcm ni lah ayat aku masa interview gerai MDAG.

Sunday, June 10, 2012

2 bulan

Lamanya tak update..since kat opis dah tak leh bukak blog. Kat umah plak, mmg bz..tido pon x cukup, lg la takde masa nk bukak netbook..Byk cerita x sempat catat. Tp sememangnya setiap wekend full xtvt & weekdays after work plak..housechores + spend time with the kids. Catatan sejarah dlm 2 bulan ni (no time for photo yet):

1) Bukit Tinggi trip- end April. Dah lama teringin nak pegi. Since company batal annual trip tahun ni & kami dpt refund rm350 sorang (total ngan Papa, jd RM700)..so dapat lah bercuti.Sgt release tension & betul2 dpt spend full time with the kiddos. Jauh dr kerja yg always amik masa Papa (balik kul 10 mlm, even weekend pon) & jauh dr housechores yg amik masa Mama. For sure, anak2 lah yg plg happy, dpt quality time with parents.

2) Ice blended - end May during pendaftaran student Matrikulasi Melaka. Sewa tapak RM150 saja.Upah Mak De & kawannye utk run bis. Kongsi gerai dgn penjual nasi kerabu,nasi dagang (masakan pantai timur), so kami pon buat air panas jugak lah. Student lebih 1000 org, campur parents, adik beradik, nenek moyang...tak tau. Tp trafic nak masuk sgt jammed & kami pon sgt sgt sgt jammed dgn customer. Non stop blend dr pagi smpi petang. Sib baik tak meletup blender tuh. Sales hari tu lebih RM900. Kalau hari2 mcm ni, mau Mak Non full time ekekekekek. Customer complaint? A lot! Tp serius tak terlayan, sori ye makcik pakcik...

3) Kenduri Pok Lot - early June. Kawin ngan org Muar. Menantu perempuan kedua keluarga Japar selepas i.Mid June sebelah ganu plak.Harap Amina tak demam balik kg kali ni.

4) I-city - mid May kot. Saja bawa Aqil & Kak Nisah jln2. Good for them, but not for Amina & Yusuf. Selsema kedua2 baby ni.Aqil tak puas hati sbb tak masuk rumah salji. Tp dah dkt kul 1 pg..terpaksa balik.Yang terkejutnya tgk kuasa beli org shah Alam.Penuh semua kedai makan! Good for my future bis.

5) Kursus asas roti- 9 June di MII,Seksyen 9,BBB.RM50 saja with starter box & cert, now I'm confident to make buns! Kat rumah guna stand mixer Khind, Oven pun Khind jugak. Kalau boleh masuk market yg lebih besar, bleh la invest heavy duty mixer & oven.

6) Lot gerai di AG sentral- apply mid May. Permohonan banyak..so kenalah interview Selasa ni, 12 June. Harap sgt dapat. Bleh la test market untuk my Sweet Bun sblm masuk hyper/supermart. Minta kawan2 yg baca ni doakan ye.

Lagi2..next time plak. Amina dah memanggil.

Wednesday, April 4, 2012

Aqikah, Sunat & Cukur Jambul

30 March 2012-Genap Amina 4 bulan lahir kedunia. Majlis Aqikah Amina Safiyyah &Marissa, anak sedara Papa yg genap 44 hari. Kongsi sekor lembu. Petang tu, Amina sempat bersunat dgn bidan kampung. Mama x sampai hati tgk, walhal Amina x nangis pon. Tp bila tido mlm, sekejap2 menangis, sekejap2 jaga. Agaknya tak selesa kot pepet bergesek ngan pampers. Esok dah Ok...

 Marissa dgn reben pink yg besar



Amina dgn reben ungu yg besar



31 March 2012-Papa mesin rambut Aqil, Amina & Marissa. Aqil just potong tepi & masih mengekalkan rambut tgh utk bg ruang dia buat pacak. Amina & Marissa totally botak. Baru nampak dgn jelas, taik sawan kat kedua2 kepala.







Amina yg botak kali ke2 di pangkuan Mok Mek (Mak sedara papa merangkap nenek sedara Amina & Aqil)

Tips: Utk hilang/kurangkan taik sawan, botakkan kepala bayi. Gunakan syampoo yg sesuai spt Dentinox/Nizoril/Sebamed/Pristine,kena try & error tgk mana yg serasi. Selepas kering, perap dgn minyak zaitun, bila lembut, boleh la guna cotton bud buang dgn lembut supaya kepala bayi x luka.

Thursday, March 29, 2012

Bila Tak Nak ke Sekolah


Pagi2 bermacam helah dia buat. Buat2 tido & ngantuk sgt2. Nangis. Buat lembik, nk kena angkat/dukung ke bilik air. Marah2. Nak pilih sendiri baju & seluar.Wlpn dah 4 hari, tetap nk seluar tuh jugak. Kena ke Eleven dulu (7E), beli biskut/air kotak/gula2/jajan..apa2 je la yg boleh bg semangat ke sekolah.Sib baik Papa yg melayan...

Tak suka menulis, tp suka melukis & mewarna. Pensil warna pakai buang. Sekali beli, esok dah hilang.

Mama :Kenapa tak nak pegi sekolah? Ada kawan buat? (Sebut semua nama)
Aqil :Tak
Mama :Habis?
Aqil :Cikgu buat
Mama :Buat mcm mana?
Aqil :Potong tgn (dgn gaya pisau potong kat pangkal tgn)
Mama :Kenapa?
Aqil :Kuku

Sekali tgk, panjang + hitam berdaki. Patut lah pun.Mitak tolong nursery, rabun dekatlah plak. Terpaksa lah tunggu mama sendiri potong, tgh2 malam bila Amina dah tido & makesure mama pon x tertido lg masa tuh la.



Multivitamin utk tambah selera makan.Klu tak control, sehari sebotol bleh habis. Setakat ni dah boleh baca doa makan, nyanyi sekerat2 lagu Negaraku, ABC masih separuh hafal,123 sampai 9.

.

Sunday, March 25, 2012

Rakan2 yg BerBusiness


Di Cottage Cafe, Sg Udang. Kurang 30 minit dr umah aku.Masakan panas (Siam) & western food. Kepunyaan Tinee, kawan di Chem Eng,USMKKj dulu. Hostel pon tak jauh, satu aras plak tuh.Selalu lepak bilik dia & selalu tumpang keta dia pi kuliah or outing. Biasalah, aku ada beskal je. Klu nak pegi, jgn inform dia, nti dpt mkn free je. Segan nak pegi lain kali. Memandangkan adik aku part time cashier kat sini, suka2 la aku order dulu sblm sampai & klu Tinee bg free, suh ckp aku dah bayar. Ni bergambar kat kapal sendiri. Sbb kedai aku dah tutup, umah pon takde space, letaklah kat kedai dia. At least terjaga & berguna la jugak utk tarik pelanggan.

Di Mopaz Kiosk,Alor Gajah.45 minit dr umah aku.Jual Pizza,Ice Blend,nugget etc.Kepunyaan Kak Molly,opismate kompeni skang. Dia kerani dept Nuar. Selalu la duk bincang pasal bizz ngan dia, better dr bergosip kan :)

Hope u ladies, maintain dlm menghadapi dugaan business & dpt kumpul duit byk2! Mmg itu matlamat business kan..ehehehe. At the same time pastikan menjadi peniaga yg jujur & amanah spt mana Rasulullah.Aku akan menyusul, sdg menyusun langkah. Bangkit semula dr kejatuhan. Chaiyok!

.

Saturday, March 24, 2012

Out for shopping

Nikmatnye shopping sbb dah lama tak kuar. Malam, Tesco.Siang Jusco. Hari ni plan nak pi Mahkota Parade plak.Biasa aku giler mcm ni quarterly je. Bukan tiap2 bulan, apatah lagi tiap2 minggu..sbb aku ni kategori agak jimat jugak la (tp tak kaya2 pon).


Tujuan utama: Nak cari baju Amina. Newborn cloth dah makin sendat. Serius giler tgk baju baby girls. But I'm still under control..beli yg berkualiti at the best price only. Klu beli adik, kena la belikan Abg jugak kan. Dpt la sehelai Tshirt Tom & Jerry pilihan Aqil sendiri.

Tujuan kedua: Nak cari seluar aku. Semua dah londeh. Klu keja duduk je Ok lagi. Tp bila part jalan nk pi kantin, pi surau,pi toilet..even pi amik kertas kat mesin fotostat pon kena pegang pinggang seluar. Ekekekeke...dah taraf wajib beli kan, sblm kejadian memalukan terjadi.Maklumlah berat dah 47kg...ekekekeke kasi jeles semua org, tak sia2 dietku.


Amina 3.5 months. Cukup sporting...senyum je dpt jalan. Senyum juga bila dgr org bercakap,perasan tul awek ni. Early March berat Amina 4.5kg. Skang dah cecah 5kg kot. Tersangat lah lenguh tangan mengendong bila lupa bawa stroller & kena beratur plak nk guna yg Jusco punye. At last, suh papa beli baru je. Tak membazir ok, sbb yg lama tuh Aqil punye & bila dtg angin dia nk berebut, mmg terpaksalah keluarkan Amina.One thing lg...sbb guna duit papa. Ekekekeke


Stupid thing for that day...terbeli ice blend Baskin Robin RM16.90! Punyer la dahaga terus order, tak prasan display price.Time nak bayar..rasa nk bunuh diri je.Bila sedut & rasa...menyumpah tak habis (dlm hati je). Aku jual RM2 je. Even CoolBlog or Each A Cup yg tambah pearls or jelly pon, tak smpai RM4.



Thursday, March 15, 2012

Mood: Malas


Semalam cuti sbb Aqil demam. Bawak pegi klinik 1 malaysia, suhu 39.1deg. Nurse masukkan ubat bontot. Malam Aqil dah sihat sikit.

Aqil: Mama, esok Aqil taknak pegi sekolah mama syam (nursery)
Mama: Kenapa?
Aqil: Aqil nak duduk ngan mama, kat umah.
Mama: Mama keja la. Esok takde org kat umah.
Aqil: Taknak pegi sekolah mama syam.

Kesian plak bila dia merayu mcm tuh. Klu pegi tadika KEMAS ok plak. Tp skang cuti sekolah, so kena terus hantar nursery.Tak tau kenapa dia takde mood nk pegi. Memandangkan aku pon x de mood nak keja, situasi kami sama.

Hari ni malas nak gi keja lagi..last week dah hantar surat resign. Again, kena rejek lg. Setiap bulan submit, tp tak approve. Betul2 takde mood nak keja. Every week amik cuti, datang keja lambat. Really bad performance, mmg layak kena buang.


Aku: Saya nak mitak cuti setahun.
Bos: Tak boleh
Aku: Setengah tahun?
Bos: Tak boleh
Aku: Sebulan?
Bos: Tak boleh.Nak amik cuti sehari-sehari boleh. Semalam pon kau ada amik cuti, mcm tuh boleh
Aku: Sy mmg tak boleh nak keja lagi
Bos: Abg mmg tak percaya kau. Klu cuti lama, gerenti tak masuk terus. Kau nk tgk abg terjun bangunan?

The same words again. De-motivated.
Suppose bos kena bagi la pekerja nak berenti secara baik kan. Klu boleh nak la dapat title harimau mati meninggalkan belang. Aku pergi meninggalkan nama, tp biarlah nama yg berbakti.Lumrah manusia, yang buruk lebih dulu org nampak berbanding beribu kebaikan yg dah dibuat.
Selagi aku tahan, aku akan cuba berenti cara berhemah. Mcm mana aku masuk , mcm tuh jugak aku kuar.Ya Allah, permudahkan lah urusanku.