http://al-islamiya.blogspot.com/2007/10/panduan-menyambut-kelahiran-bayi.html
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu:dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.
http://www.scribd.com/doc/18033597/Adab-Menyambut-Kelahiran-Dalam-Islam
Be a very good girl. Tak nangis pon masa rambut kena mesin, cukur & tape (bg collect potongan2 halus) dek bidan Rozi.
Cool di pangkuan Mak Ngah.
"Akhirnya saya dah jd budak botak". Dah mandi, dah menetek..tido la plak.
Charge bidan RM10 je, tp mama bg lebih skit la. Tujuan bercukur selain mengikut sunnah Rasul, juga utk tujuan kesihatan. Pengalaman Aqil sblm ni kepala naik taik sawan (kerak kepala). So mama worried same prob happen to Amina. Klu dah naik taik sawan mmg kena hold cukur dulu takut kulit kepala luka. Dah tu proses nk buang kerak2 & keruping sgt la leceh klu kepala berambut lebat. Petua utk jauhkan masalah ni, masa pregnant 7 bulan ke atas, ibu mengandung disarankan minum air kelapa muda. Kulit bayi pon jd cantik.
No comments:
Post a Comment