Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, April 28, 2010

Ceritaku yang paling sedih fasal duit



Novel kedua Khairi iaitu Yuda di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni..


Kisah benar ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang hanya tinggal bersama ibu & 4 orang adik. Lantaran bapanya bekerja jauh ,jadi tinggallah mereka 6 beranak di kampung tersebut.
Belanja yang dikirim bapa yang bekerja sebagai penoreh getah tidaklah sebanyak mana & tidak menentu jumlahnya,bergantung kepada musim & turun naik harga pasaran.Sudahla begitu,hasil jualannya masih perlu dibahagi dua dengan tuan kebun disebabkan bapanya hanya mengambil upah menoreh.Bapanya yang hanya bersekolah di tahap darjah 6,hanya pandai membaca,menulis & mengira,tetapi tidak berkeyakinan hendak menguruskan kiriman wang ke kampung ibu melalui bank atau pos.Di sebabkan itu jika ada lebihan wang untuk tambang,maka si bapa akan menaiki bas pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga & menghantar wang belanja.Seperti kebiasaan,wang belanja akan habis sebelum kepulangan bapa yang seterusnya,walaupun wang tersebut di belanja oleh ibu secara berhemah. Kadang-kadang menuntut ibunya berhutang di kedai runcit & juga saudara mara yang lain.



Kanak-kanak perempuan itu sangat kurus,mungkin mengikut genetik bapa yang kurus & mungkin juga di sebabkan tidak mahu makan nasi berhari-hari lantaran lauk yang tidak menyelerakan.
Berbekalkan wang saku 30 sen ke sekolah,kanak-kanak tersebut mula menyimpan.Kadang-kadang kanak-kanak perempuan itu hanya mengharapkan makanan percuma jika ada pelajar lain yang mendapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) tidak mahu makan atau datang lewat.Jika tidak,kanak-kanak itu akan membelanjakan 20 sen untuk membeli nasi atau 10 sen untuk membeli kuih pau. Jika ibunya membuat sarapan, maka jimat lagi lah wang sakunya. Sebenarnya,wang saku itu disimpan bagi keperluan dirinya seperti kasut sekolah baru, buku tulis dan majalah kegemarannya. Tidak terlintas di hatinya hendak menikmati cokelat,gula gula, kek & aiskrim seperti kanak-kanak yang lain kerana baginya duit itu sangat berharga.Di sebabkan itu giginya kekal cantik & sihat sehingga ke hari ini.


Tidak seperti kanak-kanak yang lain, waktu bermainnya digunakan untuk menambah pendapatan. Tanpa pengetahuan ibunya, kanak-kanak itu bersama rakan seangkatan akan mencari daun pegaga & pucuk paku pakis untuk di jual kepada peraih.Kadang-kadang masuk ke dalam semak tebal untuk mencapai pucuk paku & kadang-kadang memanjat kebun kambing orang bagi mengutip daun pegaga.Dia sudah biasa berbasikal melarikan diri selepas disergah tuan kebun kerana memecah masuk kawasan mereka atau terlompat-lompat menjerit apabila dikejar pacat yang kehausan darah.Secekak tangan dewasa,baru memberikan nilai 20 sen untuk ulaman yang di jual kepada peraih. Tapi itu sudah memadai bagi kanak-kanak itu. Walaubagaimana pun, jika kejadian tersebut diketahui oleh si ibu, akan terjadilah aksi kejar mengejar di rumah pula.





Kanak-kanak itu sentiasa berfikir cara untuk menambahkan pendapatan. Wang saku yang dijimatkan digunakan untuk membeli pemadam pensel yang cantik.Lalu di jual semula kepada rakan-rakan. Permintaan amat tinggi tetapi stok di kedai tersebut habis. Lantaran dia menyuruh ibunya membuat makanan untuk di jual di sekolah, tetapi ibunya tidak mempunyai duit untuk dijadikan modal. Kanak-kanak itu mendapat idea lain iaitu menyuruh ibunya membuat jeruk cermai. Dia meminta buah cermai dari jiran sekampung yang hanya membiarkan buah itu jatuh berguguran ke tanah sahaja.


Walaupun miskin harta,tetapi si ibu amat menekankan pengkayaan ilmu. Mengharapkan anak-anaknya berjaya mengubah nasib keluarga. Alhamdulillah,kanak-kanak itu memang dikurniakan otak yang pintar. Dia terus mengungguli sebagai juara di bidang akademik sekolah rendahnya, seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.Kanak-kanak itu mempunyai banyak impian & cita-citanya sentiasa berubah tetapi motifnya tetap sama,mahu menjadi kaya. Kaya untuk kesenangan keluarga & juga membantu orang lain.


Siapa kanak-kanak perempuan itu,biar lah menjadi rahsia kerana bila tiba masanya,dia sendiri akan bercerita.Mungkin ketika itu,dia sudah berjaya mencapai impiannya & sedang di temubual oleh wartawan yang bertanyakan sejarahnya untuk dikongsi kepada semua.

Kontes ini saya join kat blog En Khairi iaitu besfren suami saya.walaupun saya sebenarnya segan dengan beliau tetapi setelah di tag oleh besfren-besfren saya ,maka saya sahut cabaran mereka.Sebenarnya rakan blog saya yang aktif hanya mereka berdua sahaja tetapi boleh ke saya tag mereka lagi sebab mereka sudah men'join'kan diri..

Ok,saya ada idea rakan untuk di tag..jeng jeng jeng..the selected person go to Ilah & Kak Niza. Ehehehe..sila2 men'join'kan diri anda,just for fun..sharing is caring..


4 comments:

  1. hihi...cam kenal je budk pompuan tuh.
    aku xpernah ada impian nk kaya...nk impian bahagia je.
    Tp skarng lps baca entry ko ni edd..aku nk tambah satu lg impian aku......hehe....KAYA.

    edd jgn lupe link kan entry ni kt khairi

    ReplyDelete
  2. aku pun rasa cam kenal je budak dalam kisah ni.. :)

    ReplyDelete
  3. uiks..camna mok pah & ilah kenal..besfren hang pa jugak kot hihihihi

    berjaya jugak buat cik kay sedih..kira menjadi la karangan aku ni

    ReplyDelete