Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Monday, October 8, 2012

smartphone or celcom prob?

Mood: Geram. Tak pikir panjang.

Tak seindah yang di impikan. Aku assume semua prob akan settle bila guna telepon pintar ni, sepintar atau secerdik namanya tu lah. Purpose beli :


  • sebab aku nak amik gmbr for online business & directly uplod to FB/blog. Since kamera aku rosak & kamera canggih laki plak tak reti guna+berat mcm batu. Bila kira2 beli digital kamera baru pon harga dkt 1K jugak, baik aku beli 2 in 1 terus kan.
  • sebab hp cokia C5 lama tu mcm ada signal problem je, sometime org call tak dpt, sms tak masuk..walaupon tak pasti adakah sbb netwok celcom or sebab hp tu. Dan bg org yg tak memahami akan non stop or repeat menyalahkan menda yg bukan salah aku, tak suka betul nk explain byk2 kali menda yg remeh ni.
  • sebab hp lama tu kecik, selalu je hilang / misplace. Penat tul nak cari bila tak tau terselit kat mana. Tambahan plak pengguna yg lasak ni suka betul campak2 lps guna or bila rasa tak berguna sbb takde sms / call masuk pon berhari2 yg memerlukan berkepit 24jam ngan hp..lain la mcm remaja remaji skang, ketuk ketak ketuk ketak tekan keypad & ngadap hp even org tgh bercakap ngan dia, no respect sense langsung..err dah masuk topik lain.
dan beli la samsung tab2 berharga rm1350. bermula lah era baru. owh, rupanya byk ketinggalan teknologi dah aku ni..syok betul la mendonlot itu ini..then bila come to main purpose aku beli

  • gambar takleh upload pon ke blog.cuba2 byk kali, mcm2 teknik..dah start geram, membazir masa tul. bukak netbook, bluetooth gmbr dah settle!
  • top up rm30, baru nk call adik aku masa hantar kepek ke KUIM, baru sedar kedit 0. Sib baik ada standby top up RM10. 3 hari after tu, ada customer plak duk sms nk borong tshirt muslimah. Kredit aku 0 lg..baru 3 hari, tak call sapa2 pon. Then aku online MB2u beli lg RM10, dlm masa 30 minit, baki jd 0! Terus aku call Celcom 1111, apa masalah sbnr nya ni. Rupanya diorang kata no aku ada GPRS, bila guna smartphone akan otomotik mkn kredit. Wlpn dah off mobile data, still tak jamin kredit selamat sbb apa2 software update tetap akan mkn kredit. klu nk save, langgan la celcom RM18/week..klu sebulan rm72. Kat umah aku dah wifi streamyx, opis pon ada intenet, apa kejadahnye nk perabis duit utk menda yg tak mati pon klu takde. Dan aku bukannye pengguna intenet tegar. Sial! Solution nya : Akak cabut simkad & guna la semula hp lama akak tu atau amik pelan kami.
Pagi tadi terpaksa top up RM10 utk bgth ttg kepek kat agen kilang.Lps tu cepat2 cabut simkad. Nak guna hp lama, bateri plak hilang. Konon habis madu sepah di buang, bila budak2 ni wat main, takde la plak aku nk amik simpan. Aduhai...kena lah cari bateri cokia baru semula..Dah la tepon rumah pon rosak kena buat main.Sekarang ni, tab2 aku tu jd tukun la plak...boleh guna utk intenet je, sama function tp tak sebest guna netbook lg..Tgk la nanti bila hati aku dah tenang, aku akan berpikir dgn waras. Sama ada nk beli nombor network baru yg tak mkn kredit or buang semua software2...

Friday, October 5, 2012

Mr Apaganasta!

Mula2 duk dgr Aqil nyanyi Apaganasta ulang2 kali, aku pon dok ikut. Lagu baru dia belajar kat sekolah atau  nursery la kot. Assume dia sebut pelat, jd tak leh tangkap lg lagu apa sebenarnya..

Tiba2 tadi tgh tgk chanel KBS, ada selingan video Oppa Gangnam Style..semangat Aqil nyanyi sambil joget. Selama ni duk Appa Gana Sta, rupanya lagu tu ler...isk isk isk..Aku pon first time dengar wlpn dalam paper duk heboh kontroversi pasal lagu ni.



Mama : Aqil dengar kat mana lagu ni?
Aqil : Kat sekolah la
Mama : Sapa pasang?
Aqil : Kakak adik (Means kat nursery la tu)
Aqil : Kalau mama nyanyi mcm tu kan, mama jadi sihat
Mama: Sapa cakap
Aqil : Orang la
Aqil : Ala mama tonggek je, Papa ngan Aqil nyanyi

No comment.

Hari ni bersiap2 nak pegi beli sarap. Sarung tudung je pon, tp tu dah kira trade mark nak keluar la.

Aqil : Mama nak pergi mana?
Mama: Hantar Aqil pergi sekolah
Aqil : Aqil kan dah jadi budak baik. Aqil dah mitak maaf kan.

Sebab aku selalu ugut nak hantar pegi sekolah bila dia not good behave. Ehehehe..mcm tak betul je ajaran ni.

Semalam, tgh basuh pinggan tiba2 dia bersuara dari belakang rumah.Aku dlm rumah, dia diluar, hanya dipisahkan oleh tingkap nako.

Aqil: Esok Mama kerja ye. Aqil nak pergi sekolah.
Mama : Kenapa?
Aqil : Ye la, mama keja baru ada duit. Lepas tu boleh beli gula untuk Aqil.
Mama : OK, janji ye.

Tp hari ni dia tukar pikiran plak.


Tuesday, October 2, 2012

Finally I can kiss them 1000x a day



Amina - 10 bulan 2 hari. Gigi rabbit 4 batang, 2 atas,2 bawah. So sgt suka apply kekuatan giginya utk makanan keras spt biskut & buah. Juga akan ketap gigi tu kuat2 bila mama nak korek sesuatu yg dia dah kutip & kulum.Boleh berdiri dgn bergantung kat sofa atau pemegang lain, tp masih tak tau nk duduk sendiri. Akan jerit minta bantuan bila dah penat berdiri.

Aqil - 4 tahun 1 bulan 2 minggu. Masih liat nk ke sekolah. Tp mama sedang berusaha memaksa dia belajar di rumah. Aktiviti sosial sgt tinggi. Suka berkawan tak kira masa, tambahan dah pandai basikal beroda 4 ni, lg besar la jelajah & network nya. Suka merengek lebih dr adik. Bila datang mood baik, clear semua mainan kat hall dikemas nya.Ada masa menjawab jugak, "Ala, mama ni", "Mama pon sama"...Oh! Dah besar anak teruna ku ni...



Thursday, September 27, 2012

Like mother like doter


Stok kerepek & kacang untuk di packing. 
Dah ada orang stanby nk tolong..


Lps kursus semangat business berkobar2..terus hantar surat resign. Tp di beri cuti sebulan je. Kena guna sebaik mungkin cuti ni utk business:

1) Packing kepek & edar
2) Amik gambar & upload semua barangan kedai dulu - kasi clear
3) Cari tapak utk ice blend & ice cream

Harap2 terpilih utk kursus lanjutan MARA 10 hari nanti & kursus kewangan 3 hari bulan Oktober ni. Memang kebetulan sgt dpt cuti sebulan.

Monday, September 24, 2012

Tuesday, September 18, 2012