Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

Kusut

Close data semakin hampir…tiadakah lg sinar untukku. .







MARA buka tajaan ke luar Negara utk program pasca-siswazah (sila lawat web MARA)

Nak dptkan sponsor MARA, kena tunjuk offer letter dr overseas univ..

Nak dptkan offer letter,kena apply dulu

Nak apply,kena amik exam TOEFL/IELTS dulu

Nak amik exam RM300++, kena pi training course dulu

Nak training course, kena bayar dulu RM500++

Nak bayar, kena tunggu gaji……….




Gaji masuk 7hb…lps tuh baru nk register..weekend..training 11,12,13Apr..END! 13 Apr dah due date MARA..tak sempat pon nk amik exam..tak sempat pon nk apply Uni..+-proses approval…










Aku call MARA tadi, mana tau boleh dibawa budi bicara,maklum la fungsinya mmg nk tlg Melayu kan..menurut jurujawab tuh (aku rasa bukan org expert)



“Mcm situasi sy ni, tak sempat ambil exam, boleh tak saya apply kemudian? Kalau la boleh di bawa berunding atau jumpa sapa2?”


“Saya tak tahulah puan sbb semua tuh system,so kena ikut tarikh dia”


“Ramai tak org apply?”


“saya pon tak dpt check, sbb system” Hmmm..system jugak disalahkan


“Habis sy boleh tanya sapa lagi ni?”


“Apa kata Puan cuba je tahun depan”


“Tahun depan confirm ada ke?”


“Ikut pengalaman kita, mmg tiap2 tahun buka” Ok…aku cuba lagi tahun depan. .




Then, aku pon cuba riki2 mana2 uni/badan yg buat course IELTS ni. Oficemate suggest check local uni kat Melaka ni..


Aku start call UITM Lendu..confirm tak buat. UITM Melaka town pon tak jugak…dia suh aku check kat Shah Alam..jauh nauuu .



Aku call UTEM plak…lps bla2 cerita ceriti pasal course ni yg nampaknye diorang mcm fes time dgr..


“Salah department la cik” suare lelaki


“Boleh tak sambungkan ke dept yg betul” Truuututtt..truuutttuttt


Ulang lagi cerita yg sama kat 2nd person…lelaki jugak


“Sekejap ye cik,sy tanya dulu” Punye la lama tunggu.Akhirnya..


“Sy transfer ye cik” Truuututtt….tuttruttttttttt


Cerita lg kat 3rd person, pomp plak..mcm terer skit


“Sy transfer ye”


Cerita lg kat 4th person, lelaki plak


“Salah dept la cik”


“Sy dah 4 kali kena transfer org jawab ni…asyik salah org je. Apa punye servis ni?”


“Cik dr mana?” Aku letak je terus tepon.


Bangang! Bad Service! Keja Ular je kot…


Aku ni ular jugak, tp klu org call tanya, semua dlm kepala otak. Tak tau ckp je terus terang. Buat aku mcm bola. Sib baik aku static call je.. Klu aku duk kat sana, dia suh lari ke dept sana sini..mau aku bg lahar terus kat situ.




Yes, I need to learn how to control my temper because I cannot stand this shit situation.


Wednesday, March 30, 2011

Visit customer

Smlm aku pegi Western Digital, bawa Dr Sylvia from Taiwan. Introduce her with customer lab. Makan kat Papa John di Sunway Pyramid. Semua WDM lab join, Ms Ng,Ms Tan,Ms Fong,Kenny,Ms Zurinah & Reanuka. Just Ms Shean not around that time. Hopefully this the last time I meet them for company purpose.
After lunch.Me, Ms Ng ( I deal with her since starting working here & become more closer during trip to Taiwan) & Ms Zurinah (the only Malay there, but just meet her this year). Yg lain dah hilang x smpt bergambar. Actually Ms Ng pregnant,due date on coming June tp tak nmpk plak perut dia dlm gambar. Perut aku plak yg terbesar wlpn dah tahan napas..

On the journey going back..I saw this! I like how they do the promotion. Maybe I can use the idea for my future business.


Saturday, March 26, 2011

You've been caught!

"Mom, I need bigger board for drawing"



" Yes son, go ahead"

"Mom, many worms for you"



"Thank you my lovely son"



Monday, March 21, 2011

Saya Jahat??

Kenapa saya nk berenti , bos cakap sy jahat?

"Saya tak tahu la Nurul ni jenis org mcm mana, baik ke jahat"

Yes, after he help me a lot! Should I refund by stay loyal until end of company life?
I also have my own ambition. My own dream.

I said want to further study, u say cannot.
I plan for 2nd bb, u say hold first until my child grow up (Looks my maternity leave become disaster to him)
I want to seek long holiday, everyone must standby. Make all hate me.

Until now, going to 7th years..i have no more job satisfaction & the environment become weird to me at all.

Monday, March 7, 2011

A Famosa Offer di Matta Fair






Rate Condo per person :
RM8 for low season
RM18 for shoulder season
RM28 for peak season
RM39 for super peak season.
(Season refer to above calendar).
Sapa nk gi Matta Fair weekend ni aku nk kirim....uhuhuhuh



Sunday, March 6, 2011

Gulai Lemak Ketam & Pengat Pisang Pantai Timur

Pagi tadi lepas sarapan tepi pantai,lepak2 sambil layan Aqil main ombak, ada la pakcik nelayan baru pulang..alang2 tu pegi la jugak menyibuk berebut ngan org ramai yg duk kerumun kat bot pakcik tu. Dapat la beli ikan bawal sekor & ketam fresh. Total RM12. Pikir punya pikir nk masak apa..akhirnya dpt la idea ni. Ikan bawal aku goreng je, ketam wat masak lemak.

Step pertama..cuci2 kasi berseh. Lumut2 semua aku sental ngan berus pinggan. Tiba2 aku perasan ada menda pelik. Sekali cungkil, terus tercabut. Aku rasa parasit. Aku FB ngan Ila smbil tuh mitak resipi. Tanya pasal kutu ni sekali. Abis kena gelak...teritib rupanye. Fes time dgr..ye la sbb ni fes time aku masak ketam huhuhuhu.Penat jugak aku kikis semua ni.

Ketam yg sudah siap dicuci. Sedia di potong dua. Terus kepada resipi kombinasi dr Ila,Kak Na & Uni....
Bahan-bahan: Santan, serai, asam keping,kunyit,bawang,garam
Cara-cara: Tumbuk bawang merah & putih hingga lumat. Masukkan ke dlm santan. Panaskan.Masukkan serai yg telah di titik bersama asam keping & secubit kunyit. Sambil kacau tuh masukkan satu persatu ketam.Last masukkan garam. Kacau la sampai mendidih. Simple kan. Aku skip cili sbb takut Aqil pedas.



Sedia utk dihidangkan. Aqil makan byk,nuar bertambah nasi, Yin (cousin Nuar) pon smpi hirup kuah. Bagi tukang masak....itu lebih bermakna dari ucapan.

Menu petang plak, tiba2 rasa teringin nk mkn pengat pisang.So resipi ni aku gugel kat mesra.net
Bahan-bahan: Kentang (dibuang kulit & rebus),pisang,sagu,gula merah,santan,gula halus,garam,daun pandan.
Cara-cara: Panaskan santan,gula merah,sagu,daun pandan.Bila mendidih masukkan pisang n kentang yg direbus tadi. Masukkan gula halus & garam secukup rasa.



Sedia utk di makan.

Thursday, March 3, 2011

Baru 3thn dah hafal 30 surah Quran!!!


BIJAK...Darwisya Adriana (kiri) mengajar Darwish Adrian mengaji.
Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat. Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek. Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur. “Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen.

Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’. Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat.

“Asalnya saya mahu menghantar anak saya mengaji al-Quran di tempat yang menyediakan perkhidmatan itu, namun tiada seorang pun yang sanggup mengajar Darwisya Adriana yang ketika itu baru berusia setahun. “Justeru, saya mula mencari kaedah sesuai mengajar anak bermula daripada lahir sehingga usia tiga tahun,” katanya. Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca. Selepas set berkenaan habis dibaca, dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set. “Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, saya selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib. “Dia sendiri akan tahu bacaannya salah kerana selalu mendengarnya daripada VCD,” katanya. Kemampuan Darwisya Adriana turut diuji Akademi Darul Huffaz yang terletak di Kajang serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi terbabit. “Tentunya ini satu pencapaian yang amat membanggakan saya. Saya berharap anak saya dapat khatam al-Quran sebelum usianya mencecah empat tahun,” katanya. Mazlina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran. Antara makanan yang biasa diberikan untuk anaknya ialah kacang badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah Taha.

Sumber: HMetro
Kesimpulannya: Pendidikan,Disiplin & Pemakanan yg paling penting.

Wednesday, March 2, 2011

Awekku Ekor 9

Hihihi best tak aku translate.
Aku beli DVD pirate lg. RM18 for 16 episod. Genre cerita..romantik komedi n sedih pon ada.


Kisah ni bermula bila Dae Woong secara tak sengaja melukis gambar ekor kat satu lukisan serigala.Serigala aka gumiho ni pon terlepas dan jadi pomp cantik. 500 tahun dulu, gumiho ni nak jadi manusia tp tak dpt cari suami disbbkn keluar gosip dia makan hati manusia. Ketika kejadian tuh, Woong lari ke dlm hutan kerana takut & terjatuh ke dlm gaung yg berbatu.Kira badan & organ dalaman rosak teruk .Gumiho ni nk balas budi so dia selamatkan si Woong dgn bg satu buih ke dlm mulut. So Woong ni sedar & tak rasa sakit apa. Gumiho ni ikut je kemana Woong pergi sbb buih dia ada dlm badan woong ni. At last Woong ni tau jugak siapa gumiho ni sbnr tp dia takleh larikan diri sbb gumiho ni ugut nk jadi awek dia.Lama2…tangkap cintan la dua org ni.Tp tuh baru separuh cerita.

Utk jadi manusia sepenuhnya,Woong kena simpan buih nyawa dlm badan dia selama 100 hari & tak boleh date ngan pomp lain. Actually buih nyawa tuh sedang serap kekuatan badan Woong utk ditransfer kpd gumiho & tenaga superhuman gumiho sendiri semakin hilang bila semakin jd manusia. Tetapi Mi Ho (gumiho) tak tau bila dia amik semula buih nyawa tuh, Woong akan mati. Kalau tak amik semula, dia sendiri akan mati & hasrat nk jadi manusia musnah. Antara cinta & nyawa,apa jd seterusnya..jeng jeng jeng. Aku pon tak tgk habis lagi..hihihihihi. Tp jgn tak caya, Nuar fes time layan Korean,2 mlm stay up tido kul 4, dah habis tgk! Lelaki lg dahsyat klu layan…aku promote cerita lain lg, dia dah surrender takut addict mcm aku..

Lee Seung Gi (Dae Woong) & Shin Min Ah (Gu Mi Ho)

Bagi peminat You’re Beautiful, ada penampilan istimewa pelakon utama Uee, Jeremy & Park Shin Hye.

Tuesday, March 1, 2011

DPLI ambilan Julai 2011

Bagi sapa2 yg interested mcm aku ni..boleh la bukak kat web moe,myadha or eputra utk details.

Kena beli no pin kat BSN RM20.60 starting 28 Feb dah buka. Tarikh tutup 14Mac utk permohonan online tp utk receiving dokumen 18Mac.

Doakan aku dpt ye kursus perdagangan & keusahawanan (wlpn syarat degree tak meet,tp aku minat sgt subjek ini)..chayok! chayok! Aja aja fighting!