Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, November 24, 2009

Permasalahan Si Kecil-Part 2

Wlpn semakin membesar,antibodi Aqil lg kuat terhadap penyakit sblmnya,tp lain masalah plak yg timbul & bermacam2 'trial run' yg mama kena cuba.Sesetengah boleh dirujuk pada org tua/org yg lebih pengalaman but sometimes it's not work to Aqil.So mama kena cuba2 la (selagi tak memudaratkan) drpd tak buat apa2..utk rujukan mama (or others mommies yg face the same problem):

Sakit Mata
Ni sebelah mata je kena.Tanda2 awal mata berair je,lepas tu membengkak. Normal bayi sakit mata akan merah & bertahi mata.Suspect kena kat umah ibu pengasuh tumpang (sbb actual pengasuh balik kg)..sbb mata Aqil merah sebelah & dia kata masuk sabun time mandi.Mmg gatal sbb Aqil dok tenyeh (gosok) je mata dia.

Klu ada susu ibu,itulah ubat plg mujarab.Tp sbb dah tak menyusu badan lg, terpaksala bawa pegi klinik Asuza.Mama tanya doc pasal effect masuk sabun & the answers" takpe sbb mata ada pencuci semulajadi & akan bersihkan dgn sendiri".Doc bg ubat titik pure & antibiotik kaler hijau. 2 days after still bengkak lg so mama pegi Poliklinik Nur & show ubat2 ni.Doc ni plak kata ok cuma lambat skit la nk elok, klu nk cepat kena guna ubat titik yg ada tambahan steroid.So mama agreed sbb mmg kesian sgt tgk Aqil nangis je &.... it's work!Alhamdulillah Aqil dpt beraya dlm keadaan sihat wlpn bengkak surut sikit je.Gambar ubat titik tak sempat nk snap sbb bagi kat pengasuh,satu family dia plak sakit mata sbb berjangkit ngan Aqil.Yang lawaknye time jumpa Doc tuh mama bgth Aqil poo hijau sbb minum antibiotik tu tp Doc tuh ckp tak mungkin.Punyer la confident mama yakinkan dia smpi Doc tuh pon konfius.Rupe2 nya pengasuh Aqil tuh bg mkn biskut raya hijau..punyerla byk pewarna dia letak dlm kuih tu. ..isk isk isk
Dah ok skit..bleh la bw Aqil keluar.Hepi kemain smpi lupa sakit mata

Jangkitan kuman di paru-paru

Baby risk kena klu batuk berterusan.Memandangkan Aqil lebih 6 hari batuk demam selsema (3 serangkai) & dah 3 buah klinik pegi & tak sembuh2 gak terpaksa la mama bawa jumpa pakar plak. Lepas X-ray kat Mahkota Medical Centre,kena admitted ward 2 mlm sbb jangkitan kuman di paru2..setiap 4 jam sekali nurse dtg pasang nebulizer.Wlpn tak sakit, dia punye melalak tuh mcm kena cubit2 je time asap berkepul2 kuar..harapkan tenaga mama sorang pegang mmg tak larat & mmg tak sanggup nk paksa.Thanks kepada akak2 nurse yg mmg berbudi bahasa & baik hati (yeah, papa really pay for their service..)As a future guideline,takle biarkan baby batuk berterusan melebihi 3 hari.Better to direct meet paed for better advise.

Masa kat ward..lemah je

Tak mau susu

Ni pon kira masalah jugak,sebab melibatkan kenaikan berat badan yg sgt2 lambat.Masa lahirkan Aqil dulu berat 3kg,muka mmg tembam,breastfeeding lagi...sihat + montel.Start 4 months, due to unsufficient of susu mama sedangkan permintaan yg amat tinggi dr pihak Aqil (situasi dimana permintaan melebihi penawaran,masuk subjek ekonomi sat) mama terpaksa mengalah jua dgn menerima bantuan dr encik lembu...maka bermula lah episod try n experiment susu yg sesuai n digemari oleh Aqil.utk trial selalunya mama beli tin kecik dulu..antara senarai yg mama penah cuba as suggest by sedara mara,frends,doktor,paed..

1)Lactogen -First susu try, suggest by cousin.Aqil pon nmpknye sodap jo minum.Harga pon quite murah.Tp pertambahan berat badan mmg slow.

2)Bebelac -Mama try susu ni pas tgk sorang bb montel yg dijaga oleh mak long .Agak mahal, tp mama monitor jugak berat Aqil sebulan lebih,pon takde pertambahan.

3)Wyeth S26-Ni plak mama tiru auntie tinee yg bagi baby Damia minum.Sbb pipi Damia chubby je mama tgk..Harga lebih mahal.

4)Anmum-Suggest by paed,siap dpt free sample lagi.Nampak Aqil mcm suke minum tp time poo tu mengerut2 muka.Kesian mama tgk..Harga bleh tahan

5)Pediasure-Suggest by doc kat Poliklinik Nur.Actually dia suggest lama dah, tp sbb mama tak jumpa susu yg <1year,so>

6)Sustagen-Ini alternatif perisa coklat yg mama campur sekali ngan pediasure vanilla.Satu scoop sustagen coklat + 3 scoop pediasure vanilla.Sampai la skang mama guna sukatan mcm ni..

Semakin besar (skang dah 1 thn 4 bln),semakin lasak tp susu makin kurang & berat just 7.1kg..memang klu sua je botol,dia akan geleng2 kepala siap tepis tgn lagi taknak susu.Alternatif lain, kena sediakan stok yougurt selalu..Maybe ni pon salah satu faktor kureng susu...puting nyonyot yg mmg takleh dipisahkan lagi..puting lebih penting dr mama tuh..isk isk isk

Monday, November 16, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST



First time mama nk join contest..biasanye silent reader je + tak sempat nk taip². Contest ni dianjurkan oleh auntie Eliza sempena 5th anniversary pd 17 November bermula 24 Oktober - 17 November 2009.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Introduce anak mama…
Nama: Aqil Imran Mohd Anuar
Umur : Setahun 3 bulan


Gambar ni di'candid' oleh ofismate papa semasa Family Day kat A Famosa bulan lepas. Masa tu Aqil baru dpt kaki ..so mmg nk jalan sendiri je takmo dipegang.Asyik jatuh je, sib baik tak berdarah lutut.Klu tgh buat muka innocent mcm ni mesti ada somethin'.Klu tak caya tgk jari dia tgh korek lumut batu kan..pastu dongak tgk papa prasan tak 'research' dia tu.

Aqil mmg byk baju biru..boleh dikatakan 80% dr collection dia adalah biru.Sebab mama & papa mmg suka biru & color ni pon ngam ngan Aqil.

Anyway thanks kat Auntie Eliza sbb adakan contest ni & bg chance Aqil participate..last but not least wish you Happy Anniversary!!

Wednesday, October 28, 2009

Saturday, August 22, 2009

Sang-il Chookha-Hapneeda Aqil



Sedar tak sedar dah setahun pun Aqil.Dlm tempoh ni byk kenangan pahit-manis,suka-duka yg terjadi. Paling mama tak bleh lupa masa Aqil jatuh kerusi makan,admited ward kat Mahkota Medical Centre,kul 1 pagi pegi GH sbb high fever..almost every month demam.
Alhamdulillah, nak sampai birthday Aqil makin sihat & sehingga ke hari ini sudah sihat sepenuhnye.Mama harap Aqil sihat ke akhir hayat & jgn buat mama risau lagi ye..


Aqil time tak sihat "Saya demam ni,takde mood nak posing,air liur leleh pon tak larat nk lap"


Aqil dah sihat..mama siap cukurkan rambut lagi "Ala mama,tak ensem dah saya" kecik2 takpe tak ensem,kasi rambut tumbuh lg lebat.Teori mana pon taktau mama amik.


Taun ni celebrate, 3 kek Aqil potong.Kek birthday Aqil yg ke-2 ni smbut ngan jejiran.Kek 1st smbut ngan keluarga Aki Pahang,Kek ke-3 smbut ngan Auntie2 Ganu.Adil kan?


"Sapa nak kek,sila beratur,lilin ni saya punye"


Aqil dikelilingi abg2 & kakak2..


Jemput makan,wah ibu Aqil perasmi ni..sila2 jgn segan.Ermm gambar juadah tak sempat cameraman amik,busy melayan tetamu kot.


Antara tetamu akhir yang datang,sempatla mama join posing sbb dah tak sibuk sgt. Tgh Auntie Mee Yuin,sebelah kanan Auntie Tinee & gegirlnye,Damia.


Damia yg cute,sori ye Tinee publish byk gambar anak ko..sooooooooooooooo cute!


Masa utk buka hadiah.."mana satu nk buka dulu ni"

Last but not least,thanks kepada semua yg sudi dtg memeriahkan majlis.Thanks juga kpd Auntie Kay,Auntie Syid,Auntie Ain & Mok Pah yg wish utk Aqil.Doakan Aqil sihat sentiasa & jadi anak yg soleh & berjaya didunia & akhirat.Amin.

Sunday, June 21, 2009

Fully housewife??

Ikutkan mama tiap2 bulan nk record improvement aqil dlm diari ni..tp selalu tak sempat. Balik keja dekat kul 7 mlm, mmg sepenuhnya concentrate kat aqil je sebelum aqil tido.Klu dikira2 dlm 24 jam sehari, dlm 3~4 jam je mama n papa sempat bersama aqil lepas tu semua dah zZzzZzz..itu belum masa yg betul2 berkualiti sbb kadang2 mama sibuk plak buat keja rumah + tgk tv (specially mlm selasa,8tv..hikhikhik).Kesian betul anak mama sorang ni..bila la agaknye mama boleh mencapai impian bekerja tanpa mengabaikan anak ni aka kerja sambil menjaga anak, of course not to be fully housewife,why??

-->no own income (so tak boleh suka suki shopping),

-->less communication or exposed to outsider means level of talk or mind reducing (notes: just refer to me only becoz I know who I am, klu dah berkurung mmg mls dah nk kuar or bersosial),

-->a little bit bad dressing performance ..for sure la duk kat rumah mmg mls nk pakai baju cantik or mahal sbb nk buat keja rumah kan

-->last but not least..kerja rumah memangggggg penat! Klu weekend baru bleh merasa fully housewife,dr pagi sampai petang..opss sampai mlm non-stop buat kerja rumah mmg rasa bisa2 kat bdan yg lebih suku abad ni + lenguh2 tumit,kaki,tgn,kepala & ubatnye tidozZzz tanpa gangguan (time ni papa plak amik alih tugas jaga aqil)


Saturday, May 30, 2009

Cuba Resipi-Puding Buah

Amik dr majalah Keluarga edisi Jun (Cover Juma & anak2nye)

Puding Buah-Buahan Cinta Sayang


  • 4 sudu tepung kastard + air di kacau2

  • masukkan susu pekat(sesuka rasa)+gula dan di kacau2 lagi

  • letak atas dapur dgn api sederhana-di kacau2 sehingga likat

  • masukkan dlm acuan & simpan dlm peti sejuk

  • Utk kuah plak-susu cair + air di kacau2 atas api sederhana sehingga boil

  • Utk hidang-keluarkan puding dr peti sejuk,taruk dlm bekas,tabur buah (koktail n ceri) & tuangkan susu di atasnye....guna buah fresh lg best eg pear,epal,mangga.



Taraa!!!! dah siap n ready to slurp!!!

Oo..Oo..not for Aqil. Tunggu besar skit lg baru boleh makan ni ye

Thursday, May 14, 2009

Cuti2 Malaysia-Cameron Highlands

BOH Garden-pekena teh panas di puncak bukit yg sejuk
View ladang teh
Butterfly Farm

Di nursery bunga...

Antara bunga2 yg cantik

Kaktus setinggi manusia..

Pasar pagi di Kea Farm-boleh dptkan souvenier yg murah

Strawberry milk shake yg best-rugi klu tak rasa,slurp!!
Kasimanis strawberry farm

Buah jambu yg dibgth penjual berbuah sekali setahun (beli kat pasar mlm Brinchang)

Pasar malam Brinchang

Muzium menyimpan barang2 klasik..

Bee Farm


Sunday, May 10, 2009

Weekend Xtvt-Pesta Buku PWTC 25 Apr 09

Bertolak dr Melaka dlm kul 12pm & exit Tol Sg Besi.Punya la pusing cari signboard PWTC tak jumpa, lps call Abg De rupanya kena cari Jalan Duta or Jalan Kuching. Rupanya dekat dgn bangunan UMNO,actually lg senang klu naik LRT or komuter (turun kat stesen Putra/PWTC).

Orang ramai terutama kat booth MOY & PTS.Mama singgah jugak kat Karangkraf ,sempat sambar majalah Pa & Ma edisi yg terlepas,Rasa edisi selera pantai Timur & panduan pemakanan si kecil.Kat tingkat 2 plak singgah kat Creative,beli koleksi 3 Dara Pingitan..nasib baik dah kureng baca novel,klu tak mesti budget lari jugak hihihihihi

Bersama Ujang..siap berpegangan tangan ngan Aqil.Menurut beliau skang dah tak buat kartun,buat drama plak..nti ada tayang kat TV1 tp dah lupa la tajuk apa dia cakap


Aqil bersama antara buku yang dibeli...

Sunday, March 22, 2009

Weekend Xtvt- Jom Heboh MITC 28 Feb 09

Pegi pagi (10am) sbb ingat teduh skit utk Aqil..manatau sampai je panas kemain,maklumlah matahari nak bergerak tegak atas kepala (going to noon).Masuk dlm dewan MITC tgk2 pameran kejap,pastuh baru pegi booth2 TV3..boleh tahan ngamuk jugak Aqil kat sana. Bertindih suara dia ngan sound system kat situ.MC tu berenti bercakap,suara dia naik..blush!malu gak mama org sumer tgk ni..tp klu dia dah mcm tuh mmg tak dapek la nk pujuk,take time jugak la nk ngayat balik.patut dari awal dia start engine tuh dah kena aware..
Sudahnya terpaksa la pegi MP (routine port) amik udara nyaman kat situ.Syok betul Aqil tidur dlm stroller,mama sempat solat,makan,shopping lg..mmg sini je dia serasi,apo nk di kato eh!
Impak: 3 hari pastu Aqil demam teruk, suspek jln tgh panas.Bawa pegi Poliklinik Nur,suhu 38 degree(intermediate),doktor sumbat paracetamol ikut bontot.4 jam je tahan, suhu naik semula..tak dpt tidur mama & papa jaga dia merengek.Tak sampai hati nk tinggalkan gi keja pagi esoknya mama amik cuti half day.
Teladan:Tak bleh berjemur tgh hari lg,even majlis kahwin officemate pon x pegi.


Kakak "Bersamamu" yang baik n friendly.Mmg salute cara dia communicate & respon to visitor.Tgk Aqil pon berenti nangis time dia peluk tuh..tp pastuh dia sambung balik ehehehe


Beli satu belon spongebob utk Aqil..sempatla 3 hari dia dia buat main tumbuk2 pastuh dah kecut,tamatlah riwayat aku sebiji belon.

Sempat gak bergambar ngan Anissa Ku Milikmu,nih versi dia dah cantik.Pon sporting n murah senyuman.Serasi jugak ngan Aqil..tgk dah berenti nangis.


Thursday, January 15, 2009

Pandainye Anak Mama

Anak mama ni start meniarap kat Klinik Pengkalan Balak,18/12/2008 hihihi..mama ingat sbb tarikh bawa gi check up.Ibu Aqil,Abg Aiman,Kak Isya ngan Fifi pon ikut sekali.Semua terkejut sbb mula2 ingat dia nk mengiring2 biasa je.Pas tuh sumer duk gelak cuit2 dia..Aqil maintain sengeh ja.Nurse Sharifah yg baru dtg kerja pon terkejut

"Eh, anak awak dah brapa bulan ni?"
"4 bulan"
"Itula sy terkejut dah pandai meniarap,sejak bila lg?"
"Baru hari ni, kat klinik ni la"


Tp mula2 tuh meniarap x tahan lama, dlm 10 sec dah jerit mintak tolong ehehehehe..
Skang dah 5 bulan meniarap pon dah mantap, kepala dah keras byk,boleh tahan lama sikit. Tp klu dah letih biarkan lelama tuh berbunyi la dia panggil org selamatkan sbb tak reti nk baring semula..tp asal baringkan dia bangun meniarap semula,pastuh jerit..baringkan semula,meniarap lg n jerit lg..tuh yg selalu duk gaduh ngan papa.Dah tau lenguh meniarap, dia nk jugak..alahai anak mama ni

Permasalahan Si Kecil

1.Kencing Berdarah
Masa Nurse Tini dtg tolong mandikan bb,dia prasan ada darah kat drypers,mama cuba cool lg.Lps mandi Aqil kencing dlm tuala,warna kuning n berdarah..tp bird takde luka apa2 pon.Pegi GH dgn papa n MIL n check kat wad kecemasan.Doc show darah tuh dr tali pusat dia,n takat ni ok..cuma kena pegi amik darah utk check jaundis level.

2.Jaundis(Kuning)
Nurse kat ER tu mmg warning "klu tak sampai hati,jgn tgk"..mama duk jauh2,papa n MIL je bw Aqil utk diambil darah, dr jauh dgr Aqil nangis meraung2, mmg tak sampai hati dgr,rasa nk gi tampar je nurse tuh tp ingatkan diri demi kesihatan Aqil..air mata mmg meleleh2 dah time tuh,rasa mcm jahat sgt tak selamatkan anak sendiri,kenapa la takde pakar yg bijak pandai cipta kaedah amik darah yg tak menyakitkan..mama terus pegi peluk Aqil,kesian betul tangan kecik besar dua jari,urat pon halus lg,darah utk diri sendiri pon tak cukup lg nk kena sedut keluar, mmg tak patut,agak mama dlm 2-3ml,memang kesian sayang mama nangis
Result jaundis borderline,11.Doc suruh dtg check lg,tp mama mmg TAKNAK pegi lg.Cukup sekali rasa bersalah tak protect Aqil.Nurse Tini mmg bising suh bw pegi,wlpn niat dia baik,tp benci sgt sbb paksa pergi amik darah Aqil lg.Sib baik Nurse Sharifah tuh paham,dia cadangkan pergi Poliklinik Nur sbb kaedah amik darah secara jentikan kat tumit,setitis je darah kuar,dah boleh tau level jaundis.Cuma bezanya 2 level higher than GH.It's ok,mama boleh anggarkan sendiri level sbnr,selang dua hari pegi check,Aqil cuma nangis skjp je time jentik sbb terkejut..sambil tuh mama cuba jugak kaedah2 yg disyorkan.Minum susu kambing,tak sesuai sbb panas,Aqil muntah darah,so mama stop. Pastuh cuba beli ubat mandi kuning kat kedai Sensei (my colleage fathers's shop),then nurse suruh stop sbb effect kaler kuning tuh kat kulit.Lagi satu,org2 tua suka suruh jemur bb waktu pagi utk hilang kuning,actually cara tuh dah tak effective,sbb kajian yg Doc bgth pancaran matahari tuh sbnrnya akan lagi tolak kuning ke dlm badan..cara plg berkesan bagi dia menyusu byk2..especially susu ibu(proud to be me). dgn cara ni dia akan byk berkumuh n sekali buang kuning..n i think it's work!

3.Kembong Perut
Setakat ni mama rasa sekali je Aqil kena kembong (suspect je la sbb dia nangis kuat sgt,bagi susu pon taknak,salin pampers pon nangis jugak lg pon BF ni risk utk kembong tuh kurang..tak tau rootcause sbnr)..So MIL bakar bawang putih n taruk dlm minyak masak.then sapu kat perut sambil selawat,pastuh Aqil pon senyap tp tak dgr pon kuar angin..mungkin kuar ikut lain kot.
So far,metabolisme Aqil bagus,asyik kentut je n mama tau it's good for him.

4.Ruam
Ada 2 jenis ruam-ruam lampin & ruam peluh
Untuk ruam lampin, 1st time masa Aqil dlm pantang sy gunakan Nappy Rash Cream Pureen.Take time jugak ruam tuh nk elok, kena guna setiap kali lepas salin lampin.Kalau miss, mesti punggung Aqil merah2 n mcm melelas kulit..tgk pon rasa pedih.Lagi satu, kena selalu kerap tukar drypers tambah klu dia berak terus kena tukar tak boleh tunggu2.
2nd time beli Drapolene Cream sbb yg lama dah nak abis. Saja tukar jenama lain plak.Memang bagus, ruam cepat sembuh(x sure plak contain chemical yg ni mcm mana klu compare ngan jenama Pureen).Sampai Aqil umur 5 bulan pon masih byk lg sbb jarang guna.Ye la..guna time ada ruam je,klu takde ruam mmg tak guna sbb taknak exposekan byk chemical sgt.

5.Selsema
Petua org tua, baby selsema taruk kunyit kat hidung n dahi dia.Pernah baca petua kat majalah Pa & Ma,kunyit tuh kena bakar dulu then baru sapukan kat hidung dia.Cuba gak buat tp mcm leceh skit nk kena bakar,pastuh tunggu sejuk nk kena kupas kulit plak,ye la takkan hitam2 tuh nk tempek kat bb kan..last2 potong nipis kunyit hidup tuh n terus tempek kat dahi n hidung time dia tido (klu time jaga sure dia sapu punya..ehehhe)..alhamdulillah berkesan!

6.Kerak kepala/Taik Sawan
Aqil kena time dlm pantang lg..mula2 mama ingat kelemumur biasa bb ,biarkan je..makin bertambah then cuba syampu..mcm2 jenis syampu dr anakku,pureen,sebamed,dentinox pon tak jalan jugak.balik kg lagi tebal kerak tuh jadi,apa lg org2 tua pon bising la..rata2 duk suruh cuci ngan santan,..cuba buat jugak beli kelapa parut kat kedai,buat bonjot n perah santan tuh kat kepala tunggu beberapa minit baru cuci..hasilnya degil sungguh kerak ni nk kuar..ada gak cadang guna minyak johnson, tp bila mama cuba sapu,semakin menjadi2 merah..ada gak cadang letak minyak masak..tetap takde hasil..Aqil semakin hari semakin gatal, duk garu je, baca kat susuibu.com penyakit ni klu biarkan nti melarat,jd penyakit kulit plak..mama mmg dah risau betul+kesian duk tgk Aqil menangis menggaru je.Last2 cuba method ibu dia plak,mama taruk minyak zaitun Safi (papa guna sbg minyak rambut dia actually) banyak2 kat kwsn berkerak n biar dlm 10 minit.dah agak kembang kerak tuh,mama basahkan cotton buds ngan myk Safi tuh then kuis2 secara lembut kerak2 tuh jgn kasik luka..keping demi keping mama kuis tp tak abis semua la..sikit2 buang last2 dlm masa 3 hari dah clear..lega skit
8/11/2008-->buat kenduri cukur jambul Aqil sekali ngan kenduri Opah nk gi Mekah,pastuh papa botakkan terus kepala Aqil.Kerak naik jugak tp tak setebal dulu..mama bw pegi Poliklinik Nur dkt Kuala, Doc bg cream sapu..tp mama jarang guna sbb Aqil dah pandai hisap sarung tgn,risau tersapu ubat tuh n termasuk plak dlm mulut..
Papa kata mama ni je risau lebih,sbnrnya normal la Aqil garu sbb berpeluh,lama2 nti hilang..mama still do prevention jugak,lps mandi lap kepala dia kering2 n klu menyusu mmg dia akan berpeluh kat kepala,so mama akan standby kain buat lap peluh dia...so far masa umur 4 bulan dah hilang dgn sendirinya kerak kepala tuh..alhamdulillah.

7.Batuk
Yg mama ingat Mak Tua (moyang Aqil) bgth cuba amik bunga belimbing buluh-kaler merah. Ramas2 n sapu didada.Mama cuba sekali je, mcm lambat je berkesan terus mama bw pegi poliklinik Nur..Doc bagi ubat minum (wlpn mama tau bb tak boleh mkn ubat lg tp mama lg kesian tgk dia batuk)..sehari je terus sihat.

Sunday, January 4, 2009

Manjaku

Manja mama ralit tengok bunga..







Macam ni la Aqil klu tgk menda2 yg baru..mayb sesuatu yg pelik bagi dia sbb baru nk kenal alam
dunia







Cakk!! Anak mama dah prasan gambar kena candid