
Tapi berita tak gembira..paras kolesterol over the spec.Nurse advise jaga pemakanan, jgn makan kulit ayam bla bla (time ni memory full, not enough space dah).
Just keep for the record, next year monitor lagi..
.
Byk keistimewaan & sejarah kain cindai boleh kita dpt klu terus diselidik & dikaji kan. Mama rasa majoriti kenal perkataan Cindai ni pun setelah dipopularkan oleh Datuk Ct.Thanks kepada Datuk juga sbb telah memartabatkan bahasa klasik ni.
Sedikit selingan,dari blog seorg guru -->Kata orang cindai yang baik elok tersimpan dalam almari , 'berhantu ' . Aku kembali teringat kain cindai dalam filem 'Pontianak Harum Sundal Malam'. Cindai ini boleh melayang-layang ...
Taraa...dari kejauhan,kedai mama di Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru.Kedai mama yg sebelah kanan jual kain baju tuh.Selepas menjamu selera,singgahlah menjamu mata pula ye..hihihihi
Right view
Hepi lg dpt cabutan bertuah..boleh buat isi kuih raya nti.
Antara info yang dapat dikongsi bersama: Amalkan pembacaan surah al-Waqiah & sunat Dhuha untuk memudah & melapangkan segala urusan perniagaan.
Ni lagi hepi, dpt bergambar ngan Amy Search. Sebenarnya dia tak terlibat pon dgn program kami, just terjumpa masa lunch tu..speechless! Mama plg tak leh lupa kes sorang makcik ni tersadung kaki kat tangga smpi tercabut kasut sbb banyak kali toleh kepala tgk Amy. Mama pon sengal jugak kan, pi gelak kuat2..sampai makcik tuh pon sama gelak.
Wlpn byk perkataan hepi, tp sbnrnya sedih sbb dah korbankan masa ngan Aqil..
.
Kanak-kanak itu sentiasa berfikir cara untuk menambahkan pendapatan. Wang saku yang dijimatkan digunakan untuk membeli pemadam pensel yang cantik.Lalu di jual semula kepada rakan-rakan. Permintaan amat tinggi tetapi stok di kedai tersebut habis. Lantaran dia menyuruh ibunya membuat makanan untuk di jual di sekolah, tetapi ibunya tidak mempunyai duit untuk dijadikan modal. Kanak-kanak itu mendapat idea lain iaitu menyuruh ibunya membuat jeruk cermai. Dia meminta buah cermai dari jiran sekampung yang hanya membiarkan buah itu jatuh berguguran ke tanah sahaja.
Walaupun miskin harta,tetapi si ibu amat menekankan pengkayaan ilmu. Mengharapkan anak-anaknya berjaya mengubah nasib keluarga. Alhamdulillah,kanak-kanak itu memang dikurniakan otak yang pintar. Dia terus mengungguli sebagai juara di bidang akademik sekolah rendahnya, seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.Kanak-kanak itu mempunyai banyak impian & cita-citanya sentiasa berubah tetapi motifnya tetap sama,mahu menjadi kaya. Kaya untuk kesenangan keluarga & juga membantu orang lain.
Siapa kanak-kanak perempuan itu,biar lah menjadi rahsia kerana bila tiba masanya,dia sendiri akan bercerita.Mungkin ketika itu,dia sudah berjaya mencapai impiannya & sedang di temubual oleh wartawan yang bertanyakan sejarahnya untuk dikongsi kepada semua.
Kontes ini saya join kat blog En Khairi iaitu besfren suami saya.walaupun saya sebenarnya segan dengan beliau tetapi setelah di tag oleh besfren-besfren saya ,maka saya sahut cabaran mereka.Sebenarnya rakan blog saya yang aktif hanya mereka berdua sahaja tetapi boleh ke saya tag mereka lagi sebab mereka sudah men'join'kan diri..
Ok,saya ada idea rakan untuk di tag..jeng jeng jeng..the selected person go to Ilah & Kak Niza. Ehehehe..sila2 men'join'kan diri anda,just for fun..sharing is caring..