Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Resipi Berpantang

1) Bubur nasi + sawi + ikan tenggiri goreng (makanan bergoreng after 2 weeks)
2) Nasi panas + ikan selar bakar + sayur sawi (minggu pertama bersalin)
3) Sup ikan
4) Sup ayam

Biasanya klu org betul2 pantang, tak mkn makanan bersup dlm masa 2 minggu pertama & kurang minum air. Tp bagi aku yg nk menyusu perlu minum air byk. Cuba juga kontrol makanan berkuah mcm sup ikan & sayur sawi, tp tak tahan bila sembelit.Rasa mcm nk beranak sekali lg, rasa mcm nk terkoyak bontot meneran.

Ikan plak, advise selar sbb murah dr tenggiri. Tp klu dpt haruan lg bagus. Masa nk bakar, lumurkan dgn kunyit,lada hitam,halia & garam. Mmg terangkat! Tp kena ingat, klu bb ada jaundice or alahan lain, kena stop/control la mana2 bahan yg di suspect tuh. Mcm aku hari tuh, lumur ikan ngan bawang putih & garam je sbb Amina kuning. After 3 weeks cuba gak mkn bahan2 tuh semula, tp ruam air kat muka & kepala dia yg ada makin merebak.

Ayam,normally after 2 weeks bersalin baru bleh mkn tp bg org Cina, hari2 depa mkn sup ayam yg direneh ngan wine & ginseng bg recover kekuatan badan & kesihatan dalaman. Dpt ayam kampung lg bagus. Bagi aku, hari pertama kat spital dah dihidangkan sup ayam, bedal je la sbb dah takde mkan lain. Minggu pertama pon dah suruh mak masakkan sup ayam sbb boring asyik ikan bakar je..lps mkn baru prasan gatal2 kat tempat jahitan. Tak tahan rasa nk garu. So stop sekejap.


B/Fast or Minum Petang
1) Kopi O cicah biskut balak
2) Susu kambing ngan kokokrunch

Susu kambing stop sekejap sbb Amina naik ruam. Maybe sbb 'panas' kot. Sblm ni minum Hi-Goat. Lps tuh tukar Karihome. Pon sama. Terpaksalah mama menahan resdung tak minum susu kambing.

Bleh cuba jugak bskut lain spt biskut meri, hi-fiber jacobs, biskut gula or biskut empat segi kecik (biskut mayat). Tp kena perhatikan jugak la bb takut2 ada effect kembung.

Roti mmg tak disarankan sbb mengandungi yis yg tinggi. Nanti lg kembang la urat sarat perut yg mmg dah kembang buncit ni.

Air suam perlu byk, utk bykkan air susu badan,utk panaskan badan ibu & kurangkan sembelit.

Buah plak, aku berani mkn epal je.Tuh pon one week after n tgk2 keadaan bb jugak.

Wednesday, December 21, 2011

Day 21- Bercukur

MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

http://al-islamiya.blogspot.com/2007/10/panduan-menyambut-kelahiran-bayi.html

Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu:dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

http://www.scribd.com/doc/18033597/Adab-Menyambut-Kelahiran-Dalam-Islam



Be a very good girl. Tak nangis pon masa rambut kena mesin, cukur & tape (bg collect potongan2 halus) dek bidan Rozi.


Cool di pangkuan Mak Ngah.



"Akhirnya saya dah jd budak botak". Dah mandi, dah menetek..tido la plak.


Charge bidan RM10 je, tp mama bg lebih skit la. Tujuan bercukur selain mengikut sunnah Rasul, juga utk tujuan kesihatan. Pengalaman Aqil sblm ni kepala naik taik sawan (kerak kepala). So mama worried same prob happen to Amina. Klu dah naik taik sawan mmg kena hold cukur dulu takut kulit kepala luka. Dah tu proses nk buang kerak2 & keruping sgt la leceh klu kepala berambut lebat. Petua utk jauhkan masalah ni, masa pregnant 7 bulan ke atas, ibu mengandung disarankan minum air kelapa muda. Kulit bayi pon jd cantik.




Monday, December 19, 2011

Permasalahan Si Kecil-Part 3

Alhamdulillah, nak masuk hari ke-4 susu mama membuak2 smpi bengkak breast. Hari pertama, kurang ransangan dr Amina sbb terpisah tido. Hari ke-2 dpt balik umah, baru mama dpt force diri sendiri & Amina menetek. Puting dah melecet2, luka & pedih sbb susu tak kuar2 jugak. Setiap kali Amina menetek (ya...dia sgt suka menggigit & menarik puting), Mama akan berkerut2 muka menahan sakit. Kdg2 terjerit jugak..



Aqil: Kenapa mama?

Mama: Amina gigit,sakit.

Aqil: Amina jgn gigit, hisap je tau (sambil angguk2 ckp ngan Amina)

Hilang sakit mama kejap...



Antara petua nak hilangkan pedih/melecet/luka- letak susu sendiri kat permukaan puting.Mama buat, tp mcm lambat je kesan. Mama cuba letak madu jugak. Cara lain, kurangkan pergeseran puting dgn sebarang kain (baju or bra). So tutup pintu n langsir, dedahkan dada anda at normal environment, mcm anginkan.



Hari ke-3, Amina kena jaundice. Check kat Poli.Nur, reading 10.0 mg/dl. Kalau level 15 mg/dl dikira tinggi, tp klu GH akan admit ward utk level 18 above je. Jiran2 advice mandi air daun inai.Mama lg nekad nk menetek Amina bg dia berak byk,so kuning akan keluar thru najis. Mama minum air barli yg dimasak sendiri, masak oat+kurma. Amik kau, smpai bengkak2 susu. Mmg mncurah2 rezeki Amina, tp tersgtlah kurang dia menyusu plak. Terpaksa mama pump buat stok & nk hilangkn sakit bengkak susu. Amina plak asyik tido je. Mama kejutkan minum susu, mmg taknak bangun. Letak dpn tv, kat hall yg bising, pon dia bleh nyenyak je tido..Letak puting kat mulut pon dia jelir2 keluar je. Mmg tak ingin langsung susu mama yg plg sedap di dunia ni. Tambah luka puting pon still tak elok, takde la mama memaksa sgt.




After 2 days check semula, reading jaundice Amina 13.2 mg/dl. Makin naik. Mama dah start cuak. Risau takut naik lg walhal dah menetek. Kat klinik, sorang patient bgth papa, dia pon face same problem.After jumpa pakar, jaundice anak dia tak turun wlpn BF sbb perbezaan jenis darah antara ibu & anak. So, pakar advice bg FM first, after jaundice stable baru BF semula. Mama cuba cari intenet, tak jumpa plak fakta ni. Tp cuba jugaklah selagi tak memudaratkan wlpn Doc Poli.Nur menafikan fakta tuh. Mama ok je bg FM, sbb nk bg luka puting ni recover dulu.




Kak Long (kak ipar) advice mkn buah anggur hitam yg takde biji & mandi air daun pandan. Dekat sepinggan jugak la mama makan. Mmg pepet berdenyut2 tak ingat mlm tu. Bertungku mama. Amina plak berak kerap mcm cirit birit. Dlm sehari tu lebih 5 kali la.kesian tgk dia meneran, sib baik tak melecet bontot je..n after 2 days mmg jaundice turun ke 10.4mg/dl (effect berak kerap) & doc tutup kes. Option lain bleh cuba limau sunkist jugak. Mama stopkan mandi air daun inai n pandan sbb badan mama & Amina naik gatal2. Actually tak pasti sebab sebenar (either mkn ikan bilis or sbb mandi daun or sbb minyak belut yg bidan guna), tp stop la semua possibility penyebab gatal tu. After mkn anggur, terus mama rasa nk membuang after seminggu tak berak,sib baik tak sembelit.


Hari ni, Amina dah masuk 20 hari. Puting mama pon dah ok,tak sakit lg bila menetek.Amina plak semakin suka menyusu.Tp masalahnye, asyik muntah je. Kul 12 mlm menyusu, sedawa..kul 6 pagi bleh dia muntahkan semua. Kdg2 smpi memancut & keluar ikut hidung. Jadi, mmg takleh tinggal sorang2,takut tersedak susu/lemas susu.Terpaksa mama hadkan penyusuan sebelah dada je, sebelah lg pam buat stok. Lagi satu peel Amina sama ngan Aqil kecik2 dulu, klu nk tido mesti nk nyonyot puting.Tp bila nyonyot sambil tido2 ayam ni,jd terlupa nk telan & menyebabkan tersedak. Lg lama amik masa nk lelap, lg byk la Amina hisap susu, kesudahannye muntah ber'gelen'.Solution yg tak bagusnya, mama terpaksa la intro puting nyonyot mcm abg Aqil. Tp harapnye utk sementara saja sehingga masalah muntah ni hilang (estimate 6 months to 1 year utk injap bayi kuat menahan makanan dr perut keluar semula).



Amina with puting nyonyot...


Stok EBM mama...dlm masa 20 hari dah nk penuh level atas peti ais. Klu tak cukup space, holder ais kena buang & lauk2 pon takleh simpan lagi la..kena daily beli fresh. Skang mama terpaksa control makanan yg boleh menyebabkan byk susu sbb mls nk mengepam bila susu bengkak. Antaranya ulam pegaga, horlicks & apa2 yg ada base barli or oat.


Monday, December 12, 2011

Detik kelahiran Amina

Disebabkan Amina lahir lewat dr Aqil, mama jangka akan overdue je. Doc bgth kena tunggu lg 10 hari klu overdue.Same as gomen.Takleh induce awal takut mom & bb not ready.Pun takleh terlebih byk hari sgt takut bb mkn najis. As long as air ketuban ok, so doc akan ikut flow dia la. Some private hospital akn suggest patient to choose the date for induce jika anak ke2 & above.

29 Nov 2011



5.40 ptg - Kontraksi yg sgt kuat . Mama still kat opis.Tak ingat berapa minit mama x leh bergerak. Lps tu tepon papa suh hntr balik. Papa marah plak ingat mama main2. Sbb dah byk kali dummy contraction. So bila kontraksi hilang cepat2 mama drive balik.Ok plak bila smpai umah.Siap bleh masak dinner lg.

8.30 mlm - Dah siap mkn, kontraksi dtg semula. Mmg sporting la anak mama ni, kasi can mama mkn dulu. Mama & papa tido awal, takut terberanak mlm ni, tak cukup rehat plak nti. Aqil still main2 smbil tgk chanel katun fav dia.



11.40 mlm - Tiba2 rasa mcm cecair panas mengalir kat bwh. Mama cuba tahan kencing, tp takleh stop. Sah! Air ketuban. Habis cadar & 2 lapisan toto. Kejutkan papa. Kelam kabut dia punggah barang mama & bb yg dah standby kat pintu masuk ke bonet keta. Mama basuh badan separa pinggang & pakai jubah. Sib baik Aqil dah tido, senang skit urusan. Tepon Mak De suh dtg temankan Aqil.


30 Nov 2011


12.++ pagi - Sampai Hospital Pantai Ayer Keroh. Terus kena tolak masuk labour room. Bukaan dah 4cm. Nurse confident ckp mlm ni jgk bersalin ni.



2.00 pagi - Graf denyutan jantung bayi unstable. Nurse suspect mama lapar. Hmm..ada kaitan jugak rupenye. Mmg mengaku terus sbb last mkn pon kul 8 mlm tadi. Dpt milo panas secawan + sepeket biskut fibre. Nurse suh tido dulu, siap tutupkan lampu. Papa berbantal lengan je tido kat birai katil mama. Jarang2 nurse dtg check graf & goncangkan perut mama tak bg bb tido. Mama tido takpe.


6.45 pagi - Dr Vishnu baru smpai. Check bukaan mama, masih 4cm tp denyutan nadi bb semakin lemah. Dia cuba induce dulu sblm decide c-ser. Masuk air kat tgn.



8.00 pagi - Kontraksi kuat setiap 7 minit. Mmg sakit yg amat! Nurse plak suka tanya byk soalan time sakit2 ni. Mama mmg tak layan sbb x larat sgt nk pikir & bukak mulut. Mampu mengerang smbil ketap gigi je. Nurse ckp klu rasa mcm nk berak tu, panggil dia. Means mmg time for meneran. Tp mama x bg papa panggil sbb x suka diorang bising2.



9.00 pagi - Mmg rasa mcm nk berak. Kebetulan nurse tgh masuk. Kelam kabut dia call doc. Mama teran je tanpa tunggu sapa2. Tak jugak keluar. Nurse & doc dah stanby. Bila kontraksi dtg lg, mama teran kuat2. Mmg lupa teknik meneran yg betul. Tambah plak nurse2 pon bg arahan yg tak sepakat. Sorang suh push, sorang suh tarik napas. Doc plak asyik ckp "Good, good". Kelam kabut mama nk ikut mana satu. Part ni better gomen la, sbb ramai2 nurse akan serentak suh tarik napas,1,2,3 PUSH! Time Aqil 3 kali push, dah keluar. Amina plak, mama rasa mcm nak habis tenaga,5 kali or lebih PUSH baru...


9.11 pagi - GEDEBUSH!!! Lega sgt2!! Mcm berak sembelit yg berjaya keluar dgn cecair yg suam2 panas. Mama dah flat giler. Rasa nk tutup mata terus & tido. Nurse letak bb atas dada mama. Suh bukak mata tgk anak. Immediate nurse lain plak inject kat bontot mama utk bius masa jahit nti.Papa cerita Doc bg chance dia potong tali pusat Amina. Then Papa iqamah ke telinga Amina. Mama miss 2 part ni sbb flat giler. Time diorang sedut2 lendir dlm mulut Amina pon mama miss. Dgr je suara tangisan Amina sambil di bawa keluar. Doc suh mama teran uri keluar. Then, sorang nurse gemuk ni rodok2 perut mama dgn penumbuknye. Mak aisshh, sakit gilos. Rupenya nk bg ketulan2 darah keluar. Then doc terus jahit..tanpa rasa sakit pun (Part ni yg mama trauma masa kat GH dulu, sbb diorang tak bius sepenuhnya).

Day 1, 20 minutes after bersalin


10.00 pagi - Mama dibiarkan berehat kat labour room dulu sbb tekanan darah tinggi. Dpt sarapan pagi - bubur. Makan skit, muntah semula. Nurse ckp effect air yg di drip kat tgn mama. drip still tak cabut bg membantu proses pengecutan rahim. Then, nurse suh mama rehat & tido, kasi pressure turun. Nurse bg ubat tido, tp still takleh tido. Sbb rasa lega yg amat sgt dah beranak.

12.00 tgh - Mama di transfer ke wad 4 org. Sgt bising dgn 2 couple chinese. Lunch nasi + sup ayam + sayur sawi. Byk kali mitak hantarkan Amina utk menetek, at last baru diorang hntr. Tp Amina taknak minum2, pejam je mata. Sorang nurse dtg suh mama kencing. Siap temankan smpi bilik air sbb takut mama pengsan. Amina dah di ambil semula ke nursery. Mama pesan byk kali jgn bagi susu formula. Bosan, x tau nk wat apa dah. Nk tido bising. Mulalah bersms ngan kawan2 rapat & opismate.

1.00 tgh - Nurse inform wad 1 org ada kosong. Yehaaa..dpt pindah. Privacy skit. Papa pon bleh teman tido sbb ada sofa.

5.00 ptg - Papa, Aqil & family Pahang smpi.

7.00 mlm - Pressure mama still tinggi. Paed advise mama rehat sepenuhnya. Amina dijaga kat nursery. Mama pesan nurse klu nk bg susu formula guna syringe. Amina dah berak, tp still tak kencing. So terpaksa lah merelakan dia minum susu encik lembu.

1 Dec 2011

9.00 pagi - Doc & paed bg kebenaran pulang.Syioknyeee......!!!

11.30 pagi - Gedebuk2 isi borang, byr bil, amik ubat, amik Amina...baru bleh discharge. Hmm..about kos, total semua ~RM2.4K. Sib baik tak kena operate..lg mahal & lg teruk nk jaga luka bawah & luka perut.



Like mother, like brother...aksi tido



Day 6, asyik tido je sbb kuning
Alhamdulillah semua selamat. Thanks kepada nurse2,doc,paed & other staff yg membantu. Skit2 bengang tuh normal lah, time sakit, uncontrolled. ;)



Day 11, melaram ngan reben hadiah

Friday, December 2, 2011

First Night with Amina

Jam hampir pukul 4 pagi. Masih menanti Amina bgn menyusu.Nampaknye syok betul dia tdo, tak berani nk kejut.Wlpn dah nk masuk hari kedua Amina lahir, still x leh produce susu sbb kurang rangsangan.

Malam first, Amina duk kat nursery hospital. Sbb blood pressure mama sgt tinggi, so they advise to have proper sleep. Sgt nyenyak tdo.

Tp mama dah pesan nurse, jgn bg susu botol sbb mama nk fullbf.So they use syringe.

Tp mlm ni sgt terasa kontraksi pengecutan rahim masa menetek. Doc ckp normal utk next bb. Terpaksa mama bukak hamper hadiah sbb nk amik botol susu (sndri mmg x prepare). Harap Amina x keliru puting. Mama akn cuba lg menetek.