Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

Meet A Doc

Last Sat (23 July) - met Dr Vishnu at Hospital Pantai Ayer Keroh.
Purposely sbb plan nk beranak kat sini. Doc just do simple scan sbb aku dah buat full check kat gov clinic. Spt dijangka, Aqil akan dpt adik perempuan. Dgn charge RM90, ni ler antara souviner yg diberi...beg diapers,cd,susu utk ibu n susu utk bayi.






Lps kuar hosp, Aqil nak pegi begdonal. Tgk kemaruk...mengidam lebih dr mama plak. Layan je la McD kt Melaka Mall.








Taknak tgk wayang semata2 nak naik keta tak bergerak ni. Smtara papa jaga Aqil, mama pon bersiar2 la seorang diri dlm Parkson. Dptla beli sandal CR yg ada offer 50%, menjadikan final price RM22 only. Hihihi bukan kemut, tp susah betul nk jumpa sandal comfort bertapak nipis. Klu lebih 1" confirm terkehel punye kaki.


Malas nk pusing gmbr. Bukan senang nk tgk budak ni tak isap puting kan...bibir pon dah jd mcm Angelina Jolie.





Monday, July 18, 2011

Aqil Demam

Hari ni Mama cuti lg...sbb Aqil demam panas. Dah seminggu batuk+selsema, tp tak sihat2. Mama bg ubat klinik, tp pergi nursery jangkit semula. Mknan semangkuk disuap ramai2. Tak tau nk tegur mcm mana lg. Aqil dah la antibodi tak kuat, tak minum susu..mmg org fes la berjangkit.

Smlm bawa Aqil pegi sarap "Begdonal",pelat sebutan Aqil utk McD. Dr rumah ke Ayer Keroh, jauh la jugak..dlm 30 minit. Tp sbb kesiankan Aqil tak selera mkn nasi, asyik tunjuk kat tv je masa iklan nk mkn McD, so bawak la dia jenjaln. Tp mmg bukan selera Mama pon, pepagi sarap burger.Dah la takde option lain french fries ke nugget ke bubur ke (perut kampung kena mkn nasi). Aqil pon maybe sbb hidung tersumbat, mkn tak byk. Lempeng McD+telur skit+milo.

Lps mkn, Mama ajak pegi wonderland. Bg Aqil suka2 main air. Tp dia taknak sbb takut kena mandi. Prefer nk pegi tgk buaya. Masuk tmn buaya RM8 (adult), RM6 (child) tp free utk <5 tahun. Additional RM2 kalau nk masuk tmn air kat dlm tu. Bg Mama, ni dah kali ke berapa masuk..mmg boring. Tgk show buaya pon takde perubahan since Mama anak dara dulu lg.

Aqil masuk jurassic park ngan Mak Njang. Mmg ketar2, jantung berdegup kencang masa kuar tuh. Mama ingat biasa2 je dinosor tuh. Kesian Aqil, siap ckp taknak masuk lg tu.

Dah kul 1, bertolak balik. Plan nk gi lunch kat Tesco, tp Aqil tido plak. Mama tak sure la Aqil demam sbb panas masa jln2 kat tmn buaya tuh (even pakai topi) or demam terkejut dinosor. Suap nasi pon taknak.


Pagi tadi, bgn kul 10 Aqil mitak nasi. Mama mandikn dulu wlpn Aqil taknak. Lps tuh pegi klinik 1 Malaysia. Lain ubat yg dpt dulu. Beli barang2 nk buat bubur nasi then pegi kedai mkn. Byk jugak Aqil mkn sbb semalaman tak mkn nasi. Badan pon dah surut skit panas. Mama harap Aqil cepat sembuh & tak sakit2 lg.












Thursday, July 14, 2011

Yehaaa!! Dah dpt geran keta

Rasa lega satu beban. Suppose aku habis bulan 10, tp bulan 6 lg aku dah pegi langsaikan sbb tak sabar nk rasa nikmat dah habis byr keta. Akhirnya Kancil Putih 660 JHT 7751 milik aku. Beli masa keja kat Johor lagi time jd kerani kat Munivac.

Tp yg tak syoknye, dah start la si kancil ni sakit2 badan. Last week pegi repair ekon, basah smpi ke kaki. Rupenya mmg air dah bertakung byk, sib baik tak rosakkan radio dan lain2 (sbb bukan aku yg pegi repair, so tak tau sgt). Siap tokey tu tanya adik aku, filter ekon tak penah tukar ke sbb kotor sgt. Wakakakakaka....mmg pun. Sejak beli keta, tak penah aku tukar sbb rasa sejuk je ekon mcm takde masalah.

Sejarah aku jaga keta ni, bateri 2 kali tukar,tayar sekali tukar. Masa belum kawin dulu, rajin gak hantar routine service (tukar minyak hitam,filter etc) & hantar snow wash. Tp sejak kawin n ada anak ni, tumpuan kat keta dah kurang. Kesian dia, sib baik ada adik aky yg suka pinjam n jaga keta ni.

Aku tak plan nk jual sbb keta ni sgt menjimatkan minyak + byk berjasa ngan aku dlm hal keja n pindah randah rumah + balik kg dulu2. Jgn tak percaya, aku usung mesin basuh dr Melaka ke Pahang sbb nak hadiahkan kat family guna kancil ni. Klu stakat tong gas or angkut barang2 lain smpi tak nmpk nk tgk cermin tgh tuh takyah citer la..One thing, sgt praktikal utk short distance (bawak anak pusing2 taman ke pantai ke beli ikan ke) & parking sempit.

Tp klu org ramai sgt, mmg keta ni tak larat bawak naik bukit. Smpi skang, aku still takut klu kena berenti kat tgh2 bukit sbb asyik menggelungsur ke blkg je. Hihihihi..

Monday, July 11, 2011

MGTT test= Minum air gula

Hari ni pegi MGTT test = minum air gula disebabkan berat naik melebihi 500g sebulan. Berat aku naik 2.8kg dlm masa 3 minggu. Masa Aqil dulu pon aku kena minum sbb bgth sejarah keluarga. Konon kali ni nk rahsia, tp berat terlebih sudah. terpaksalah minum lagi...


Malam tadi kena start puasa dr kul 10pm. Sbnrnya nama je puasa, tp aku minum jugak air filter bergaram So-lay.
Pukul 8.45pg nurse amik darah “Sebelum”. Then minum secawan air gula yg tersgt la nk muntah. Kena tunggu 2 jam sblm diambil darah “Selepas” plak.
After darah “Selepas” diambil, kena tunggu lab result dlm 1 jam. Masa ni dah boleh makan. So the result:

Sebelum MGTT: 4.4mmol/L
Selepas MGTT:6.3mmol/L (Spec:<7.8)

So the result nurse ckp border line. Kena MGTT lagi bulan 6/9 ni, hari raya ke-6. Mampukah aku menahan nafsu makan raya nanti?

Friday, July 8, 2011

Fire Prevention Awareness Program








Can happen everywhere, anytime. Kalau terjadi kebakaran, jgn gunakan selimut,pasir,berguling atau air ke atas manusia.
Ketika terbakar, kulit manusia menjadi panas & lembut. Jika terkena selimut, risiko kulit yg lembik tuh melekat kat selimut. So bila nk tarik selimut tu, kulit aku tercabut/tersiat dr daging.Semasa tepuk2 selimut di badan pon, boleh menggalakkan pemerangkapan oksigen yg menyebabkan lagi kebakaran.
Pasir tidak sesuai sbb mengandungi kuman2 n bacteria yg akan melekat di kulit yg lembik & menyebabkan jangkitan. Doc pon susah nk buang/cuci satu2 butiran pasir yg halus tuh.
Kalau berguling, sama situasi ngan selimut. Kulit akan tersiat2 n melekat dilantai.Bg cara ini juga tak sesuai utk bahagian rambut (takkan nk hantuk kepala kat dinding kan) & ibu mengandung camno plak nk guling?
Situasi guna air sama la seperti keadaan sbtg dawai panas tiba2 dijirus air. Ada bunyi shhhhhhh!!!! Sama jugak situasi saraf/tulang manusia ketika terbakar.Bila tiba2 kena air, risiko putus atau mengerekot.

Kebakaran terjadi dgn kehadiran oxygen,haba & fuel. Major contribute kpd kes kebakaran adalah power overload/heating (guna plug byk2 kat satu soket), litar pintas,condition/quality of products,equipment &machineries. More kpd electronic part..

Jenis2 pemadam api:
1) CO2-plg bahaya. For Electrical part. Suhu -50°C (sgt sejuk & boleh menyebabkan kematian kpd manusia).Masa guna, jgn pegang muncung.
2) ABC Dry Powder. (A-solid,B-liquid,C-gas).Normally warna biru. Klu ABCE (additional for electrical).Both of them multipurpose & sesuai utk human.Cara guna ingat keyword PASS (pull,aim,squeeze,spread).Jarak aim sekitar 1.5~2m from the object yg terbakar itu.Utk pastikan pemadam api ini berfungsi, check jarum pressure mesti dlm column hijau.

Bagi pemilihan pemadam api, pastikan penutupnya diperbuat drpd tembaga/SS kerana tahan karat. Antara alatan lain yg penting ada dirumah ialah smoke detector. Suggest to install near to main door (exit utama kita). Klu ada byk, boleh install antara main door & dry kitchen. Smoke detector tahan 15~20 tahun. Terbaik adalah guna bateri compare elektrik sbb jika berlaku kebakaran, bekalan elektrik akan terputus.



Pemadam api yg cute-boleh letak dlm keta or rumah.Consultant tuh sedang pegang smoke detector.




Smoke detector penting sbb pergerakan utama & plg berbahaya ketika kebakaran adalah asap. Asap mengandungi percikan api yg sgt halus dan tidak nampak. Anggota badan yg plg cepat terbakar adalah rambut. Jd jgn gosok2 rambut tuh dgn tgn atau ke muka.Contact lens juga merbahaya jika ia mencair di dlm mata. Pastikan tidak memakainya ketika BBQ jugak.

Jika terperangkap dlm hotel/bgnn bertingkat yg terbakar, jgn gunakan lif. Tp seblm ke tangga, check dulu pintu rintangan api. Pegang tombol sama ada panas atau tidak & pastikan tiada asap yg keluar dr bawah pintu. Jika tidak jgn buka. Mungkin api yg sedang menjulang marak di sebalik pintu sedang menunggu dibuka laluan. Jika tiada lagi jln keluar lain, masuk semula ke dalam bilik. Jika bilik yg terbakar berdekatan, jgn buka tingkap, nti asap masuk. Basahkan baju dan letak di celah2 lubang pintu. Masking tape mana yg perlu & tunggu bantuan. Jika tempat terbakar jauh, boleh la buka tingkap & jerit utk bantuan. Tp jgn lompat. Talian kecemasan 999. Jika guna hp, dial 112.

Saturday, July 2, 2011

Cerita Nursery Aqil

Hari pertama Aqil ke nursery, papa yg hantar sbb aku tak smpi hati tgk Aqil nangis.
Tp bila aku amik petang tuh, Aqil sgt ceria. Siap belajar perkara baru lg…”Mama,apa ni?” tak sempat jwb dah kena sepak.
Yer..pelajaran tanya & sepak kaki. Sampai ke mlm, sakat papa plak. Tp tak berani sepak papa la.

Hari kedua Aqil taknak ikut papa dah. Ikut aku plak. Padahal ikut sapa2 pon tetap kena hantar nursery.
Menangis lg anakku sayang ni. Ptg lps aku amik kat nursery, Aqil ngamuk2. Berapa kali buat hal smpi ke mlm.
Something wrong about my son. Aku syak sesuatu berlaku kat nursery yg menjadikan dia lepas tekanan kat aku je.

“Ayril buat Aqil ke tadi?”
Angguk.

“Dia buat apa?”
Tunjuk aksi kedua2 tgn tekan kepala dr blkg.

“Syahmi?”
“Syahmi baikkkkk” lantang betul dia menjawab. Tadi senyap je.

“Mawar?”
“Mawar baikkkk”

Mmg sah! Sebab Ayril lg. Aku agak sebaya or tua setahun dr dia. Sblm Aqil cuti 2 bulan time aku sakit, Ayril suka cubit tgn Aqil. Suka tarik puting Aqil.
Sampai Aqil taknak pegi nursery.Skang main tunjal2 kepala anak org plak. Ingat aku susah2 beranak mcm nak mati, ko senang2 je buli ye.

Hari ke3, Aqil sungguh2 taknak pegi sekolah. Aku pon tak smpi hati nak paksa. Sib baik adik aku balik dr kolej, boleh tolong jaga.
Ptg tuh, balik kerja Aqil ceria spt biasa sbb duk rumah kan. Byk tanya n cerita. Aku ajak dia pegi nursery. Nak komplen pasal budak pembuli tuh.
Mmg dia taknak kuar keta. Aku sorang je masuk komplen bla bla bla. Ye la sapa tak risau anak dlm keadaan tertekan. Pengasuh tuh janji nk lebihkan perhatian pasal ni. Mmg hari pertama tuh Ayril tak dtg, that's why Aqil ceria.

Hari ke4, aku survey Smart Reader Kids kat Sg Udang. Wlpn jauh dr rumah, aku sanggup hantar klu Aqil happy. Lps jumpa principal sok sek sok sek, dia setuju la bg seminggu kelas trial utk Aqil tanpa bayaran.
Kebetulan hari tu Sabtu, ada perjumpaan ibu bapa & guru. One to one bincang pasal prestasi anak. Bagus.

The next Monday, aku unpaid keja 2 jam sbb nak hantar Aqil ke kelas trial Smart Reader. Pagi2 kejutkan mandi mmg susah. Klu nursery, busuk2 penuh air liur basi+drypers tak salin aku hantar. Mcm mana la agaknye aku nk adjust masa bgn awal utk prepare semua ni nti. Jarak dlm 15 minit. Klu dah pegi balik, amik masa 30 minit. Agak jauh la bg aku sbb umah ke tempat keja within 2 minit. Singgah kedai kopi jap, sarapan. Berselera betul Aqil sbb aku tak hantar ke nursery.

“Mama,Aqil mkn byk2”..hmmm mmg byk pon. Penat aku nk tunggu.

Bertolak ke Smart Reader dia hepi je spjg jln. Byk tanya. Ingat aku nk bawak pegi jalan kot. Sampai je sana, principal tadika sambut. Bawa aku & Aqil masuk kelas. Just 4 org je budak 3 tahun hadir.
15 minit duduk tgk kawan2 mewarna, principal tuh cuba bawak lari Aqil dr aku. Mmg melalak2 sampai semua budak tgk. After 5 min tak berjaya pujuk, principal tuh return Aqil semula. Duduk la atas riba smbil peluk aku. Kepala mmg taknak pandang semua org.

“Mama,nak balik umah”
“Aqil taknak sekolah”

Aku pujuk2 suh tgk kawan tgh belajar sesi membaca buku bergambar plak. Nampak Aqil still takleh cooperate,terpaksa la kami blah after 30 minutes. Masuk keta, Aqil gelak2..mmg drama king betul la.
Aku dah warning siap2

“Aqil taknak sekolah sini, kena pegi sekolah lama. Mama nk kerja”
“Aqil nak balik umah”
“Takde orang kat rumah. Sapa nk bg makan? Sapa nk basuh berak?”
“Taknak sekolah”

Masa dah suntuk, aku hantar je terus dia ke nursery lama. Mmg dia nangis, tp tgn still hulur kat pengasuh tuh. Better la dr kat Smart Reader td. Aku nampak Ayril. Sempat la pesan kat dia suh kawan ngan Aqil elok2. Ptg tuh balik kerja terus aku bawa dia pegi taman mainan. So mood ok. Aku tanya dia nk pegi sekolah tak esok, dia taknak. Aku bg pilihan plak, nak sekolah syahmi (nama besfren dia kat nuersery) ke sekolah where is the sun (Smart Reader). Mmg dia pilih sekolah syahmi.

Selasa hantar tak nangis. Ptg bawak pegi taman mainan lagi. Aku tanya pasal Ayril. Dia tunjuk aksi Ayril cekik leher dr depan. Mmg la budak ni nak kena lg ngan aku. Tp mood Aqil recover sbb main kat taman. Mlm kami pi kedai sbb dgr kata kena rompak lg. Sib baik kedai aku takde apa yg hilang. Tp kesian kedai2 lain yg ntah kali ke berapa buat polis report.

Rabu-tak pegi sekolah sbb adik aku balik.

Khamis- hantar nursery & tak nangis lagi. Mood Ok.

Jumaat-Ok pegi n balik. Aku tanya pasal Ayril. Dia jawab “Ayril baikkkkkk” Alhamdulillah. Lega hati. Tak perlu aku risau dia tertekan ke or nk tukar nursery ke or cari pengasuh lain or berenti keja buat masa ni.