Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Friday, January 28, 2011

1st Blouse & 1st Sewing Machine!



Taraaaaaaaaaaaa!! Nih la hasil jahitan pertama aku after kelas 4 hari. Blouse Kolar Hawaii..tp aku suka panggil Blouse Makcik sbb bila aku pakai..truely looks like auntie..hihihihi. Baju ni belah tgh & berbutang. Potongan baju & tgn lurus je. Kolar skema keras. Ahahahaha..sumpah aku tak pakai dah. Nanti klu mak aku suka,aku bagi dia je la.


Nih plak mesin jahit pertama aku, jenama Raleigh.Klasik kan. Sbb aku masih amatur, mmg sesuai la pakai yg tahan lasak ni. Lagipun kat kelas menjahit pon aku guna brand ni.
Baru sampai mlm tadi.Harga RM350, tambah motor jadi RM400. Dlm area Masjid Tanah ni, dah 5 kedai aku survey,rate kedai lain dlm RM400~RM460 utk mesin sahaja. Additional motor charge another RM65.

Actually Raleigh pon ada jual yg portable, casing plastic. Harga pon murah, RM300 saja sbb takde extra cost utk kabinet & motor already built in. Tp tak sesuai la utk heavy duty job yg mcm aku plan kononnya nak design blouse muslimah utk jualan borong n runcit (Kes kes kes...angan2 Mat Jenin lagi).

Psstttt...Abaikan koleksi puting di tgh tu. Semestinya kerjaan si kenit.





Ha!! Ni ler ghupe nye sewing motor tu. Plug in, just tekan je guna kaki or tgn. Tp aku suka praktis goyang kaki badan by manual. Biar terer manual, baru cuba auto. Mcm bawak keta jugak la kan,klu mula2 belajar main auto, manual taknak belajar dah & terus tak reti guna.

Mlm tadi dr kul 8 sampai kul 12 mlm aku duk troubleshoot, mcm tikus baiki labu je. Lepas godek2, trial run ntah berapa kali, putus benang dah berapa meter, akhirnya dpt jugak la aku menjahit spender koyak lis tepi. Sorry ye jenjiran, tgh2 mlm dgr bunyi keretapi. Mlm ni aku buat projek kedua plak, kuang kuang kuang.


Tuesday, January 25, 2011

Blogwalking

Today…just blogwalking Kay & Ilah melancong.Best! Tp takleh nk comment, intenet company mcm ‘mengong’ skit.
Aku byk keja, tp lps settle 2 assigment, take a rest kejap ngan blogwalking depa2 ni..
Biasa aku skype..tp dak 2 org tuh gi mana plak..buhsan sungguh hidup ku ini.

Sambil2 survey Homestay di Apartment Alpine Tambun. Next week nak pegi Sungai Siput,ex-housemate kawin.
Mak,abah & adik2 ku yg ramai itu pon nk ikut sekali. Wlpn bajet ciput, aku still nk bawa diorang jenjalan.
Harap byk la dpt bonus nti.

Plan asal nk bawak diorang gi Cameron Highlands, tp semua dah full. Wlpn masih 2 minggu nk CNY, ni pon dah kira last minutes.
Tak kisah la, aku tukar plan B, stay kat Tambun. Klu ada masa bleh pegi Lost World of Tambun. Klu tak sempat, mandi swimming pool kat Alpine je la.
Harga takyah ckp la…semua letak kaw2 sbb cuti triple. Yg harga RM200~RM250 semalaman semua dah habis. Tinggal RM280~RM350 je. Saiz apartment sama, tp tokey lain2…so harga suka hati diorang je la nk letak berapa. Nasib la Labu.

Sunday, January 23, 2011

Citer JGS yg tak best!

Tajuk: Itaewon Homicide

Kisah: Seorg student university dibunuh di satu restoran ketika membuang air kecil secara berdiri (of course lelaki la). Dua suspek ditangkap..iaitu JGS & bestfren nya,X.Kedua2 ni baru balik dr US & JGS tak reti ckp korean,speaking je.Cerita ini hanya berkisar perbualan di dlm lokap & mahkamah. X tuduh JGS bunuh & JGS tuduh kawannya itu. Polis tidak dpt menyabitkan kesalahan ke atas kedua2 nya serentak kerana bimbang memberi hukuman kpd yg tidak bersalah. Setelah edisi siasat yg tak adventure langsung klu nk compare ngan CSI (aku rasa Gerak Khas pon bagus lagi)..finally mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kedua2 nya. Tp bapak X tuh org kaya,sok sek sok sek..terlepas la anaknya tuh. JGS pon terlepas jugk.Kiranya dua2 tak bersalah.And family yg mangsa kena bunuh tuh terus meratapi sbb takde keadilan utk anak dia.Kira mati katak je la anak dia tuh.ending cerita tergantung (nih aku tak suka-suruh penonton judge), dgn lawyer X terdgr X berckp ngan aweknya pasal keseronokan membunuh. Dan di tempat lain, JGS tersenyum senget di belakang lawyernya aka polis yg membelanya & tiba2 boleh berkp korea plak. So siapakah pembunuh sebenar..adakah kedua2 nya? Mmg membazir duit beli DVD pirate (wlpn RM6 je). Klu beli yg Ori, lg la aku menyesal. Juga membazir masa 2 jam duk tunggu klimaks citer...takde langsung!


Wlpn aku minat JGS,tp klu citer dia tak best, aku taknak tgk jugak.


Ha..citer ni best + ada baby Manson yg cute. Sgt di suggest utk ibu2 mengandung. Filem dia malas nk ulas sbb baru part 1 tgk..my soju lembab sgt.

Monday, January 17, 2011

Mari Belajar Menjahit









2/1/2011 (Ahad:9.40am~1.20pm)

Peralatan: Pen,pensel,pemadam,set pembaris siku & pembaris pembentuk kecil & besar,buku log,kertas minyak,tali tape.

Silibus: Salin nota cikgu,belajar ukur badan sendiri,lukis g/rajah di buku log bagi ukuran baju depan,baju belakang,tangan & kain. Kemudian apply ke atas kertas minyak bg saiz sebenar.

Kerja sekolah: Siapkan g/rajah atas kertas minyak.



Set pembaris siku & pembentuk kecil-guna utk lukis di buku log

15/1/2011 (Sabtu:9.10am~1.15pm)

Peralatan: Sama di atas. Additional kertas minyak,kapur,gunting,kain,jarum peniti.

Silibus: Gunting kertas minyak yg ukuran baju sebelum ni. Gunting kertas n kain tak boleh campur.Belajar Blouse Kolar Hawaii.Lukis g/rajah & apply atas kertas minyak.Selepas gunting kertas minyak itu mengikut saiz badan,lekatkan di atas kain yg hendak dibuat baju.Gunakan kapur utk ikut ukuran tersebut & at last gunting kain tersebut (jarak 0.5”~1.5” dr ukuran badan).



Kain yg sudah siap digunting.


16/1/2011(Ahad:9.20am~1.15pm)

Peralatan: Sama di atas.Additional gelendong,sekuci,kertas gam,jarum,benang & penetas benang.

Silibus: Gunakan kapur utk ikut ukuran kain di kedua2 bahagian.Belajar buat kolar guna kertas gam.Baru tau kenapa kolar tuh keras.Kemudian belajar menggoyang mesin jahit manual. Kaki,tgn & mata kena seiring. Wow! Mcm belajar keta. Tp syok sbb first time & finally tau.Cikgu tolong kemaskan tepi kain yg berbulu (tak sempat blajar ni lg).Cantumkan baju & tgn. Kolar n butang sambung next week.Tak sabar nk tgk hasil,boleh pakai ke tak ni?




.

Friday, January 14, 2011

LOL ! Playful Kiss

“Apabila seseorang ketawa,getaran yg terhasil menyebabkan pengaliran darah menjadi lebih lancar seterusnya meningkatkan kadar metabolism. Urea/air berlebihan akan disingkirkan melalui perkumuhan n jugak perpeluhan.Jika badan tidak ada cukup tenaga untuk ketawa lagi, maka lemak2 di dalam badan pula akan diproses ke dlm bentuk tenaga aka energy ini. Kesimpulannya byk ketawa boleh memecahkan lemak & menguruskan badan & mengempiskan perut (otot kat sini plg tinggi kadar reflex ketawa). Maybe tak byk tp klu hari2 praktis, maybe”.


Quote kat atas tuh aku create sendiri sbb sdg menyiapkan tesis bertajuk “Why Human Sweating During Watching Playful Kiss?”

LOL! Memang betul2 lots of laugh! Boleh aku ketawa sorang2 smpi berpeluh even pasang ekon+kipas..Harap2 lps abis episode ni, ukur lilit perut aku berkurang. Hahahaha of course, I’m talking about Korean drama. Still in addicted mood. Nak donlot sgt la pressure,satu mlm boleh satu episode je. So,better pay for the pressure.Smlm baru beli DVD cetak rompak dgn harga RM18 utk 20 episod. Klu Ori mau RM99. Fuh! Beli 2 beg Drypers pon lebih lagi duit balance tuh. As rakyat berpendapatan rendah mcm aku ni mmg berbaloi2 for money, right? Biarla org nk ckp apa, janji spend smart but u can feel it.Huh,boleh buat motto kedai ni. Kuikuikui..byk tol intro syok sendiri ni,mentang2 bos takde.Ok, back to this drama.







Playful Kiss or Mischievous Kiss (Ciuman Gurauan or Main2)
Genre: Romance, School
Episodes: 20
Cast: Kim Hyun Joong as Baek Seung Jo, Jung So Min as Oh Ha Ni
Synopsis:Based on the popular manga, Oh Ha Ni is a clumsy student who falls for the perfectionist, Baek Seung Jo. However, Seung Jo is indifferent towards her and rejects her love. When Ha Ni's house collapses, she and her father moves into his long-time friend's house. It turns out that Seung Jo is the friend's son and Ha Ni is given the opportunity to be near the guy she loves. Will she be able to move Seung Jo's heart?

Jgn tanya aku berapa hari boleh habis,mlm tadi sekali tgk dah 4 episod,dr 8.30pm~2pm (ada la berenti kejap2 layan Aqil). Sbb hari ni keja,aku stop.Piung2 pusing kepala,kekurangan O2 tido lambat.

About the hero,
Kim Hyun Joong pernah berlakon dlm citer ‘Boys Over Flowers’ yg meletup di Korea, Taiwan ,Singapore, Vietnam, Malaysia, Philippines, Nepal, Japan and North America. Aku tak prasan dah pernah kuar TV8 ke tak.Harus cari DVD ni plak lepas ni,tgk apa yg meletup sgt tuh..kuikuikui.Awal Dec baru2 ni dia ada dtg M’sia promot The Face Shop (Korea Skin Care & Cosmetic).Bestnyeeee klu dpt jumpaaaaaaaa!!! Control2 Cik Nurul Edry,awak tuh dah mak budak.

About the heroin, tak cantik pon tp cute + sgt kelakar + very2 happy go lucky person wlpn byk masalah. Ye,hidup mesti diteruskan & face masalah itu dgn cara yg senang,baru hati senang.


Ok la kawan2,ceriakan hari anda bersama citer ni ye. Layannnnnnnnnnnnn.

Tuesday, January 11, 2011

2011 Planning

Starting 2011,first posting update dgn review status azam last year (font merah means tak achieve,font biru means sukses!)

Family->Nak bagi papa & Aqil gemuk.Chaiyok!Chaiyok! & spend more more time with my hero.Cian Aqil ek Tak Berjaya. Aqil skang 2 tahun 4 bulan dgn berat 9kg sahaja & Papa plak just 47kg.

Diri Sendiri->First,nak start saving semula,rekod monthly belanjawan.Invest to business.Second,start plan to pregnant for second but labour should be in 2011.Hold due to trip GZ Third,nk khatam Al-Quran.Tak berjaya jugak :(

Rumah->Nak tambah dapur + pagar + taman kat laman (besh nye klu dpt wall water feature neh) Tak Berjaya due to money constraint..semua invest kat business

Blog->try to update regularly...ihihih taun lepas bleh kira ngan jari je posting, smpi perkembangan Aqil pon tak sempat nk rekod.Keep continue..

Kerja->try to get approval for both new machine (value over RM1.5mil),act.should use the word HAVE TO..for sure get high pressure for this investment.uhuhuhuhu Supra already approve,just left CDS which delay until now

Business->still thinking...maybe depend on world economy baru nk kelam kabut ish ish ish Unexpected officially kedai start on May 2010 & still establish until now wlpn tak de untung lagi.

Further study->not at the moment except get overseas offer hihihihi

Melancong->depend company trip first,if not in the list I will make my own trip to Sabah bah,yey! Cancel Sabah sbb pegi GZ (business),Genting (company) & Singapore (company).



Let’s plan for 2011 plak. Just plan bukan azam. Azam mesti usaha buat,klu plan plak ikut keadaan n kewangan. Yeah,money so constraint right now.

Family
-Continue last year. Nak gemukkan Papa & Aqil.Kena usaha belajar masak lagi..Ya Allah, bagi la aku semangat n kerajinan utk memasak.Cintakan dapur.

Diri Sendiri
-Tambah koleksi emas dinar.
-Pregnant for 2nd after balik GZ.
-Khatam Al-Quran.
-Belajar menjahit (dah start kelas pon on 2nd Jan).

Rumah (Mengharapkan durian runtuh)
-Extend Dapur Basah,Stor,Bilik mandi – RM10K
-Pagar - RM9K
-Sambung Dapur Mak kat Maran-RM10K
-Water feature kat laman – RM7K

Kerja
-Plan untuk penghijrahan. Sgt2 berharap dpt gomen or disenangkan jalan utk full concentrate business.

Business
-Plan menambah koleksi jualan (memborong di GZ) & choose the best which give optimum chemistry.
-Loan TEKUN or Bank..for investment. Harap2 dpt pulangan yg memberangsangkan.
-Cari kilang yg boleh buatkan tshirt Muslimah dgn design sendiri.Kemudian create rangkaian pengedar & pengiklanan di majalah,newspaper,radio & tv.Who knows one day I can appear in NLKO to promote.
-Beli mesin jahit & create blouse design sendiri utk market.
-Beli kedai sendiri..kena cari lokasi strategik.


Further study
-Nakkkkkk sgt sambung kat oversea…tp terlalu byk commitment. Masih mengharapkan keajaiban berlaku supaya angan2 ni menjadi reality.


Melancong
-Cameron Highlands-CNY with family sempena ex-rumet kawin kat Sg Siput. Dah lama plan nk bawak parents gi melancong.
-GZ,China-Tiket dah booked dr May 2010 lagi. Grouping ngan geng Kak Norki. At the moment Papa cancel sbb nk attend adik dia kawin, so mama& Aqil je la pegi.
-Universal Studio,Singapore-anytime but not on school holiday.
-KOREA!!! Dangsin deogbun-e, JANG GEUN SUK!!!


Time’s out already,Nurul Edry. Please Go Home! Ular je kojo…