Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, January 30, 2010

Oo Oh Ada Pencuri Coklat

Satu achievement baru utk Aqil,ye hari ni berjaya buka peti ais sendiri...but for me huhuhuhu need extra monitoring his movement.

First time Aqil bukak, smpi jatuh terduduk tarik pintu ais,pastu grab 1 ketul coklat,tp mama tolong bukakan kulit,then he go away keluar main kat parking....

Tgh syok mama bertenet,Aqil masuk semula & straight ke dapur.Terpaksa mama follow dia lagik,bukakan kulit then he go away lagi with the choc & mama smbung 'keja' mama semula....

Again,he come & straight to the kitchen tp mama dah mls nk follow.Tunggu punya tunggu punye la lama dia kat dapur,mama terpaksa jengah jugak....amboi3,bestnya dia berkampung kat situ..here the photos of budak tomot tu


You were caught! Raise up your hands

Hihihihihi..muka tak bersalah pon padahal tgn penuh genggam choc

Nah! Kasi mama satu...OoooOO cuba nk bodek ni

One more achievement...dah pandai bukak kulit choc sendiri

Friday, January 29, 2010

Babysitter Oh Babysitter

Esok ibu Aqil ada hal,nk visit anak sedara dia kat hospital.Terpaksa tumpang hantar Aqil rumah ibu Sya (bbsitter tumpang) lagi.Ye tak sampai sebulan jaga Aqil,ibu Aqil asyik nk mitak cuti je...susah la mama mcm ni.Takkan nak amik cuti atas hal yg mcm ni selalu..klu ikut rekod tahun lepas,mostly cuti mama abis sbb emergency bbsitter,bbsitter go back home town,bla bla bla...bila dah jd mcm ni,hantar nursery pon tak sampai hati tinggalkan Aqil nangis kat sana sbb expose new environment.Nak tukar bbsitter pon susah jugak sbb Aqil dah biasa ngan ibu sejak dr pantang lagi + mama pon tak smpi hati nk cakap kat ibu dia pasal hal ni.So simpan dlm hati & catat dlm blog je la sambil menunggu tika itu..iaitu time for me being bbsitter to my own lil hero.Keep smiling baby,u cheer up my life..

Wednesday, January 20, 2010

Rawatan Resdung/Alergi

Rawatan resdung secara tradisional kat satu kg di Melaka guna lipas tanah sbg perangsang. Lepas isi perut lipas tuh ditenyeh kat muka,merenyam2 rasa time ulat tuh kuar.ulat tuh mcm cacing halus..menguit2 keluar dr kulit muka dek kerana kebusukan lipas itu.. Lepas abis keluar, pakcik bomoh tu akan sapu ngan kain lembab n last sekali ngan limau nipis supaya bau lipas tuh hilang. Saiz ulat tuh berbeza setiap org..klu yg kronik resdung saiz dia sihat2,siap menjentik2 keluar mcm ulat cempedak nangka tu. Qty ulat pon berbeza setiap org base on tahap kronik dia tuh. Jangka hayat ulat ni tak lama,5~10 minit je pastuh dah jadi mcm debu2 halus yg berterbangan. Ingat nk bawa balik tgk bawah mikroskop 40X,tp lepas bomoh tuh ckp rupenye mcm lipan,tak jadi la.Geli plak imagine spesis byk kaki ni wujud kat muka .
Rawatan ni ada pantang larang-tak leh mkn ayam,telur,seafood,elakkan aircond & kipas direct ke muka.Pesanan pakcik bomoh ni jugak,rawatan hanya utk Melayu shj.Menurut pakcik ni,setiap org ada resdung cuma depend kat tahap pembiakan ulat tuh.Actually ulat ni ada functionnya sendiri dlm system tubuh badan manusia,cuma bila lebih dr kuantiti yg diperlukan badan ia akan bagi side effect as resdung la. Sepatutnye kena pegi rawatan susulan after 2 weeks,tp memandangkan takde org nk jaga Aqil,terpaksa la tangguh.Bila dah lama mula la langgar pantang larang makan tu (tak bleh tahan beb mkn ikan je)& penyakit pon dtg balik.Bersin non stop tak kira pagi ke petang ke mlm ke,tmpt keja aircond pon bersin balik umah pon bersin.Rasa mcm seksa sgt bila nk bersin,menyucuk2 sepanjang btg hidung+mata berair+hidung pon berair.

Pergi poliklinik Nur,doc bagi pil alergi (tak ingat la nama apa) tp yg pasti tak ngantuk punye la.Lepas habis stok ubat pegi semula amik lagi,tp cuba yg power sekali confirm ngantuk la.Nama ubat Cetihis 10 (contain cetirizine dihydrochloride 10mg).Satu tablet setiap hari when needed only.So hidup mmg bergantung penuh terhadap ubat ni.Risau jugak duk telan steroid & chemical ni setiap hari.

16 Jan(Saturday)- buat appointment ngan pakar kat PUTRA Specialist Hospital.Doc tuh masukkan kamera dlm hidung tgk condition.Gambar display kat CCD.Hidung sebelah kiri still ok tp sebelah kanan mmg konfim alergi (istilah doc utk resdung).Juga efek pendengaran.Klu sakit kepala sudah dikira kronik.Menurut doc ni lagi alergi tak bleh sembuh just bleh control je dgn mkn ubat.Dpt ubat spray & tablet Ceritec contain (cetirizine & hydrochloride 10 mg).Kesimpulannya contain tablet nye sama ngan ubat amik kat poliklinik tuh.Appointment utk rawatan susulan kena 20 Feb ni plak..

Story pasal Aqil plak,balik PUTRA singgah Dataran Pahlawan jap,bawa Aqil jenjalan.Start kul 1 sampai kul 5 ptg non-stop dia jalan.Mama & papa plak letih duk kejar...Sementara menunggu mama pi shopping sempat plak papa photoshoot Aqil.Sejak dah besar ni mmg Aqil x cooperate langsung nk posing..Papa buat aksi apa mama tak tau la ni smpi bleh candid gambar Aqil seakan2 real pose plak kat bgnan sejarah tu..


Wednesday, January 13, 2010

Kisah Ulat Gonggok

Mlm tadi Aqil bangun pukul 3 pagi..kejar ulat gonggok.Mula2 mama tak nampak sbb tak pakai spec.Lepas amik spec, baru nampak clean & clear,laju je ulat gonggok tu lari…dah la sebelah mama tido je eiiiii geli geleman.Bleh plak tuh Aqil tergelak sensorang sambil tgn halus tuh kejar pergerakan ulat gonggok yg laju,dia nk pegang tp tak sempat. Mama kejutkan papa suh buang.Mmg hairan betul apasal si gonggok ni suka dtg kat mama jek.Setiap kali pindah rumah baru,mesti ada ulat gonggok. Tp biasanye kat bilik air je,tp rumah ni sampai naik atas katil.Kes pertama merayap kat pipi mama.Terkejut terus bangun tido & tak tido sampai pagi.Fobia pasal tuh,tido kat ruang tamu plak.Tgh2 mlm tersedar.Mcm ada instinct je kehadiran si gonggok ni. Mmg sah ada, laju je kat skirting mozek dinding. Spt biasa peranan papa la sebagai pembuang gonggok.Mama ubah lokasi tido plak...dah lama tak hujan,gonggok pon x dtg,feel safe.Tp cuma sementara...after kes mlm tadi mama feel unsafe semula,tak hujan pon dtg jugak.Nak lari tido kat mana lagi ni.Dah search google & yahoo cara menghalau ulat gonggok tp tak jumpa.Rasanya ulat gonggok tak bahaya tp ramai org ckp gonggok suka masuk telinga.Itu mama tak leh bayang.Better safe than sorry.Kebetulan malam ni isu ulat gonggok dlm Aduan Raykat (TV3). Mama harap ada cara utk halau.....(wlpn manusia sendiri dah amik habitat dia)

P/S: Gambar takde kaitan ngan cerita, just iklan budak suka lompat katil..

Sunday, January 10, 2010

Azam Tahun Baru

9 Jan 2010-Alhamdulillah..permulaan tahun baru yg baik.Selamat mengadakan kenduri kesyukuran & bacaan yasin sempena naik rumah baru.Actually masuk rumah dah 2 bulan,tp kesibukan kerja+budget yg tak stabil(persediaan biasa spt grill,mozek,kitchen cabinet,wiring,piping,kipas,lampu etc) so postponed dulu.Kebetulan abah ganu dtg bersama ngan tokki,wan de,ayah de,mak de maka jadi la kiranya jemput org masjid.Majlis buat after Asar,agak ramai tetamu yg dtg sampai keluar rumah pon bentang tikar.Menunya mihun goreng,bubur kacang hijau,kuih muih,tembikai & air oren sunquick.Sangat penat..mlm semua tido awal.Aqil?Mmg nyenyak tido sampai ke pagi (rasanye la sbb mama & papa tak dgr dia nangis2 pon or kami tido mati..ihihiihi).

Hmm...Azam/angan-angan tahun baru ni x buat list lg,baik rekod siap2.
Family->Nak bagi papa & Aqil gemuk.Chaiyok!Chaiyok! & spend more more time with my hero.Cian Aqil ek
Diri Sendiri->First,nak start saving semula,rekod monthly belanjawan.Second,start plan to pregnant for second but labour should be in 2011.Third,nk khatam Al-Quran.
Rumah->Nak tambah dapur + pagar + taman kat laman (besh nye klu dpt wall water feature neh)
Blog->try to update regularly...ihihih taun lepas bleh kira ngan jari je posting, smpi perkembangan Aqil pon tak sempat nk rekod.
Kerja->try to get approval for both new machine (value over RM1.5mil),act.should use the word HAVE TO..for sure get high pressure for this investment.uhuhuhuhu
Business->still thinking...maybe depend on world economy baru nk kelam kabut ish ish ish
Further study->not at the moment except get overseas offer hihihihi
Melancong->depend company trip first,if not in the list I will make my own trip to Sabah bah,yey!
What else?? Tak leh nk pikir lg..HAVE TO sleep,esok keje.