First time mama nk join contest..biasanye silent reader je + tak sempat nk taip². Contest ni dianjurkan oleh auntie Eliza sempena 5th anniversary pd 17 November bermula 24 Oktober - 17 November 2009. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Introduce anak mama… Nama: Aqil Imran Mohd Anuar Umur : Setahun 3 bulan
Gambar ni di'candid' oleh ofismate papa semasa Family Day kat A Famosa bulan lepas. Masa tu Aqil baru dpt kaki ..so mmg nk jalan sendiri je takmo dipegang.Asyik jatuh je, sib baik tak berdarah lutut.Klu tgh buat muka innocent mcm ni mesti ada somethin'.Klu tak caya tgk jari dia tgh korek lumut batu kan..pastu dongak tgk papa prasan tak 'research' dia tu.
Aqil mmg byk baju biru..boleh dikatakan 80% dr collection dia adalah biru.Sebab mama & papa mmg suka biru & color ni pon ngam ngan Aqil.
Anyway thanks kat Auntie Eliza sbb adakan contest ni & bg chance Aqil participate..last but not least wish you Happy Anniversary!!
Sedar tak sedar dah setahun pun Aqil.Dlm tempoh ni byk kenangan pahit-manis,suka-duka yg terjadi. Paling mama tak bleh lupa masa Aqil jatuh kerusi makan,admited ward kat Mahkota Medical Centre,kul 1 pagi pegi GH sbb high fever..almost every month demam. Alhamdulillah, nak sampai birthday Aqil makin sihat & sehingga ke hari ini sudah sihat sepenuhnye.Mama harap Aqil sihat ke akhir hayat & jgn buat mama risau lagi ye..
Aqil time tak sihat "Saya demam ni,takde mood nak posing,air liur leleh pon tak larat nk lap"
Aqil dah sihat..mama siap cukurkan rambut lagi "Ala mama,tak ensem dah saya" kecik2 takpe tak ensem,kasi rambut tumbuh lg lebat.Teori mana pon taktau mama amik.
Taun ni celebrate, 3 kek Aqil potong.Kek birthday Aqil yg ke-2 ni smbut ngan jejiran.Kek 1st smbut ngan keluarga Aki Pahang,Kek ke-3 smbut ngan Auntie2 Ganu.Adil kan?
"Sapa nak kek,sila beratur,lilin ni saya punye"
Aqil dikelilingi abg2 & kakak2..
Jemput makan,wah ibu Aqil perasmi ni..sila2 jgn segan.Ermm gambar juadah tak sempat cameraman amik,busy melayan tetamu kot.
Antara tetamu akhir yang datang,sempatla mama join posing sbb dah tak sibuk sgt. Tgh Auntie Mee Yuin,sebelah kanan Auntie Tinee & gegirlnye,Damia.
Damia yg cute,sori ye Tinee publish byk gambar anak ko..sooooooooooooooo cute!
Masa utk buka hadiah.."mana satu nk buka dulu ni"
Last but not least,thanks kepada semua yg sudi dtg memeriahkan majlis.Thanks juga kpd Auntie Kay,Auntie Syid,Auntie Ain & Mok Pah yg wish utk Aqil.Doakan Aqil sihat sentiasa & jadi anak yg soleh & berjaya didunia & akhirat.Amin.
Ikutkan mama tiap2 bulan nk record improvement aqil dlm diari ni..tp selalu tak sempat. Balik keja dekat kul 7 mlm, mmg sepenuhnya concentrate kat aqil je sebelum aqil tido.Klu dikira2 dlm 24 jam sehari, dlm 3~4 jam je mama n papa sempat bersama aqil lepas tu semua dah zZzzZzz..itu belum masa yg betul2 berkualiti sbb kadang2 mama sibuk plak buat keja rumah + tgk tv (specially mlm selasa,8tv..hikhikhik).Kesian betul anak mama sorang ni..bila la agaknye mama boleh mencapai impian bekerja tanpa mengabaikan anak ni aka kerja sambil menjaga anak, of course not to be fully housewife,why??
-->no own income (so tak boleh suka suki shopping),
-->less communication or exposed to outsider means level of talk or mind reducing (notes: just refer to me only becoz I know who I am, klu dah berkurung mmg mls dah nk kuar or bersosial),
-->a little bit bad dressing performance ..for sure la duk kat rumah mmg mls nk pakai baju cantik or mahal sbb nk buat keja rumah kan
-->last but not least..kerja rumah memangggggg penat! Klu weekend baru bleh merasa fully housewife,dr pagi sampai petang..opss sampai mlm non-stop buat kerja rumah mmg rasa bisa2 kat bdan yg lebih suku abad ni + lenguh2 tumit,kaki,tgn,kepala & ubatnye tidozZzz tanpa gangguan (time ni papa plak amik alih tugas jaga aqil)
Amik dr majalah Keluarga edisi Jun (Cover Juma & anak2nye)
Puding Buah-Buahan Cinta Sayang
4 sudu tepung kastard + air di kacau2
masukkan susu pekat(sesuka rasa)+gula dan di kacau2 lagi
letak atas dapur dgn api sederhana-di kacau2 sehingga likat
masukkan dlm acuan & simpan dlm peti sejuk
Utk kuah plak-susu cair + air di kacau2 atas api sederhana sehingga boil
Utk hidang-keluarkan puding dr peti sejuk,taruk dlm bekas,tabur buah (koktail n ceri) & tuangkan susu di atasnye....guna buah fresh lg best eg pear,epal,mangga.
Taraa!!!! dah siap n ready to slurp!!!
Oo..Oo..not for Aqil. Tunggu besar skit lg baru boleh makan ni ye
Bertolak dr Melaka dlm kul 12pm & exit Tol Sg Besi.Punya la pusing cari signboard PWTC tak jumpa, lps call Abg De rupanya kena cari Jalan Duta or Jalan Kuching. Rupanya dekat dgn bangunan UMNO,actually lg senang klu naik LRT or komuter (turun kat stesen Putra/PWTC).
Orang ramai terutama kat booth MOY & PTS.Mama singgah jugak kat Karangkraf ,sempat sambar majalah Pa & Ma edisi yg terlepas,Rasa edisi selera pantai Timur & panduan pemakanan si kecil.Kat tingkat 2 plak singgah kat Creative,beli koleksi 3 Dara Pingitan..nasib baik dah kureng baca novel,klu tak mesti budget lari jugak hihihihihi
Bersama Ujang..siap berpegangan tangan ngan Aqil.Menurut beliau skang dah tak buat kartun,buat drama plak..nti ada tayang kat TV1 tp dah lupa la tajuk apa dia cakap