Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, January 28, 2012

Ekzema Atopik

Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.
Kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria.

Sembilan puluh peratus ekzema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.




Isnin lepas mama lunch ayam masak kicap, minum petang sate ayam, dinner nasi goreng taruk hotdog ayam..mlm tu leher Amina start berair & merah. Biasanye klu control mkn ayam, just ruam2 merah je. Papa assume peluh. Pagi Selasa lg kronik..dgn bau busuk & melecet. Leher baju mmg berbekas kekuning-kuningan. Mmg nampak Amina rimas, merengek2 tak tido sampai petang wlpn dah mandikan. Kak Fiza sms bgth guna bedak Aiken. Alhamdulillah, debu bedak menyerap air & mengeringkan kawasan melecet. Amina dah boleh senyum & tido. Klu terlalu byk bedak, boleh mengeringkan kulit plak & menyebabkan gatal & berdarah klu tercabut. Kena taruk lotion, tp tak terlalu byk sekadar meneutralkan kulit. Ptg slps mandi, mama cuci telinga Amina yg berkeruping dgn minyak Johnson. Rupanya lagi teruk, berair2 kulit telinga bila kuping tercabut, Then start la membusuk sampai hari ni.



Telinga Amina yg berbau busuk (mcm nanah) & berair. Doc sahkan ekzema atopik. Doc suruh guna semula cream U-Closone yg dia bg tempoh hari. Mandian,syampoo,lotion-->guna Sebamed.

Sentiasa nak mama kat tepi..Semoga cepat sembuh. Kedua2 anak kena ekzema, Aqil dulu kronik kat leher. Sebab utama adalah keturunan. Mama mmg lemah sistem immune badan which is contain high acid yg menyebabkan resdung,allergy cuaca pagi & sesetengah makanan. So advise to all yg face same problem, semasa pregnant, bykkan pengambilan sayuran hijau, spirulina,chlorella & others alkaline food/drink.

Wednesday, January 25, 2012

Pinkish Lavender Enterprise


Hari ni company still cuti CNY, so amik kesempatan settlekan urusan gomen. Mitak tolong Papa drive memandangkan roadtax Kancil mama tahun lepas lg mati, tp x tau geran keta simpan mana, so takleh nk renew. My weakness..better tak abis byr,
bank tolong simpankan. Nak drive jauh2 sendiri pon susah sbb kena angkut Amina sekali memandangkan dia BF.

First pegi TNB sbb nak claim deposit kedai lama, byk tuh RM400. Tp tak dpt sbb perlu fotostat IC. POspone lagi..

Then drive thru kat sykt air , byr bil tertunggak. Kalau bleh MB2U, takdelah smpi berbulan2 nk tunggu cuti camni. Sib baik tak mcm TNB, sharp 3 bulan terus potong. Klu air kena potong, haru la nasibnye..

Tujuan plg utama, register perniagaan kat SSM. Memandangkan mama mls nk pening kepala stadi step & bagai2 lg klu register online, baik pegi SSM centre terus kat MITC. Rupanya ramai org jugak wlpn hari bekerja.Hampir 3 jam baru settle...Pinkish Lavender Enterprise. Skop menjual makanan, minuman & pakaian. Dah tak guna Koleksi Cindai lg sbb nama sama ngan sykt lain..masa register online takde plak show sama. Kenapa makanan & minuman..hihihihi. Inilah planning seterusnya bila berenti nti. Konon nak business donat mcm Big Apple, tapi smlm jadi batu plak. Cubaan pertama, FAIL.
Minuman plan nak franchise Coolblog, tapi target lokasi dah penuh. So plan seterusnya buat ice cream brand sendiri. Hasilnya? Tunggu after training nanti...

Lunch kat Mydin MITC, mkn bubur nasi berlauk sup daging, donut Big Apple & Yogurt Drink Each A Cup. Nak balik tuh, beli lagi smoothie Bluberry..actually nk tengok jenama high duty performance blender dia.TWK, I got it!

Last, pegi TEKUN amik borang loan. PEgawai tuh ckp max 20K, tp klu lulus tak dpt penuh pon.Oh, tidak...klu terpaksa kena renew business loan BSN yg kadar faedah lebih tinggi.

Jiwa kacau, still takleh solat lg. Otak bercelaru fikir business..Harap kali ni sukses. Tak tau nk taruk dlm azam tahun ni ke tak..owh owh, dah nak masuk bulan 2, tp tak listkan lagi azamku. Esok lusa la klu smpat..

Monday, January 16, 2012

Sangat Teringin


Aiseh, mcm lagu Shima plak kan..

Sebenarnya sgt teringin pakai baju cantik2, tambah bila tgk patung pakai..tp bila sarung kat badan sendiri, sekali mcm balut nangka daaa..walhal dah size L tuh, Ikutkan anak dara dulu, pakai S. Klu nk try size lg besar, geloboh part tertentu, nampak mcm baju pinjam plak. Oleh itu, saya berazam (ntah kali ke berapa ni) utk kuruskan perut, punggung,paha & bahu sehingga dapat memakai blouse ini.


Gambar dari MumDreams. Sib baik boleh cuba dulu kat outlet di Tesco. Klu beli online..mesti leceh nk tukar2 plak.



Thursday, January 12, 2012

Tukar Nama

Ramai suggest Aqil tukar nama..dari kecik sampai la skang. Reason masa kecik dulu sebab suka nangis & berjaga malam. Reason skang plak sebab tak mau makan, badan kurus je. Bagi orang lama dulu2, nama kena tukar sebab tak serasi. Bukan lah kena tukar kat myKid tuh, tp tukar nama panggilan kat luar. Mcm nama Mak Pahang (my mom), dlm IC Fakiah tp semua orang panggil Faridah. Adik mak plak nama IC Faedah tapi kat luar panggil Faizah. Rasanya ramai lagi kat luar sana yang mengalami kes yang sama.

To'ki Ganu suruh panggil Aqil dengan nama Yusuf, tak lekat jugak...sampai dapat cousin nama Yusuf. Skang To'Ki Ganu letak nama Abdul Halim plak..kdg panggil nama tuh kadang tak..dah 3 tahun lebih menyebut nama Aqil, tergeliat lidah nak sebut nama lain..

Tapi mana2 Aqil yang mama kenal takat ni, semua badan sepesen, kurus! 3 orang yang bernama Imran yg mama kenal plak berbadan montel! So mama rasa betullah kena tukar nama. Nasib baik register 2 nama kat myKid. Start minggu ni, mama & papa akan panggil Imran plak. Cabaran pertama, si Imran ni lambat feedback sebab rasa bukan nama dia. Kena panggil byk kali. Cabaran kedua plak, mama & papa sendiri selalu terlupa & asyik terpanggil Aqil je..hikhikhik. Mcm mana nak train org lain plak ni ;)



Tuesday, January 10, 2012

Finally Closed

Kedai pakaian offline Mama, Koleksi Cindai terpaksa tutup awal tahun ni. Actually dah stop operasi since September 2011 (4 bulan perabis duit bayar sewa). Sempatlah setahun beroperasi, bukak since May 2010 & mama masih sabar menghadapi kerugian. Ye la mana2 business pon bukan naik terus. Tapi ditambah keadaan kesihatan (alahan mengandung yg teruk) bulan Apr~June 2011, kedai tak terurus, sale kurang & tak dapat cover bil elektrik pon menyebabkn Mama jadi betul2 down in business.

Bila kesihatan dah pulih, hati dah tenang, mama analisis semula perkara yang terjadi. Sebab utama bukan produk, tetapi lokasi yang tak mengundang pengunjung untuk singgah (mula nk pikir kena bomoh, hihihihi).

Kedua, dari segi management. Mmg mama tak well managed brg instock, rekod brg terjual & even duit pon selalu tercampur aduk ngan akaun peribadi, faham2 la tuh ek :). Tag harga pakaian pon bercelaru & sesetengah tak sempat mama letak harga. Mmg menyukarkan orang lain nak tolong jual.

Ketiga, dari segi marketing. Tersangatlah malas nk upload/update gambar kat blog/fb. Nak buat flyers rumah ke rumah pon tak jalan2. Masuk expo baru sekali.

As solution, mama akan tutup kedai buat sementara waktu sebelum decide lokasi/produk baru utk business. walpn jatuh sekali, mama tetap bersemangat untuk business lagi. Kalau boleh dah taknak amik barang China sbb susah nak pergi,tukar rejek ke & byk duit habis utk kos tersembunyi (flight, hotel, transport, passport, visa etc). So barang yang tak habis & memenuhkan bilik ini, mama akan jual online je either retail/wholesale.Siapa2 berminat, boleh inform me,k.

Tipulah kalau tak rasa sikit pon menyesal sebab dah byk duit melabur kat Koleksi Cindai yang tak menguntungkan pon.Kalu labur emas, mesti makcik dah kayo dlm masa 2 tahun ni. Tp pengalaman yang dapat betul2 bermanfaat utk future business & jaringan kenalan business pon bertambah. Lagi rugi kalau tak mencuba kan.



Monday, January 9, 2012

Anak Mama ke Tadika





Senyum je masa test baju...nasib baik nampak ok, so mama tak perlu oter. Cuma seluar je kena cari lain. Hari ni masuk minggu ke 2 Aqil ke tadika. Dia panggil sekolah cantik..byk mainan,suka makan. Hari2 bawak balik hasil sekolah ke rumah, sambung titik2, belajar tulis huruf. Minggu lps dapat 2 bintang. Pagi2 Papa kena kejutkan dan pujuk elok2. Kadang mandi kadang tak, salin pampers je.


Katak warna oren..


Dapat 2 bintang!


Walaupun dah jadi abang, nampak matang bila bersekolah, tapi dimata seorang ibu, anaknya tetap seorang anak kecil yang perlu dibelai selalu. Ya Allah, sentiasa suburkan hati kami dengan limpahan kasih sayang-Mu.Lindungilah anak kecilku ini dalam perjuangan hidupnya.



Friday, January 6, 2012

Permasalahan Amina

Malam tadi check kuning Amina, reading 5. Baru puas hati semua pihak. Doc tuh pon bising sebab suppose nurse tak perlu suruh check. After 1 month, klu tak kritikal, just pejamkan mata & buat2 tak nampak,tak perlu risaukan parents sebab akan hilang dengan sendirinya.

Mama minta juga ubat untuk ruam muka,kepala,leher & bontot Amina.Doc bg cream utk ekzema & dermatitis brand U-Closone. Tak cuba lagi sapu.

Tentang muntah, its normal & OK klu dari lahir mcm tuh sebab perut bayi masih kecil. Tp klu suddenly happen, doc kena check.

Sampai rumah dah 10.30 mlm. Tp mama tido 5 pagi! Gara-gara Amina nangis je..isk tu la, keluar mlm lagi.

Wednesday, January 4, 2012

Aqil ke Tadika & Amina 1 month's jab

Hari ni mama & papa hantar Aqil register Tadika Kemas. Masa tgk mama pack barang & bertudung lg Aqil dah ckp taknak pegi sekolah. Kereta tak mati enjin lg dpn tadika, Aqil dah melalak2 berjujuran air mata. Mmg kesian. Klu mama mmg tak sampai hati, alamatnye mmg tak sekolah la Aqil. Papa dukung & bawa masuk dlm tadika. Lama skit bila Aqil dah tak nangis, mama & papa slow2 cabut. Meraung2 Aqil kat pintu grill tadika panggil papa...ibu mana lah yg sampai hati tgk kan..

Tp senario mcm ni biasa bg cikgu tadika. Dpn mama tadi pon, 2 org budak meraung kena tinggal. Sblm tuh lg, cikgu tuh cerita 2 org tak mau masuk, patah balik semula.Tgk keadaan lah mcm mana utk hari esok,klu Aqil taknak mama tak paksa lg la, memandangkan dia dr kecik dah kena pegi nursery (takut dia bosan nk sekolah nti). Tambahan plak ada 2 org budak nakal yg selalu usik dia kat tadika tuh jugak.

Lps tuh terus pegi Klinik Desa utk suntikan 1 bulan Amina. Punyer lah hegeh2 nurse yg beri khidmat nasihat tuh, sampai Papa pon bengang. Dari nk amik unpaid 2 jam, pospone 2.5 jam..last2 terpaksa 3 jam jugk..org takde lah ramai pon, tp 3 org patient nk amik masa lebih sejam. Amina kena suntik kat paha. Menangis sekejap je. Sib baik papa ada, boleh la tlg dukung n pangku Amina time mama test kencing & check darah HB (ingatkan time bersalin je kena check). Berat mama, 52.5 kg ..ehehehehe...mama akan berusaha turunkan lg, terutamanya tang perut, bontot,paha &bahu. Camno tu eh?

Amina maintain 3.8kg...tak naik dr 2 minggu lepas. Sedikit keciwa. Mmg kurang menyusu tp Amina dah tak muntah2 & memancutkan susu lagi slps mama stop susu kambing. Kadar menyusu sekarang mmg sgt slow..4-5 jam sekali. Klu gerak dr tido pon, mmg dia takmau. Tp klu bg susu dlm botol, byk jugak dia hisap. Rasanya Amina dah start keliru puting & jadi malas nk menetek (menetek kena guna byk tenaga compare minum botol).

Amina di suspect kuning. Nurse advise pegi check darah bg nk puas hati dia & mama. Mmg mama perasan pon mata, muka & badan Amina still kuning klu di tekan2. Either hari ni or esok ajak Papa pegi check kuning.