Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, October 29, 2011

Hidangan si Cilik & Org Mengidam

Sambil blogwalking blog kawan sekolah, nmpk la plak resipi puding yg dia buat utk anak2. Terliur tgk gmbr. Cuaca panas2 ni pekena puding sejuk mmg sedap gilos. Kombinasi resipi puding dr beberapa web (sbb mama cuba simplifiedkan yg remeh temeh n minimalkan bahan & method),maka jd la puding agar2 spt di bawah.






Bahan2 & method Puding

1.Campurkan tepung kastard 2 cawan+susu cair 2 cawan + air + gula + garam dlm periuk. Gaul sebati dulu seblum letak atas dapur supaya nti tak berketul2.


2.Panaskan periuk atas dapur & teruskan kacau. Smbil tuh bleh la rasa klu2 terkurang air,gula,garam..then tambah2 la sendiri ikut citarasa.


3.Bila larutan dah likat spt gambar di bawah, boleh la disejukkan dlm acuan.For me, ceduk2 ngan sudu je direct dr periuk. Nak cepat, lps sejukkan bawah kipas bg periuk tuh kurang panas,then masukkan dlm peti sejuk.





Bahan2 & method agar2

1.Campurkan serbuk agar2 10g + 1L air (ikut sukatan pengeluar agar2, normally ada kat pembungkus) + gula + air dr tin koktail.


2.Panaskan smbil kacau atas dapur sehingga semua larutan sebati.


3.Masukkan pewarna merah. For me sbb takde pewarna so just masukkan susu cair secawan. Jadilah kaler putih susu spt dibawah. Berkhasiat skit dr pewarna tp kurang ceria.


4.Bila dah boil,tutup api n pindahkan ke dlm acuan.Utk kesihatan tidak digalakkan guna acuan bekas pakai buang spt dibawah sbb akan ada chemical reaction dlm keadaan panas.


5.Bila dah sejuk skit tp agar2 belum keras sepenuhnya, masukkan koktail buah2 or buahan segar ke dlm agar2 tuh. Then continue sejukkan until keras.






Bahan2 & method kuah
Didihkan susu cair + air + gula + garam. After boil, boleh sejukkan.




Utk hidangan, potong la puding + agar2 yg sudah keras n sejuk tuh. Taburkan buah2 koktail & jiruskan kuah susu tadi. Taraaa!!! Sedia utk dimkn. Aqil suka sbb ada buah2 + rasanya yg masam2 manis +sejuk. Tp papa plak x suka sbb manis katanya...walhal mama dah sukat gula biar manis2 buah je.



Ni resipi papa plak. Dia sendiri yg masak. So simple for breakfast & Aqil suka (sbb selitkan Mr Potato kat tgh-terpaksa sbb nk suh dia mkn) & Mama pon suka (sbb org masakkan-bleh rileks n nganga mulut je).



1.Pecahkan telur + garam. Sapukan ke atas roti gardenia side by side.
2.Letakkan minyak/majerin sdkt saja dlm kuali n goreng.
3.Klu nk tiru omputih, mkn la bersama telur hancur,baked red beans & french fries. For me, sedap mkn kosong mcm tuh je. Papa cicah sos.Aqil plak kepit ngan jajan kentang Mr Potato.

Tips utk sihat: Kepitlah ngan salad sayur/buah or cheese.

Mengandung kali ni dah 2 kali mengidam nk mkn pulut kelapa ngan ikan kering (resipi pantai timur). Kali fes, dpt mkn masa balik Ganu. Kali ke dua ni mana nak cari lg..nk balik ganu pon dah tak larat long journey. Kat Melaka pon ada jual sarapan pulut kuning. Tp diorang mkn ngan rendang. Bila mitak mkn ngan ikan kering/masin, gelak plak org kedai tu. Tp rasa tetap x sama. So mama surf intenet buat sendiri lg puas.





1. 1.5 cawan beras pulut (utk 3 org mkn) + 3 cawan air. Masak atas dapur mcm masak nasi.



2.Dah masak n sejukkan sekejap, then kepal2 bulat sblm gelek atas kelapa muda parut. Kelapa parut ni kena tmbh garam & gula. For me, beli je yg dah siap kat org jual kuih tuh sbb x tau nk cari kat mana.



3.Hidangkan bersama ikan kering selar or sepat. Perghh!!! Sedapnya..terangkat beb! Budak2 pon suka sbb lembut & tak pedas.

Wednesday, October 26, 2011

Mama cuti seminggu sbb company shut down due to branch at Thailand kena banjir & customer pun cuti 2 weeks. Terpaksa amik unpaid sbb AL dah habis. nak pi jln pun x de mood.kena berjimat takut next month pon kena cuti lagi + simpan utk blanje beranak.

Smlm demam n selsema.kena refer doc kat masjid tanah.After telan 2 biji panadol & ubat kumur,mama bertenaga skit bgn jahit sarung tilam bb(gmbr nti upload bila dah siap semua).

Mlm plak ada kelas mandarin.Alhamdulillah, tak pernah skip lg takat ni wlpn tak sihat, tak larat nak naik tingkat 3 kolej komuniti, hujan & aqil meragam. Hmmm...about aqil, mmg betul menguji kesabaran, sib baik Cikgu & pelajar yg lain wat tak tahu.

Conclusion nye, mama suka je dpt cuti ni sbb pi keja pon mcm x larat nk duduk lama2. At least kat umah byk la juga xtvt yg perlu buat smbil release tekanan aqil klu pi nursery.Mmg nmpk mood dia better tp bab mkn susah sgt.Klu ada vss, mama lah org pertama volunteer.

Saturday, October 22, 2011

Post Comment prob



Dear my beloved friends,



Thanks for the comment. Tp takleh nk reply. Kat opis tak leh bukak, kat umah x appear plak box comment tuh. Klu ada sapa2 tau how to solve this blog prob bleh la share. So awal2 mitak maap ye....i luv u alls..muahhhh!!

Budak lebam rebut tilam baru adik

Lebam ke 2 dpt dr nursery. Dgn dahi jendol Aqil, lg terserlahlah benjol hijau saiz syiling 50sen.Mama tanya sapa buat..Aqil jawab "Ball". Pengasuh tuh pon ckp dia jatuh sendiri. Balik umah Aqil demo,dia duduk enjut2 atas bola, lepas tuh tersembam. Masa nangis, Damia dtg peluk. Ahahaha..mmg jujur budak2 klu bercerita ni.

Mama rasa every week ada je hal2 mcm ni terjadi kat nursery. Week sblm ni bahu Mawar kena gigit smpi berbekas. Lps tuh kes Aqil.Minggu ni plak Irham dpt benjol mcm Aqil sbb kena tolak, siap ada luka lg tuh. Semua happen sbb pengasuh x monitor budak2 bermain. Klu la Aqil ni senang serasi, mmg mama dah tukar pegi tmpt lain.






Hari ni baru terima tilam kekabu baby yg dibeli online. Harga Rm79 (termurah stakat survey kat internet).AdditionalRM16 utk pos & pembungkusan. Sapa2 nk beli boleh contact En Mohd Shahrulfitri ni ye 0179219534 (Err..bukan promot, saja nk rekod no kat blog, nti future bleh refer). Sbnrnye penjual ni duk Temerloh, mmg dekatlah ngan family kat Maran. Tp sbb nk tgk cepat, kot2 rajin nk jahit sendiri sarung tilam ke, perlu di basuh ke...so suh org ni pos je.Klu family amik, time mama bersalin nti bru diorang bawak.







Alkisahnye..ada plak budak perasan ingatkan parcel tuh hadiah dia. Kesian betul. Mama bg la Aqil pinjam dulu.Mmg dia terus guna utk dia. Tido tak bergerak2. Rasa bersalah plak sbb tak beli 2. Tp size ni mmg x muat pon utk Aqil. Nti mama cari lain la ye.



Saturday, October 1, 2011

Amina Safiyyah


Kali ni ckp pasal coming newborn bb. As told by doc, jantina adalah perempuan. Mama namakan Amina Safiyyah, mmg dah lama standby nama ni & announce kat semua org sblm dicurik..hihihi.


Amina (yg amanah), Safiyyah (yg bersih/yg ikhlas). Bertarikh hari ni 1-Oct 2011, Amina Safiyyah dah berumur 31 minggu 2 hari dlm perut mamanya. Estimate lagi 61 hari (2 bulan) nak tgk dunia.Mama harap Amina Safiyyah sabar duk dlm perut smpi tarikh jangka. Jgn awal sgt or jgn delay.





Pregnant kali ni amat mencabar bg mama. 2 kali masuk wad sbb dehydration, 10kg turun berat badan & until now still not cover yet (x cover pon tak pe, bukan senang nk kurus kan) smpi bacaan TSH (Thyroid Stimulating Hormone) melebihi spec.Minum air gula (MGTT) 2 kali..mmg tak suka. Tp sbb umur hampir 30an & berat badan naik melebihi 500g sewaktu kandungan <5 months. Nak wat mcm mana, baru ada selera slps dehydrate teruk mmg melantak je la.


Last week mama kena injection ATT (kancing gigi) & start kena kira pergerakan janin sehingga 10x sehari. Mmg Amina Safiyyah sgt aktif menendang, berpusing, mengeras terutama time tghari & malam. Klu mama jln laju2 or naik tangga or buat keja berat skit which is menyebabkan pergerakan otot di perut, Amina Safiyyah akan aktif respon. Marahkan mama agaknye sbb ganggu dia tido..mcm Abg Aqil jugak la.


About mama plak, symptom sakit ari2 (kat bibir pepet). Menyucuk2 terutama time tido malam bila nk kalih badan. Menurut pembacaan mama di internet, risiko symptom ni adalah kelahiran bayi pramatang.

http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/145-jangkitan-kuman-semasa-hamil.html?showall=1

Jangkitan Kuman pada pundi kencing (UTI) lebih kerap terjadi kepada wanita hamil, kerana tindakan hormon menyebabkan aliran air kencing menjadi lebih perlahan dan senang bertakung didalam pundi kencing menyebabkan UTI senang terjadi. Dianggarkan 1 dalam 25 wanita hamil megalami jangkitan ini. Simtom termasuklah, rasa sakit pada ari-ari, kencing dengan lebih kerap dan sakit semasa kencing. Sekiranya tidak dirawat, kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan sakit belakang, demam dan muntah. Ia juga boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang.

Sekiranya rawatan diberikan pada peringkat awal, jangkitan buah pingang boleh dicegah. Selalunya doktor akan membuat ujian dimana air kencing akan diperiksa dengan mengunakan alat mikroskop dan kuman akan dikultur untuk mengetahui jenisnya. Sekiranya jangkitan tidak seberapa, ubat antibiotik akan diberikan dan pesakit cuma akan dirawat sebagai pesakit luar. Tetapi sekiranya ia sudah dalam keadaan teruk, pesakit akan dimasukkan kehospital untuk rawatan yang lebih intensif.

http://drzubaidi.wordpress.com/2010/07/14/kesakitan-abdomen-semasa-hamil/

Pengalaman saya bekerja di wad bersalin, ika kesakitan abdomen itu berterusan terutama di bahagian bawah (ari-ari atau suprapubic), maka wanita hamil itu dinasihatkannya untuk rehat di wad untuk pemerhatian. Jika keadaan terkawal, kehamilan bayi dapat diperpanjangkan. Jika tidak kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan.
Jangkitan kuman pada pundi kencing juga sering berlaku pada wanita yang hamil. Perlu disedari bahawa jangkitan kuman ini amat mudah berlaku pada wanita yang hamil akibat kesan dari hormon dan saluran kencing (urethra) mereka yang pendek. Hormone estrogen menyebabkan juga lubang kencing mereka relax, tidak ditutup rapat dan mudah dimasuki kuman.


Wanita yang bermasalah begini kadang kalanya merasakan pedih ketika kencing. Mereka mengadu seperti rasa terbakar di bahagian abdomen bawah, atau mungkin hanya tidak selesa di bahagian itu.Doktor akan melakukan ujian air kencing dan selalunya menamakan sebagai ‘kencing kotor’. Pesakit juga mungkin tidak dapat hendak mengawal kencing dan rasa tidak puas selepas kencing. Warna iair kencing mungkin kuning pekat, keruh, berbau busuk dan kadang kalanya bercampur darah.Jika tidak dirawat dengan betul, ianya mungkin melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman di ginjal.

Di dalam bahagian pelvis, ada stuktur yang dinamakan sebagai “ Round ligament”. Ligamen ini yang ‘memegang’ rahem agar berada pada kedudukan yang stabil. Salah satu punca yang menyebabkan rahem ‘turun’ apabila ligament ini tidak lagi kuat.Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yang harus ditanggung oleh stuktur untuk mengekalkan posisi rahem telah menyebabkannya menjadi keras, tebal dan regang (stretch). Akibatnya wanita yang hamil akan merasa tidak selesa atau kemungkinan rasa sakit seperti ditikam/dicucuk-cucuk untuk sementara waktu atau ‘sakit yang sukar diceritakan’ di kedua-dua belah abdomen bawah. Kesakitan ini mula dirasakan apabila pesakit bangun dari posisi duduk atau mencangkung, batuk yang kuat atau mengangkat barang dari lantai.
Atau ianya dapat dirasakan setelah lasak bekerja dan mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan Round Ligament Pain.

Sukar untuk mendiagnosanya dan tiada ubat yang spesifik untuk kesakitan sebegini. Banyakkan rehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja yang berat. Dapatkan pendapat doktor jika kesakitan atau ketidakselesaan itu berlarutan walaupun setelah berehat.


Takut jgak kan.Tp tak sempat lg nk jumpa doc, maybe next Saturday la sbb hari ni keja.. Harap2 tak seteruk yg terjadi kat atas.





Amina Safiyyah at 21 weeks 2 days (5 months). Dahi mcm abgnye..