Salam dan salam sejahtera, ape khabar? Harap anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu...
Kali ini saya dpt email dari cutebabycottage (CBC) yang ingin berkongsi ilmu daripada Saudara Pahrol M.Jaoi mengenai buku beliau.

"Saya memang amat meminati rentak dan gaya penulisan penulis ini, penuh dengan tarbiyah, mendalam dan penuh bermakna. penyampaian yang sangat simple tetapi menusuk ke jiwa...
synopsis buku ini:
Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.
Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.
Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.
Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.
Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.
Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.
Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.
Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.
Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (”co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca. "
"Bukankah kalimah komunikasi Tuhan dengan manusia yang pertama dimulakan dengan Iqra’ – yakni bacalah? Mulakanlah membaca, walaupun dengan kadar yang sedikit. Mulakan sekarang. Mulakan hari ini. Ingat, tidak ada hari esok bagi mereka yang tidak memulai hari ini!"

Saya sedang cuba memilikinya, hanya beli online di MPHOnline.com.