Sedar tak sedar dah setahun pun Aqil.Dlm tempoh ni byk kenangan pahit-manis,suka-duka yg terjadi. Paling mama tak bleh lupa masa Aqil jatuh kerusi makan,admited ward kat Mahkota Medical Centre,kul 1 pagi pegi GH sbb high fever..almost every month demam.
Alhamdulillah, nak sampai birthday Aqil makin sihat & sehingga ke hari ini sudah sihat sepenuhnye.Mama harap Aqil sihat ke akhir hayat & jgn buat mama risau lagi ye..

Aqil time tak sihat "Saya demam ni,takde mood nak posing,air liur leleh pon tak larat nk lap"

Aqil dah sihat..mama siap cukurkan rambut lagi "Ala mama,tak ensem dah saya" kecik2 takpe tak ensem,kasi rambut tumbuh lg lebat.Teori mana pon taktau mama amik.

Taun ni celebrate, 3 kek Aqil potong.Kek birthday Aqil yg ke-2 ni smbut ngan jejiran.Kek 1st smbut ngan keluarga Aki Pahang,Kek ke-3 smbut ngan Auntie2 Ganu.Adil kan?

"Sapa nak kek,sila beratur,lilin ni saya punye"

Aqil dikelilingi abg2 & kakak2..

Jemput makan,wah ibu Aqil perasmi ni..sila2 jgn segan.Ermm gambar juadah tak sempat cameraman amik,busy melayan tetamu kot.

Antara tetamu akhir yang datang,sempatla mama join posing sbb dah tak sibuk sgt. Tgh Auntie Mee Yuin,sebelah kanan Auntie Tinee & gegirlnye,Damia.

Damia yg cute,sori ye Tinee publish byk gambar anak ko..sooooooooooooooo cute!

Masa utk buka hadiah.."mana satu nk buka dulu ni"
Last but not least,thanks kepada semua yg sudi dtg memeriahkan majlis.Thanks juga kpd Auntie Kay,Auntie Syid,Auntie Ain & Mok Pah yg wish utk Aqil.Doakan Aqil sihat sentiasa & jadi anak yg soleh & berjaya didunia & akhirat.Amin.